Potensi Lawan Malaysia, Sri Lanka Tambah 12 Pemain Kacukan Jerman & England

Pasukan kebangsaan Sri Lanka antara lawan potensi Malaysia yang giat menambah pemain warisan dari Jerman dan England. Skuad kendalian Abdullah Al Mutairi melakar keputusan mengejutkan pada aksi persahabatan Tier 1 FIFA apabila menundukkan Yaman dengan keputusan 1-0. Aksi persahabatan di Qatar itu menyaksikan pemain kacukan Australia-Sri Lanka, Jack Hingert menjaringkan gol saat akhir sekaligus memberikan […]

Lionel Messi Ketuai Argentina Beraksi Di India

India bakal menerima kedatangan Argentina yang diketuai oleh bintang bola sepak dunia, Lionel Messi untuk satu aksi persahabatan di Kerala. Perkhabaran ini dikongsikan oleh Menteri Sukan Kerala, V Abdurahiman, dalam satu sidang media yang memaklumkan mengenai kehadiran bekas juara Piala Dunia itu serta Messi pada 2025. Tambah beliau, perlawanan tersebut bakal berlangsung dan dijalankan di […]

Kim Pan-gon Calon Jurulatih Terbaik K-League

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berpeluang mendapat satu lagi anugerah di Korea Selatan. Ini selepas nama jurulatih berusia 55 tahun itu tersenarai sebagai calon Jurulatih Terbaik K-League 2024. Pan-gon tersenarai bersama jurulatih Gangwon FC, Yoon Jung-hwan dan pengendali Gimcheon Sangmu, Chung Jung-yong. Jurulatih Ulsan HD itu tercalon untuk anugerah berkenaan selepas membantu kelab itu […]

Respon Kecewa Jurulatih Arab Saudi Selepas Dimalukan Indonesia

Pengendali Arab Saudi menzahirkan kekecewaan selepas tunduk di tangan Indonesia. Aksi keenam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Arab Saudi datang ke Stadium Gelora Bung Karno turun dengan momentum yang kurang baik. Peluang itu dimanfaatkan oleh anak buah Shin Tae-yong apabila dua jaringan Marselino Ferdinan memastikan Indonesia melakar kemenangan 2-0 ke atas Arab Saudi. […]

Australia Padam Hasrat Kemenangan Bahrain

Australia berjaya mencuri satu mata berharga di gelanggang lawan selepas mengikat Bahrain dalam aksi Kumpulan C Kelayakan Asia Piala Dunia pada awal pagi Rabu. Australia yang baru mencatatkan satu kemenangan telah menurunkan skuad terkuat dengan pertahanan kebal mereka Harry Souttar dan penyerang berbisa Kusini Yengi menjadi harapan utama pasukan. Manakala Bahrain yang turut merekodkan satu […]

Jordan Dijerat Pasukan Ke-135 Dunia Kali Kedua

Jordan menerima keputusan mengejutkan apabila diikat pasukan ke-135 dunia dengan keputusan 1-1. Finalis Piala Asia 2023 itu turun dengan momentuk terbaik dengan rekod dua kemenangan, dua seri dan hanya satu kekalahan pada peringkat kumpulan. Nama-nama seperti Mousa Al-Taamari, Yazan Al-Naimat, Nizar Al-Rashdan dan juga Yazan Al-Arab berada dalam kesebelasan utama menentang satu lagi negara Timur […]

UAE ‘Bedil’ Juara Piala Asia, Qatar 5-0

Hasrat Qatar membalas dendam kekalahan di tangan negara serantau, Emiriah Arab Bersatu (UAE) terbantut. Ini selepas pasukan yang dibimbing Paulo Bento itu meraih kemenangan besar 5-0 ke atas juara Piala Asia 2023 itu. Selepas meraih kemenangan ke atas Uzbekistan, Al-Annabi berharap dapat menambah satu lagi kemenangan untuk mengurangkan tekanan kepada jurulatih mereka, Tintin Marquez. Manakala […]

China Kalah Lagi, Tewas Kepada Jepun

Pasukan China tewas kali keempat dalam aksi peringkat Kumpulan C, kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas terpaksa akur kepada Jepun di laman sendiri. Di separuh masa pertama, pasukan pelawat mendahului dua gol dihadapan bermula dengan jaringan pembukaan permainan pada minit ke-39 menerusi Koki Ogawa. Hantaran daripada Takefusa Kubo telah disambar Ogawa untuk jaringan pertama Jepun. […]

Indonesia Berbisa, Belasah Arab Saudi Di Gelora Bung Karno

Timnas Indonesia mencipta kemenangan pertama apabila menundukkan Arab Saudi di Stadium Gelora Bung Karno. Anak didik Shin Tae-yong turun dengan kesebelasan terbaik dengan Rafael Struick dan Marselino Ferdinan mengetuai jentera serangan. Sang Garuda memanfaatkan sokongan padu di laman sendiri apabila membuka tirai jaringan selepas Marselino bijak memperdaya empat pertahanan sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Ahmed […]

Bintang India Anggap Wakili Negara Sebagai Maruah

Bintang skuad kebangsaan India, Edmund Lalrindika menganggap menyarung jersi kebangsaan sebagai satu penghargaan dan maruah. Bagi penyerang kelab divisyen dua India, Inter Kashi itu, semua pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan akan berikan yang terbaik demi negara tercinta tidak kira pemain tersebut dari divisyen utama atau sebaliknya. “Ianya bukan masalah anda dari I-League (Divisyen dua […]

Jurulatih India Mengeluh Panjang

Pengendali India, Manolo Marquez meluahkan rasa tidak puas hati dengan kalendar perlawanan Indian Super League (ISL) baru-baru ini. Marquez yang juga pengendali FC Goa berang kerana beberapa aksi ISL dilihat terlampau hampir dengan aksi antarabangsa membabitkan The Blue Tigers. Salah satu aksi yang dirujuknya ialah aksi membabitkan Goa dan Mumbai City pada 19 Oktober lalu. […]

Yaman Dimalukan Pasukan Ke-203 Dunia

Pasukan kebangsaan Yaman terus dihurung malu selepas tewas kepada pasukan 203 dunia. Skuad kendalian Noureddine Ould Ali turun dengan kesebelasan terbaik dalam misi memburu kemenangan selepas mengharungi 4 aksi hambar. Aksi babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan namun tiada sebarang jaringan dihasilkan. Bersambung babak kedua, Sri Lanka yang dibimbing oleh Andy Morisson tampil […]

Penjaga Gol India Mahu Lupakan Episod Duka Bertemu Malaysia

Penjaga gawang India, Gurpreet Singh Sandhu mahu rakan sepasukan segera melupakan kekalahan di tangan Malaysia ketika bertemu di Bukit Jalil tahun lalu. Skuad negara bakal berdepan India dalam satu perlawanan persahabatan setelah cemerlang menewaskan Laos hasil tiga gol daripada Harith Haiqal, Stuart Wilkin dan Sergio Aguero. Sementara India pula pastinya turun dengan misi besar bagi […]

Pembantu Roberto Mancini Canang Jepun Mampu Bersaing Di Euro

Bekas penolong jurulatih Roberto Mancini, Angelo Gregucci percaya Jepun mampu bersaing jika bertanding dalam saingan Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO). Pandangan jurulatih berusia 60 tahun itu dibuat selepas mengamati kekuatan semasa anak buah Hajime Moriyasu itu. Samurai Biru terus mengekalkan rekod kebal dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 apabila membelasah Indonesia 4-0 pada 15 November […]

Jepun Belasah Indonesia Di Gelora Bung Karno

Indonesia tewas kepada Jepun dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno. Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong dan ketua jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu menampilkan barisan terkuat dalam usaha untuk mendapatkan tiga mata berharga buat pasukan masing-masing. Pada babak pertama permainan, Indonesia dibolosi dua gol apabila pada minit ke-35 permainan, pertahanan Indonesia Justin Hubner […]

Jepun Tinggalkan Indonesia 2-0 Babak Pertama

Jepun meraih kelebihan awal dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 apabila mendahului Indonesia 2-0 pada separuh masa pertama. Indonesia berharap dapat bangkit daripada kekalahan 2-1 di tangan China pada Oktober lalu. Manakala Jepun mahu mengekalkan rekod kebal mereka dalam Kumpulan C. Kevin Diks menjadi tonggak warisan terbaru yang diberi peluang dalam kesebelasan utama Tim Garuda. […]