Peluang Pemain Malaysia Ke Liga Thailand Terbuka Luas

Peluang pemain bola sepak Malaysia beraksi dalam saingan Thai League 1 musim 2025/26 bakal terbuka luas. Hal ini selepas pengurusan Thai League 1 bersetuju untuk menambah bilangan pemain import yang boleh didaftarkan kepada tujuh pemain. Kuota ini terpakai kepada semua pemain import dari serata dunia termasuk Asia. Daripada tujuh pemain yang boleh didaftarkan, hanya lima […]
Indonesia Pecah Rekod ASEAN

Skuad kebangsaan Indonesia kendalian Shin Tae-yong telah memecahkan rekod Asia Tenggara dengan menjadi pasukan terbaik di pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia Zon Asia. Indonesia mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan pasukan di ranking ke-59 dunia iaitu Arab Saudi dengan keputusan 2-0 di laman sendiri. Dengan kemenangan itu, Indonesia kini mengumpul 6 mata selepas mengharungi 6 perlawanan […]
Indonesia Kembali Pintas Malaysia Ranking Masa-Nyata FIFA

Timnas Indonesia kembali memintas Malaysia dalam kemas kini ranking masa-nyata FIFA. Skuad kendalian Shin Tae-yong merakamkan kemenangan pertama dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila membelasah Arab Saudi. Dua jaringan pemain muda sensasi Oxford United, Marselino Ferdinand sudah cukup untuk memastikan tuan rumah meraih 3 mata penting untuk menghidupkan peluang ke Piala Dunia. Kemenangan 2-0 […]
Brunei FA Nafi Spekulasi 3 Pemain Berpesta Di Russia

Persatuan Bola Sepak Brunei (FABD) memberi penjelasan mengenai dakwaan tiga orang pemain kebangsaan mereka berada di sebuah kelab hiburan yang berlaku di Russia. Beberapa hari lalu, tular sebuah video di laman X mendakwa pemain kebangsaan Brunei kelihatan berada di sebuah kelab hiburan yang berada di Krasnodar. Menerusi satu kenyataan, FABD menjelaskan bahawa video tersebut merupakan […]
Ranking Masa-nyata FIFA: Malaysia Berpeluang Tinggalkan Indonesia Dengan Perbezaan Mata Besar

Pasukan Malaysia berpeluang untuk meninggalkan Indonesia dengan perbezaan mata besar berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA. Skuad kendalian Pau Marti bakal berdepan ujian pasukan ke-125 dunia, India di Hyderabad pada 18 November ini. Kemenangan ke atas The Blue Tigers membolehkan Harimau Malaya meraih tambahan +5.16 mata FIFA sekaligus berpeluang untuk meninggalkan kedudukan jiran, Indonesia. Malaysia berpotensi […]
Thailand Dijerat Laos

Thailand terpaksa menelan kepahitan apabila diikat Laos 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa kedua di Stadium Thammasat. Skuad Gajah Perang berharap dapat meraih kemenangan selepas diikat Lubnan tanpa jaringan pada 14 November lalu. Manakala Laos pula memburu kemenangan pertama buat jurulatih Korea Selatan, Ha Hyeok-jun. Jurulatih Thailand, Masatada Ishii membuat 10 pertukaran dengan Teerasak Poeiphimai sebagai […]
Ranking Masa-nyata FIFA: Malaysia Pintas Indonesia

Kekalahan Indonesia kepada Jepun dan kemenangan Malaysia ke atas Laos dalam tetingkap FIFA terakhir tahun ini memberi ruang buat skuad kendalian Pau Marti kembali berada di atas Indonesia dalam kemas kini masa-nyata ranking FIFA. Malaysia kini berada di kedudukan ke-129 dengan 1,116.89 mata manakala Indonesia di kedudukan ke-130 dengan 1,115.94 mata. Kekalahan Indonesia terhadap Jepun […]
Tewas Kepada Singapura, Kapten Myanmar Anggap Pengadil Bodoh

Kapten pasukan Myanmar, Maung Maung Lwin bengang dan menganggap pengadil bodoh setelah pasukannya tumpas di tangan Singapura pada Khamis. Pada aksi tersebut, Singapura terlebih dahulu memimpin aksi hasil penyudah Farhan Zulkifli seawal minit kelima sebelum Myanmar bangkit mencipta dua gol di awal babak kedua. Ketinggalan 1-2, Singapura bangkit dan berjaya meledak dua gol dalam tempoh […]
Singapura Raih Kemenangan Sulung, Atasi Myanmar

Singapura akhirnya meraih kemenangan pertama sejak Oktober 2023 dengan menewaskan Myanmar 3-2 di Stadium Nasional Singapura. The Lions berharap dapat meraih kemenangan pertama di peringkat antarabangsa sejak Oktober 2023. Manakala Chinthe pula mahu melebarkan rekod tanpa kalah selepas meraih satu kemenangan dan satu keputusan seri bila menentang Sri Lanka. Pemain tengah naturalisasi baru Singapura, Kyoga […]
Erick Thohir: Sangat Menarik Berdiskusi Dengan Tunku Ismail

Presiden PSSI, Erick Thohir menyifatkan pertemuannya dengan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor cukup bermanfaat buat bola sepak ASEAN. Sebelum ini, Tunku Ismail merasakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memerlukan figura persis Erick untuk memulihkan kembali arena bola sepak Malaysia. Ini kerana dengan ilmu, kenalan, semangat dan harta yang dimilikinya, ini membantu figura berusia […]
4 Agenda Besar Pertemuan Tunku Ismail & Erick Thohir

4 agenda besar menjadi topik perbincangan antara Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail dan juga Ketua Umum PSSI, Erick Thohir. Menerusi satu perkongsian oleh laman Johor Southern Tigers, pertemuan itu dihadiri oleh beberapa nama besar termasuklah pemilik kelab Valencia CF. “Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor […]
Tunku Ismail Bertemu Erick Thohir

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meluangkan masa bertemu dengan Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir. Sebelum ini, Tunku Ismail menyatakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memerlukan figura seperti Erick untuk menerajui badan induk itu. Ini kerana figura berusia 54 tahun itu memiliki wang, semangat, kenalan dan pengetahuan untuk kembali memartabatkan bola […]
Thailand Uji Lubnan

Thailand terus mengatur persiapan menjelang kempen ASEAN Championship 2024 apabila bakal berhadapan pasukan Asia Barat, Lubnan. Aksi persahabatan yang bakal diadakan pada 14 November pada awalnya hampir dibatalkan. Ini susulan tindakan rejim Israel menceroboh Lubnan pada akhir September lalu. Situasi tersebut turut menyebabkan pasukan yang diberi jolokan The Cedars itu membatalkan aksi persahabatan antarabangsa dengan […]
Filipina Bakal Dicabar Pasukan Ke-203 Dunia

Skuad kebangsaan Filipina bakal dicabar pasukan yang menduduki ranking ke-203 dunia, Sri Lanka dalam aksi persahabatan antarabangsa bulan November. ASEAN Football melaporkan aksi ini sebagai sebahagian daripada persiapan anak buah Albert Capellas menjelang ASEAN Championship 2024 yang membuka tirainya pada Disember ini. Meskipun pasukan itu berstatus ranking ke-202 dunia, The Azkals dijangka tidak memandang enteng […]
Konsert Dorong Vietnam & Singapura Tukar Venue ASEAN Cup

Isu konsert memaksa Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menukar venue untuk aksi ASEAN Cup 2024. ASEAN Football melaporkan kedua-dua badan induk itu telah membuat permohonan menukar venue kerana khuatir konsert yang diadakan bakal menggugat kualiti padang stadium pilihan mereka. Mengikut perancangan, Singapura akan beraksi di Stadium Nasional Singapura. Manakala […]
Erick Thohir Jemput Tunku Ismail Melabur Di Indonesia

Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir menjemput DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk membuat pelaburan di Indonesia. Jemputan ini dibuat Erick apabila diminta mengulas komen baginda tentang beliau oleh media baru-baru ini. Sebelum ini, Tunku Ismail berpandangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memerlukan figura seperti Erick untuk membawa bola sepak negara […]