Harimau Malaya Bakal Uji Yaman?

Harimau Malaya bakal menjadikan Yaman sebagai ujian pemanas badan sebelum mengharungi saingan ASEAN Championship 2024. Yemen Sports melaporkan pasukan Asia Barat itu bakal menjalani kem latihan di Malaysia. Ini sebagai persediaan untuk menghadapi Arabian Gulf Cup 26. Kem ini dilihat kesinambungan daripada dua aksi antarabangsa yang ditempuh pasukan itu pada 16 dan 19 November lalu. […]

‘Orang Kuat’ Burnley Beri Bayangan Josh Brownhill Ke Malaysia

Salah seorang individu penting dalam organisasi kelab Burnley FC telah memberi bayangan kaptennya, Josh Brownhill bakal beraksi buat Malaysia. Pemain berusia 29 tahun itu sudah lama dikaitkan dengan kehadirannya untuk membantu Harimau Malaya namun hasrat itu masih belum tercapai. Tonggak tengah berpengalaman itu membantu Burnley untuk bersaing dalam kancah EFL Championship dan telah beraksi sebanyak […]

Tunku Ismail Bakal Kemudi Era Baharu Harimau Malaya?

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan bakal membuka era baharu Harimau Malaya. Baginda sebelum ini dikaitkan untuk mengambil alih kepimpinan skuad kebangsaan sekaligus memacu lebih banyak kejayaan buat skuad negara. DYAM Tunku Ismail dalam satu hantaran memberi bayangan sudah pun memiliki pelan lengkap susunan organisasi […]

Nafuzi Zain Bakal Kemudi Malaysia B-23?

Pengendali Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain dilaporkan bakal mengemudi skuad Malaysia B-23. Nafuzi mula membimbing Kedah pada tahun 2023 setelah meninggalkan jaguh Pantai Timur, Terengganu dan berhasil membawa Sang Kenari meraih tempat keempat Liga Super musim lalu. Isu luar padang seperti tunggakan gaji yang menimpa Kedah belakangan ini menyebabkan juara Piala FA 2019 itu dijangka […]

Pau Marti Dah Jangka Cara India Bermain

Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente sudah menjangka bagaimana corak permainan yang telah diterapkan India kendalian Manolo Marquez dalam aksi persahabatan India dan Malaysia di Hyderabad pada Isnin. Jurulatih dari Barcelona, Sepanyol itu memberitahu media selepas perlawanan bahawa beliau tidak terkejut melihat pemain-pemain Harimau Malaya akan ditekan hebat pemain-pemain India yang diakui mempunyai kepantasan. “Saya dah […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Lonjak 5 Tangga, Tembusi Kelompok 120 Dunia

Ranking Masa-nyata FIFA: Malaysia mencatatkan kemajuan ranking FIFA selepas melonjak 5 tangga susulan kejayaan mengikat India. Skuad kendalian Pau Marti meraih tambahan +2.97 mata FIFA hasil kemenangan berdepan pasukan ke-187 dunia, Laos di Thailand tempoh hari. Rentak cemerlang itu diteruskan sungguhpun tidak memiliki tiga tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman, Feroz Baharudin dan […]

5 Perkara Positif Dalam Aksi India vs Malaysia

India berjaya ikat kemaraan Malaysia di Hyderabad dengan keputusan seri 1-1. Suka atau tidak, keputusan ini bukanlah pilihan utama rakyat Malaysia yang sudah tentu mahukan kemenangan mutlak di tempat lawan. Berikut merupakan 5 perkara positif yang berjaya dikesan penulis untuk tatapan umum: Selamat Datang Fazrul Amir Selamat datang Fazrul Amir ke Harimau Malaya! Fazrul Amir […]

India Ikat Kemaraan Malaysia Di Hyderabad

Malaysia merekodkan keputusan seri ketika berdepan India dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Hyderabad pada Isnin. Selepas mencatat kemenangan bergaya ke atas Laos minggu lalu, skuad kebangsaan terbang ke Hyderabad untuk menguji kekuatan India yang kini berada di kedudukan ke-125 dunia. Pengendali negara, Pau Marti hanya mengekalkan 4 pemain di dalam kesebelasan utama diketuai […]

Keadaan Padang Stadium Gachibowli Bagi Aksi India vs Malaysia Curi Tumpuan

Keadaan padang Stadium Gachibowli di Hyderabad mencuri tumpuan bagi aksi antara India vs Malaysia. Skuad kendalian Pau Marti dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Laos dengan keputusan 3-1 di Stadium PAT, Thailand baru-baru ini. Ujian berikutnya buat Harimau Malaya adalah menentang The Blue Tigers yang dijadualkan berlangsung pada 18 November ini dengan aksi bakal dimainkan di […]

Media India Senaraikan 3 Bintang Harimau Malaya Perlu Diawasi

3 bintang Harimau Malaya telah dikenal pasti oleh media di India bakal menjadi ancaman menjelang aksi persahabatan pada Isnin. Skuad kebangsaan bimbingan Pau Marti Vicente terbang ke Hyderabad untuk berdepan India dengan momentum positif setelah mencatat kemenangan 3-1 ke atas Laos pada Khamis lalu. Tiga jaringan daripada Harith Haiqal, Stuart Wilkin dan Sergio Aguero berjaya […]

Matyo & Mahali Pilih Arif Aiman

Dua bekas pemain kebangsaan sepakat memilih pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai pemain terbaik negara ketika ini. Perkara ini dinyatakan dua bekas pemenang ASEAN Championship 2010, Norshahrul Idlan Talaha dan Mahali Jasuli bila ditanya ASEAN United FC tentang siapa pemain terbaik Malaysia. Sejak membuat penampilan pertama bersama Harimau Malaya pada 23 […]

Tonton Aksi India vs Malaysia Secara Langsung Di 3 Saluran Malam Ini

Aksi persahabatan Tier 1 FIFA antara India vs Malaysia boleh ditonton secara langsung di 3 saluran malam ini. Skuad kendalian Pau Marti turun dengan misi besar untuk meraih tambahan +5.16 mata FIFA berdepan The Blue Tigers di Hyderabad. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Pestabola Merdeka 2023 yang menyaksikan skuad kebangsaan menundukkan India dengan […]

Jumlah Mata, Rekod & Kedudukan Ranking FIFA Jika Malaysia Tewaskan India

Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA dan juga rekod pertemuan sekiranya menewaskan India. Skuad kendalian Pau Marti masih segar dengan kejayaan menundukkan Laos dengan keputusan 3-1 di Stadium PAT, Thailand baru-baru ini. Kemenangan itu membolehkan Harimau Malaya meraih tambahan +2.97 mata FIFA dan melonjak 5 tangga ke kedudukan 128 dunia berdasarkan kemas kini masa-nyata […]

India vs Malaysia, Siapa Bakal Menang?

Selepas meraih kemenangan ke atas Laos, Malaysia kini mengalihkan fokus untuk aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 FIFA menentang India pada November ini. Aksi ini bakal berlangsung di Stadium Gachibowli, Hyderabad pada 18 November. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak aksi Pestabola Merdeka 2023. Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente hanya memiliki khidmat 23 pemain […]

Harith Haiqal Tekad Beri Aksi Terbaik Demi Malaysia

Bek tengah muda Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar berharap dapat meneruskan aksi terbaik bersama Harimau Malaya. Selain meraih penampilan pertama antarabangsa dalam aksi menentang New Zealand pada Oktober lalu, bek tengah berusia 22 tahun itu mencipta satu lagi detik manis dalam kariernya. Ini selepas Harith menjaringkan gol dalam aksi menentang Laos di Bangkok, Thailand pada […]

Jurulatih India Gerun ‘Malaysia Pasukan Terbaik Balang 2’

Jurulatih India mula merasa gerun dengan melabel Malaysia selaku pasukan terbaik dalam Balang 2 Kelayakan Piala Asia 2027. Jurulatih kelahiran Sepanyol, Manolo Marquez menganggap aksi menentang Harimau Malaya amat penting buat anak buahnya menambah baik prestasi semasa. India mengharungi 11 aksi tanpa kemenangan tetapi berharap agar dapat menamatkan rentetan tersebut menentang anak buah Pau Marti […]