Benjamin Mora Mahu Cabaran Lebih Besar Lepas Tinggalkan York United

Bekas pengendali York United FC, Benjamin Mora menagih cabaran lebih besar selepas meninggalkan kelab Canada, York United. Jodoh jurulatih kelahiran Mexico itu di Canada tidak panjang apabila hanya bertahan selama 6 bulan dan memilih untuk membawa haluan baharu. Jurulatih berusia 46 tahun itu bercakap kepada laman AS Mexico mengenai keputusannya untuk meninggalkan York United kurang […]

Ong Kim Swee Bakal Ikut Langkah Tan Cheng Hoe?

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berpotensi untuk mengikut jejak langkah Tan Cheng Hoe. Jurulatih berusia 53 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan The Rhinos selepas hampir 36 bulan mengendalikan pasukan sungguhpun Sabah mengumumkan lanjutan kontraknya baru-baru ini. Teka-teki mengenai destinasi baharunya terus hangat dibincangkan oleh peminat bola sepak tanah air ketika ini. Bekas […]

Perak Sambung Kontrak Luciano Guaycochea?

Penyokong Perak FC bakal menerima suntikan semangat menjelang aksi pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2024/25. Ini selepas pengurusan The Bos Gaurus dilaporkan sudah memperbaharui kontrak kapten pasukan dari Argentina, Luciano Guaycochea sehingga tamat musim 2024/25. Khabar ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Untuk rekod, kontrak asal bekas pemain tengah Alianza FC itu bakal […]

Jodoh Luqman Hakim Di Jepun Bakal Berakhir

Jodoh pemain muda Yokohama SCC, Luqman Hakim Shamsudin di Jepun bakal berakhir. Tonggak berusia 22 tahun itu menyertai pasukan Divisyen 3 Jepun itu pada awal tahun ini dari kelab Belgium, KV Kortrijk. Beliau bagaimanapun berdepan saingan sengit untuk mendapatkan tempat terutamanya dalam kesebelasan utama pasukan. Luqman kini kembali seketika di Malaysia dan memberitahu bahawa beliau […]

Penang Umum Ketibaan Wan Rohaimi

Bekas penolong jurulatih KL City, Wan Rohaimi Wan Ismail diperkenalkan secara rasmi selaku ketua jurulatih Penang yang baharu. Menerusi satu hantaran di media sosial Penang FC, jurulatih berusia 48 tahun itu diumumkan bakal mengambil alih tugas yang dipegang oleh pengendali terdahulu, Akmal Rizal. Wan Rohaimi bin Wan Ismail kini dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan […]

Oscar Bakal Tinggalkan Shanghai Port? Penyokong Cadang Bawa Ke Liga Malaysia

Nama perancang tengah Shanghai Port, Oscar Emboaba mula disebut-sebut agar kelibatnya dapat dilihat di Liga Malaysia. Pemain kelahiran Brazil itu menggegarkan arena bola sepak Asia selepas menyertai jaguh China itu dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC pada tahun 2017. Perpindahan mega dengan yuran perpindahan sekitar 60 Juta USD (RM267 Juta) itu ternyata berbaloi […]

Ten Hag Selangkah Dapat Kerja Baru

Bekas pengurus Manchester United, Erik ten Hag berpotensi menerima talian hayat daripada kelab Serie A, AS Roma. Pengurus Belanda berusia 54 tahun itu dipecat United pada Oktober lalu susulan prestasi tidak menentu pasukan itu pada awal musim 2024/25. Pengurusan The Red Devils kemudiannya membawa masuk bekas pengurus Sporting Lisbon, Ruben Amorim sebagai pengganti tetap ten […]

Laman Eropah Dedah Tempoh Kontrak Arif Aiman Di JDT

Salah sebuah laman media sosial di Eropah mendakwa berkenaan tempoh kontrak pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 22 tahun itu mencipta sensasi selepas menjaringkan 4 gol dalam 4 penampilan saingan AFC Champions League Elite (ACLE). Beliau menjadi sandaran utama skuad Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio yang kini melakar dua kemenangan […]

Wan Rohaimi Bakal Kemudi Penang?

Bekas penyerang kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail semakin hampir menggalas peranan sebagai jurulatih baru Penang FC. Sebelum ini, pengurusan Harimau Kumbang memutuskan untuk merehatkan Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Keputusan itu diambil kerana prestasi merudum pasukan itu dalam liga. Susulan itu, Mat Saiful Mohamad menggalas tugas sebagai pemangku jurulatih sambil dibantu pengarah teknikal pasukan, Merzagua Abderrazak. […]

Pemain Ke-4 Tinggalkan Kedah

Pemain ke-4 dilaporkan bakal meninggalkan pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC. Skuad kendalian Nafuzi Zain berdepan pelbagai rintangan susulan masalah luar padang yang melanda. Situasi tidak menentu ini menyaksikan Sang Kenari tidak dapat mengharungi musim 2024/25 dan diakui oleh pengendali pasukan sebelum ini. Pada jendela perpindahan kedua Liga Super Ogos lalu, tiga pemain telah […]

Sony Norde Bakal Ke Liga 1 Indonesia

Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde bakal berkelana ke Indonesia pada Disember ini. Ini selepas wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan pemain sayap Haiti berusia 35 tahun itu bakal menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Malut United. Berita ini sekaligus menamatkan tempoh empat tahun Norde mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak 2020. […]

Al-Hilal Tolak Ronaldo, Buru Mo Salah

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal dilaporkan tidak menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai sasaran utama mereka dalam pasaran perpindahan Januari 2025. Ini kerana menurut wartawan Give Me Sport, Ben Jacobs, sasaran sebenar pasukan yang dibimbing Jorge Jesus itu ialah penyerang berbisa Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah. Ini bukan kali pertama Salah dikaitkan dengan perpindahan ke Saudi Pro […]

Hadi Fayyadh Buka Langkah Dirisik Dua Kelab Jepun

Penyerang PDRM FC, Hadi Fayyadh berkongsi detik awal menerima dua tawaran untuk beraksi di Jepun. Pemain berusia 24 tahun itu telah pulang ke Malaysia untuk menyertai Perak FC pada musim lalu namun bergelut untuk mendapat tempat. Beliau memutuskan untuk membawa haluan bersama PDRM FC dan mula mendapat minit permainan bersama kelab Lembah Klang itu. Menerusi […]

Jurulatih Terkemuka Asia Bakal Ke Liga Super?

Kelab Liga Super dikhabarkan memburu khidmat jurulatih terkemuka Asia bagi mengisi posisi pengendali pasukan. Aksi Liga Super memasuki minggu ke-14 dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) gah memimpin saingan Liga Super. JDT kini mengumpul 37 mata selepas 13 perlawanan sambil meninggalkan pasukan tangga kedua, Selangor dengan 29 mata. Beberapa khabar mewarnai saingan tempatan tatkala […]

Penyerang Real Madrid, Mariano Diaz Kini Ejen Bebas

Bekas bintang Real Madrid, Mariano Diaz masih lagi belum mendapat kelab dengan tahun 2024 semakin menghampiri penghujung. Nama Diaz mula dikenali selepas menyertai pasukan remaja Los Blancos pada 2012. Sejak itu, penyerang Republik Dominica itu tidak menoleh ke belakang dan meraih 84 penampilan bersama mereka. Selain Real Madrid, Diaz juga pernah beraksi untuk kelab Perancis, […]

Selangor Bayar Pampasan Kekalkan Nooa Laine

Selangor membayar pampasan kepada SJK Seinajoki untuk menukar status Nooa Laine daripada perpindahan pinjaman kepada perpindahan tetap. Perkara ini disahkan sendiri Pengarah Teknikal SJK, Richard Dorman apabila ditanya tentang status terkini pemain berusia 21 tahun itu. Beliau memaklumkan Selangor sudah mengaktifkan klausa perpindahan tetap Nooa sekaligus membolehkannya menyertai pasukan gergasi Lembah Klang itu. “Semasa musim […]