Malaysia Open: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Suku Akhir, Ketepikan Cabaran Nur Izzuddin & Sze Fei

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya mengesahkan kemaraan ke suku akhir Malaysia Open 2024. Regu lelaki yang menduduki ranking keempat dunia itu mengatasi rakan senegara, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei dalam aksi pusingan kedua kejohanan hari ini. Pertemuan hari ini dinantikan ramai penyokong di Axiata Arena kerana salah […]
Malaysia Open: Dua Beregu Campuran Negara Lepasi Halangan Awal

Dua pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See berjaya mara ke pusingan kedua Petronas Malaysia Open 2024. Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang menjadi sandaran kem beregu campuran negara turun terlebih dahulu berdepan wakil Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue di gelanggang satu. Di set pertama, Tang […]
Malaysia Open: Goh Jin Wei Mudah Atasi Tentangan Sung Shao Yun

Perseorangan utama wanita Malaysia, Goh Jin Wei mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Malaysia Open 2024. Beliau yang menduduki ranking ke-31 dunia mengatasi cabaran perseorangan wanita dari Taiwan, Sung Shuo Yun di pusingan pertama hari ini. Selepas berjaya mara ke separuh akhir Hong Kong Open pada tahun lepas, ramai peminat badminton mengharapkan Jin Wei tampil lebih […]
Malaysia Open: Aaron Chia-Wooi Yik Bertarung Hebat Singkirkan Regu Denmark

Beregu utama lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Woi Yiik beraksi dengan cukup cemerlang untuk membenam beregu Dennark, Rasmus Kjaer dan Frederik Soogard di kejohanan Malaysia Open 2024. Aksi yang berlangsung di Axiata Arena itu menyaksikan kedua-dua beregut turun dengan motivasi terbaik untuk meraih kemenangan bagi melayakkan diri. Permulaan kurang baik ditampilkan oleh wakil negara […]
Malaysia Open: Izzudin Rumsani-Sze Fei Benam Cabaran Regu Thailand

Nur Izzudin Rumsani-Goh Sze Fei tiada masalah untuk menumbangkan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren pusingan pertama Petronas Malaysia Open 2024. Permulaan positif dipamerkan Izzudin dan Sze Fei dengan variasi corak permainan dilakukan ke arah lawan untuk mendahului selesa 11-4. Jomkoh-Kedren cuba bangkit mengejar selepas itu untuk memberi saingan namun pasangan negara terlalu unggul untuk menutup […]
Malaysia Open: Langkah Ng Tze Yong Terhenti Awal, Ditewaskan Koki Watanabe

Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki Malaysia Open 2024 berakhir hari ini. Ini selepas perseorangan lelaki kedua negara, Ng Tze Yong terpaksa menarik diri semasa menentang pemain perseorangan Jepun, Koki Watanabe dalam pusingan pertama kejohanan. Perlawanan hari ini dilihat medan terbaik buat pemain nombor 15 dunia itu membalas dendam selepas kalah kepada lawan sama di […]
Malaysia Open: Regu Nombor Dua Dunia Tamatkan Perjuangan Anna Cheong-Mei Xing

Beregu wanita negara, Anna Cheong dan Teoh Mei Xing terpaksa menelan kepahitan apabila tersingkir dari kejohanan Malaysia Open 2024. Anna-Mei Xing yang menduduki ranking ke-64 dunia tewas kepada pilihan kedua kejohanan dari Korea Selatan, Baek Ha-na dan Lee So-hee. Selepas terpaksa berehat pada November lalu akibat kecederaan pada kaki kanan, Anna berharap dapat terus mendaki […]
“Saya Harap Suatu Hari Dapat Cakap Macam Ini Di Sini” – Lee Zii Jia

Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia mengakui berharap dapat berdiri di hadapan media kerana bangga bergelar juara Malaysia Open. Nasib tidak menyebelahi pemain nombor 11 dunia itu apabila tersingkir dari pusingan pertama Malaysia Open 2024 hari ini. Zii Jia disingkirkan oleh pemain nombor 19 dunia dari China, Lu Guangzu dengan keputusan 16-21, 21-19, 21-15. Anak […]
Malaysia Open: Lee Zii Jia Tersungkur Di Pusingan Ke-32

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa menelan hakikat setelah kecundang kepada Lu Guangzu di pusingan pertama Petronas Malaysia Open 2024. Di set pertama, Zii Jia tampil garang dengan berjaya mengawal penguasaan gelanggang dengan baik untuk mendahului 7-1 di awal permainan. Selepas itu, Guang Zu terus merencana strategi untuk melakukan serangan dengan beberapa pukulan […]
Malaysia Open: Nasib Berbeza Dua Beregu Negara

Dua beregu negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Pearly Tan-Muralitharan mengalami dua nasib yang berbeza ketika turun beraksi di Petronas Malaysia Open 2024. Turun beraksi di gelanggang dua, Goh Soon Huat dan pasangannya Shevon Lai berhasil menundukkan lawan dari England, Gregory Mairs-Jenny Mairs dalam aksi tiga set. Pada aksi set pertama, gandingan negara mudah menamatkan […]
Malaysia Open: Regu Korea Selatan Tunjuk Jalan Keluar Kepada Tan Kian Meng & Pei Jing

Beregu campuran Malaysia, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing membuka tahun 2024 dengan langkah kiri hari ini. Ini selepas regu campuran yang menduduki ranking ke-25 dunia itu disingkirkan regu nombor tujuh dunia dari Korea Selatan, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun dalam pusingan pertama Malaysia Open 2024. Juara German Open 2023 itu ingin membuka tahun […]
Info Siaran Langsung Malaysia Open Badminton 2024 (Live Streaming)
Aksi Petronas Malaysia Open 2024 bakal membuka tirainya pada tahun ini dengan penuh bergaya tatkala para pemain bakal memulakan langkah. Malaysia bakal mempertaruhkan barisan terhebat dengan pengarah jurulatih, Rexy meletakkan sandaran kepada perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Aksi beregu wanita pula bakal menampilkan sentuhan Pearly Tan-M Thinaah dan beregu […]
Jawapan Lee Zii Jia Tentang Masa Depannya Tahun 2024

Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis bakal menjadi fokus utama perseorangan lelaki utama Malaysia, Lee Zii Jia. Keputusan tersebut diambil memandangkan pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 untuk acara badminton semakin menghampiri penghujungnya. Tempoh kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 untuk acara badminton bermula dari 1 Mei 2023 hingga 28 April 2024. Dengan kejohanan terakhir menawarkan […]
Hendrawan: Ng Tze Yong Perlukan Masa

Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan mempertahankan anak buahnya, Ng Tze Yong yang memerlukan masa bagi mendapatkan rentak permainannya. Menurut laporan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, Hendrawan berkata pemain berusia 24 tahun itu sedikit berbeza berbanding pemain lain seperti Datuk Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia yang memiliki kelebihan dari segi kekuatan fizikal. “Coach Hendrawan perjelas […]
Lee Zii Jia Buat Peminat Malaysia Tersenyum Semula

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali meraih perhatian ramai menjelang saingan Petronas Terbuka Malaysia minggu hadapan. Menurut video yang dimuatnaik oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, kelihatan kelibat pemain berusia 26 tahun itu sedang menguji gelanggang bersama pemain-pemain lain. “Kelihatan Lee Zii Jia kembali berada pada sesi latihan menjelang saingan Terbuka Malaysia Selasa […]
Pelaburan RM56 Juta Usain Bolt Lesap Sekelip Mata

Nama Usain Bolt terus diingati oleh peminat olahraga meskipun pelari legenda itu sudah bersara pada tahun 2017. Bagaimanapun, peminat sukan dunia dikejutkan dengan berita bahawa legenda Jamaica berusia 37 tahun itu mengalami kerugian AS$12.7 juta (RM56 juta) pada Januari 2023. Essentially Sports melaporkan hal ini berlaku disebabkan firma pelaburan Jamaica, Stocks and Securities Limited telah […]