India Open: Regu Nombor Dua Dunia Sekat Impian Final Aaron Chia & Wooi Yik

Hasrat beregu lelaki nombor satu Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik layak ke final India Open 2024 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas kemaraan mereka disekat pemenang pingat emas Sukan Asia 2023 dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di pentas separuh akhir hari ini. Dari segi kedudukan ranking Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), kelebihan […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Akhirnya Raih Kemenangan Pertama, Belasah Chile

Skuad hoki lelaki senior Malaysia akhirnya meraih kemenangan pertama dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Valencia, Sepanyol. Kejayaan itu diraih apabila The Speedy Tigers mengatasi cabaran wakil Amerika Selatan, Chile dalam perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan hari ini. Selepas gagal layak ke peringkat separuh akhir kelayakan Sukan Olimpik, Malaysia yang dibimbing Arul Selvaraj […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Akhiri Saingan Di Tempat Kelapan, Tumpas Kepada Ukraine

Malaysia kempunan untuk menamatkan kempen di tempat ketujuh setelah tumbang kepada Ukraine aksi penentuan tempat ketujuh dan kelapan hoki kelayakan Olimpik 2024. Skuad hoki wanita negara turun dengan misi mencatatkan kemenangan untuk menamatkan kempen sekurang-kurangnya di tempat ketujuh dalam aksi kelayakan ini. Suku pertama bermula sedikit perlahan dengan kedua-dua pasukan masih mencari rentak permainan masing-masing. […]

Eva Olivianie & Syafiqa Irisya Ketuai Watak Tumpuan Skuad Wanita Selangor 2024

Skuad wanita Selangor memperkenalkan barisan pemain yang bakal menyahut cabaran bagi menghadapi saingan 2024. Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di Instagram Selangor FC Women yang memaparkan pemain-pemain dan nombor jersi mereka untuk digunakan bagi musim hadapan. “Memperkenalkan barisan pemain dan nombor jersi rasmi buat skuad wanita Selangor FC 2024 yang akan bersaing bagi musim […]

Bekas Jurulatih Malaysia Kini Bimbing Skuad Wanita Selangor

Skuad wanita Selangor FC dijangka tampil lebih mantap untuk musim 2024. Ini kerana pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu mendapat sentuhan bekas jurulatih Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17), Osmera Omaro. Ini selepas pengurusan Merah Kuning mengumumkan barisan pemain, staf kejurulatihan dan pegawai skuad wanita Selangor untuk tahun 2024 di laman sesawang rasmi mereka Osmera […]

Bekas Pemain Liga Super Perkuat Pahang Rangers

Juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023, Pahang Rangers mengumumkan pemain import baharu yang bakal memperkuat pasukan menjelang saingan 2024 nanti. Pahang Rangers mengumumkan berita kemasukan pemain import, Felipe De Souza ini menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka “Selamat datang Felipe de Souza!” “Pivot dari Brazil ini menjadi rekrut terbaru skuad sekaligus melengkapkan […]

“Maaf Kerana Gagal Dalam Misi Ini”

Ketua jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj memohon maaf diatas kegagalan beliau dan anak-anak buahnya untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. Beliau memberi komen tersebut selepas perlawanan peringkat kumpulan hoki kelayakan Olimpik Malaysia dan Pakistan yang berakhir dengan keputusan seri. Beliau juga berharap skuad Malayan Tigers dapat bangkit dan berjuang habis-habisan untuk ke Sukan […]

India Open: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Separuh Akhir, Atasi Tentangan Regu China

Cabaran beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di India Open 2024 diteruskan ke peringkat separuh akhir hari ini. Ini selepas juara dunia beregu lelaki 2022 itu meleburkan tentangan regu lelaki nombor lapan dunia dari China, Liu Yuchen dan Ou Xuanyi di pentas suku akhir. Dari segi ranking dunia, kelebihan memihak kepada […]

India Open: Lee Zii Jia Tumbang Kepada Pemain Pilihan Kedua Kejohanan

Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia pamer kesungguhan sebelum dikecewakan Kodai Naraoka dalam aksi suku akhir India Open. Zii Jia yang menumbangkan Jonatan Christie sebelum ini dilihat mendominasi set pertama dengan jauh meninggalkan lawannya dari Jepun itu 17-7. Ketenangan Zii Jia mematikan pukulan Naraoka berjaya memastikan set pertama menjadi milik pemain kelahiran Kedah itu […]

TMJ Kongsi Model Jentera Hafizh Syarin, Projek Bersama JDT Kini Bermula

Sejak Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mengumumkan projek JDT Racing Team, ramai ingin tahu perkembangan terkini pasukan lumba motorsikal berkenaan. Hari ini, Tunku Ismail sudah memberi bayangan jentera JDT Racing yang bakal digunakan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah ialah jentera Ducati. Ini selepas baginda memuatnaik imej […]

Kelayakan Hoki Olimpik: Hajat Malaysia Ke Sukan Olimpik Terkandas, Seri Dengan Pakistan

Hasrat skuad hoki lelaki senior Malaysia untuk layak ke separuh akhir pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Valencia, Sepanyol musnah. Ini selepas pasukan yang dibimbing Arul Selvaraj itu seri 3-3 dengan pasukan gergasi Asia, Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A. Malaysia perlu menang hari ini sekiranya ingin menghidupkan peluang layak ke separuh akhir kelayakan Sukan […]

India Open: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Suku Akhir, Leburkan Tentangan Regu Ke-31 Dunia

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke suku akhir India Open 2024. Beregu nombor empat dunia itu mara selepas mudah menewaskan regu ke-31 dunia dari Jepun, Kenya Mitsuhashi dan Hiroki Okamura. Aaron-Wooi Yik berharap dapat meneruskan rentak positif pada tahun 2024 selepas terkandas di pentas suku akhir Malaysia Open […]

India Open: Lee Zii Jia Singkirkan Jonatan Christie

Lee Zii Jia meneruskan prestasi cemerlangnya ketika menundukkan wakil Indonesia, Jonatan Christie dalam pusingan kedua India Open 2024. Di set pertama, Lee Zii Jia mempamerkan penguasaan gelanggang dengan tidak memberikan peluang buat jaguh Indonesia itu. Aksi mantap itu berjaya diterjemahkan dengan kemenangan di set pertama 21-15 buat wakil negara itu. Set kedua juga menyaksikan Jonatan […]

Haikal Noh Ketuai Skuad eRimau Ke AFC eAsian Cup Di Qatar

Saingan Piala Asia 2023 di Qatar membabitkan 24 negara bakal dihangatkan lagi dengan kejohanan AFC eAsian Cup 2023. Kejohanan e-sukan ini merupakan kejohanan e-sukan pertama yang dianjurkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Kejohanan yang menyaksikan penyertaan 20 negara Asia itu bakal berlangsung di Doha dari 1 hingga 5 Februari. Cabaran Malaysia dalam AFC eAsian Cup […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Pamer Semangat Juang Sebelum Ditewaskan Korea Selatan

Malaysia terus kecewa selepas tumbang kepada Korea Selatan dalam aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan hoki kelayakan Olimpik 2024. Sebelum ini, skuad hoki wanita negara mengakhiri peringkat kumpulan ditempat keempat selepas mencatatkan tiga kekalahan. Anak-anak buah Nasihin Nubli berjaya menyerap asakan Korea Selatan dan mengimbangi perlawanan di sepanjang suku pertama dan kedua berlangsung. Disiplin mantap […]

“Saya Tak Pernah Nak Jatuhkan Mana-Mana Sukan” – Johan Ghazali

Nama atlet Muay Thai, Johan Ghazali panas sejak beberapa hari lepas susulan kenyataannya yang menganggap Muay Thai lebih benar daripada silat olahraga. Jawapan tersebut membuatkan ramai peminat sukan tanah air merasakan Johan yang mesra dipanggil Jojo cuba merendah-rendahkan martabat sukan warisan itu. Ini mendorong peminat silat Malaysia, Azrul Affandy Sobri tampil mempertahankan Jojo menerusi satu […]