Ranking BWF: Lee Zii Jia Kini Dalam Kelompok 10 Pemain Terhandal Dunia

Meskipun kecewa tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024, Lee Zii Jia telah kembali menghuni kedudukan 10 pemain terbaik Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF). Ini berdasarkan kedudukan terkini ranking pemain yang dikeluarkan BWF semalam. Zii Jia kembali di tangga ke-10 dunia selepas mengumpul 68,226 mata secara keseluruhan. Kesemua mata ini diambil daripada 10 kejohanan terbaik yang […]

India Open: Lee Zii Jia Mudah Lepasi Pusingan Ke-32

Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua India Open 2024. Selepas kecewa tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024, anak jati Alor Setar, Kedah itu bangkit dengan menewaskan Brian Yang dalam pusingan pertama India Open. Di atas kertas, kelebihan tampak memihak kepada Zii Jia. Ini kerana pemain […]

Kelayakan Hoki Olimpik: Great Britain Tundukkan Malaysia

Harapan skuad senior lelaki Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 semakin pudar. Ini selepas The Speedy Tigers kecundang lagi buat kali kedua dalam aksi kedua Kumpulan A, pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di tangan Great Britain di Valencia, Sepanyol awal pagi ini. Malaysia perlu menang dalam aksi kedua Kumpulan A jika ingin layak ke […]

India ‘Punca’ Beregu Malaysia Dihantar Pulang

Pemain beregu Malaysia, Teo Ee Yi terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi di Terbuka India minggu ini. Hal ini kerana, terdapat masalah dari sudut visa miliknya yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan memasuki India. Menerusi hantaran di Instastory milik beliau, pemain berusia 30 tahun itu mengakui kesilapan dirinya dan telah berusaha mendapatkan visa kecemasan bagi mengelakkannya dihantar […]

India Open: Pearly Tan & M. Thinaah Benam Cabaran Regu Taiwan

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah bangkit daripada kekecewaan tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024 dengan mara ke pusingan kedua India Open 2024. Pearly-Thinaah berjaya mara selepas melepasi cabaran regu ke-24 dunia dari Taiwan, Lee Chia-hsin dan Teng Chun-hsun. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada regu Taiwan itu dengan dua […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Great Britain Mengganas Tundukkan Malaysia

Skuad hoki wanita Malaysia mengakhiri aksi kumpulan B hoki kelayakan Olimpik 2024 dengan kekalahan besar di tangan Great Britain. Skuad negara yang kini menduduki tangga terakhir kumpulan setelah tewas dalam dua aksi sebelum ini berjaya mempertahankan gawang dari dibolosi di suku pertama. Great Britain memulakan pesta jaringan apabila meledak dua gol pantas dalam masa dua […]

Azizulhasni Awang Bakal Tinggalkan Malaysia?

Jaguh basikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang bakal meninggalkan Malaysia dan kembali berlatih di Melbourne, Australia. Perkara ini didedahkan sendiri oleh ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley kepada Nadi Arena hari ini. Azizul berbuat demikian kerana ingin fokus sepenuhnya kepada persiapan untuk menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Dengan temasya tersebut merupakan […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Gagal Lunas Dendam, Tumpas Kepada China

Malaysia gagal membalas dendam di Sukan Asia yang lalu setelah tewas di minit akhir kepada China dalam aksi Kumpulan A hoki kelayakan Olimpik 2024. Di Sukan Asia yang lalu, China menidakkan hasrat Malaysia untuk layak ke peringkat separuh akhir setelah terikat seri 4-4 sekaligus menguburkan impian skuad negara layak ke Olimpik melalui slot juara Sukan […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Kanada Sekat Hajat Tiga Mata Malaysia

Malaysia mencatatkan kekalahan kedua dalam aksi kumpulan B hoki kelayakan Olimpik 2024 selepas kecundang di tangan Kanada. Kanada bermula baik di awal suku pertama dengan berjaya menembusi gawang gol Malaysia menerusi pukulan sudut penalti Sara McManus seawal minit ketiga. Bersambung suku kedua, Kanada terus mendominasi permainan dan hasilnya jaringan kedua berjaya diperoleh hasil jaringan padang […]

Malaysia Open: Anders Antonsen Muncul Juara, Ketepikan Cabaran Pemain Nombor Enam Dunia

Pemain perseorangan lelaki Denmark, Anders Antonsen muncul juara Malaysia Open 2024 sekaligus gelaran juara pertama untuk tahun 2024. Antonsen menggondol gelaran juara selepas mengenepikan cabaran pemain nombor enam dunia dari China, Shi Yuqi. Selepas rakan senegara beliau, Viktor Axelsen disingkirkan pemain China itu semalam, gelaran juara Malaysia Open 2024 menjadi rebutan bagi kedua-dua pemain. Bagaimanapun, […]

Kelayakan Hoki Olimpik: Malaysia Dibelasah Sepanyol 7-0

Skuad hoki wanita Malaysia memulakan kempen kelayakan Sukan Olimpik Kumpulan B dengan langkah kiri apabila kalah besar 7-0 di tangan Sepanyol. The Speedy Tigress yang dibimbing oleh jurulatih Nasihin Nubli Ibrahim tahu mereka memerlukan keputusan positif dalam perlawanan pertama untuk mencerahkan peluang layak ke separuh akhir. Bagaimanapun, Sepanyol menjanjikan ujian getir buat anak buah Nasihin […]

Malaysia Open: Juara Dunia Leburkan Impian Separuh Akhir Aaron Chia & Wooi Yik

Hasrat beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ke separuh akhir Malaysia Open 2024 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas kemaraan mereka disekat juara dunia beregu lelaki 2023 dari Korea Selatan, Seo Seung-jae dan Kang Min-hyuk di peringkat suku akhir. Pertemuan ini dinantikan ramai peminat badminton bukan saja kerana status kedua-dua regu […]

Malaysia Open: Beregu Jepun Sekat Kemaraan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

Beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa berpuas hati setelah tumpas Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam suku akhir Petronas Malaysia Open 2024. Permulaan yang agresif dipamerkan kedua-dua pasangan dengan aksi berbalas serangan menjadikan kedudukan mata tidak jauh ketinggalan. Di pertengahan set pertama, Hoki-Kobayashi mula meningkatkan tempo permainan mereka sekaligus memaksa beregu negara melakukan kesilapan-kesilapan kecil. […]

Status Kecederaan Ng Tze Yong Kini Terjawab

Kecederaan yang dialami pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong beberapa hari lalu kini sudah pun terjawab. Perkara ini dijawab Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dato’ Kenny Goh yang ditemui ketika aksi suku akhir Petronas Malaysia Open 2024 di Axiata Arena. Beliau mengesahkan bahawa Ng Tze Yong baru sahaja menjalani pemeriksaan kesihatan bersama jurulatihnya, Datuk […]

“Dia Pernah No.1 Dunia Tak?” Hati Netizen ‘Pecah’ Layan Kecik & Roslin Hashim

Telatah bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim berjaya mencuit hati orang ramai ketika ditemu bual baru-baru ini. Menerusi satu video temu bual segmen Lawak Atau Koyak, beliau menjawab beberapa soalan santai dan lawak yang diajukan oleh pengacara segmen, Kecik. Ketika ditanya siapakah yang lebih hebat di antara dirinya dan adiknya, Hafiz Hashim, beliau menjawab sudah […]

JDT Futsal Sah Dapatkan Khidmat Helio Neto

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah mula melakukan persiapan rapi bagi menghadapi saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024. Ini selepas naib juara MPFL 2023 itu secara rasmi mengumumkan Helio Neto sebagai pemain baharu mereka di media sosial rasmi kelab dari selatan tanah air tersebut. Helio Neto atau nama sebenarnya Raimundo Helio Carneiro Neto telah […]