Habib Haroon Sertai Kelab Bahrain, Sitra

Tidak lama selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Habib Haroon sah menyertai kelab Bahrain, Sitra FC. Sebelum ini, pengurusan Sang Kenari mengumumkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan penamatan kontrak secara bersama. Keputusan itu dibuat bagi membolehkan Habib memenuhi komitmen peribadi di negara asalnya itu. Ini sekaligus menamatkan tempoh beliau di Malaysia dari 2021 […]
Hakimi Abdullah Tinggalkan Terengganu Secara Pinjaman

Pemain sayap Terengganu FC, Hakimi Abdullah menjadi pemain terbaru menyertai Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Selepas memilih meninggalkan Terengganu untuk mencari lebih banyak minit permainan, ramai penyokong Peteh ingin tahu pasukan mana menjadi pilihan beliau. Ini membawa kepada khabar angin perpindahan yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Beliau memaklumkan Hakimi bakal menyertai Kelantan […]
Kelantan DN Bawa Pulang Fikri Che Soh

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) memantapkan bahagian penjaga gol mereka dengan merekrut Mohd Fikri Che Soh. Sebelum ini, penjaga gol berusia 26 tahun itu menjadi pemain kedua meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas pemain tengah Bahrain, Habib Haroon. Pemergian Fikri disahkan pengurusan Sang Kenari menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi […]
4 Pemain Setuju Sertai Kelantan DN

Dilaporkan seramai empat pemain baharu bakal dibawa masuk memperkuat Kelantan DN bagi meneruskan baki saingan Liga Malaysia. Kelantan DN kini menduduki tangga tercorot Liga Super setelah hanya mencatat 1 kemengan dan lapan kekalahan dalam 9 perlawanan termasuklah tewas 1-0 di tangan Kuching City. Disebabkan prestasi hambar dalam saingan liga, Presiden Kelantan DN, Rozi Muhamad menjanjikan […]
Penjaga Gol La Liga 2, Andoni Zubiaurre Dilaporkan Menuju Ke JDT

Penjaga gol La Liga 2 bersama CD Eldense dilaporkan menuju ke Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini dilaporkan oleh wartawan di Eropah iaitu Carlos Ganga yang memaklumkan mengenai seorang lagi watak besar bakal ke JDT. Skuad Harimau Selatan telah mengumumkan ketibaan beberapa import baharu termasuklah Jorge Obregon baru-baru ini. Carlos Ganga dalam satu hantaran memaklumkan […]
Penyerang Australia, Wenzel-Halls Sertai Penang

Penang FC sah mendapatkan khidmat penyerang import baru dari Australia, Dylan Wenzel-Halls. Perpindahan bekas penyerang Central Coast Mariners itu disahkan pengurusan Harimau Kumbang menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi mereka. Selain CCM, penyerang berusia 27 tahun itu juga pernah beraksi untuk beberapa kelab A-League seperti Brisbane Roar dan Western United. “Dylan telah mencipta […]
Kedah & Habib Haroon Berpisah

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sah berpisah dengan tonggak tengah mereka dari Bahrain, Habib Haroon. Keputusan ini diumumkan pengurusan Kedah menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Pengumuman ini menamatkan desas-desus yang berlegar di media sosial tentang status sebenar Habib bersama pasukan utara tanah air itu. Pengurusan Sang Kenari memaklumkan keputusan menamatkan […]
Sebastian Avanzini Dalam Radar Negeri Sembilan

Bekas pemain tengah KL City FC, Sebastian Avanzini dilaporkan berada dalam radar pasukan Liga Super, Negeri Sembilan. Pengurusan skuad Rusa dikhabarkan mahu mendapatkan pemain import baru sejajar dengan usaha pasukan itu untuk kembali mendaki kedudukan liga. Negeri Sembilan ketika ini berada di tangga ke-12 dengan empat mata daripada lapan perlawanan. Kedudukan ini tidak dibantu dengan […]
JDT Rekrut Penyerang Colombia, Jorge Obregón

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memantapkan pasukan dengan menyambar penyerang kelahiran Colombia, Jorge Obregón. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi pemain ke-5 dibawa masuk oleh skuad Harimau Selatan bagi jendela perpindahan kedua. Perkara ni telah disahkan menerusi satu pengumuman rasmi oleh laman Johor Southern Tigers sekaligus memantapkan lagi pasukan bagi musim […]
Man United Tak Jadi Lepaskan Antony

Penyerang Brazil, Antony akan terus kekal bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United. Sebelum ini, timbul beberapa laporan yang mengatakan Antony bakal meninggalkan Old Trafford dan menyertai Real Betis secara pinjaman. Ini selepas beliau dilihat berdepan kesukaran merebut slot kesebelasan utama. Ini kerana pengurus United, Erik ten Hag dilihat cenderung menggunakan pemain sayap muda […]
Bintang JDT, Chico Geraldes Sertai Kelab LaLiga 2, Eldense

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Chico Geraldes telah menyertai kelab La Liga 2, CD Eldense. Pemain berusia 29 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25 namun berdepan saingan sengit untuk mendapatkan tempat. Tonggak kelahiran Portugal itu kali terakhir bersama JDT adalah pada aksi final Piala FA 2024 sebelum membuat keputusan untuk berhijrah. Menerusi […]
Victor Osimhen Menuju Ke Asia

Penyerang berbisa Napoli, Victor Osimhen sah bakal mewarnai saingan bola sepak Asia dengan menyertai kelab Arab Saudi, Al-Ahli. Sebelum ini, nama penyerang Nigeria itu dikaitkan dengan beberapa kelab terkemuka Eropah sejak beberapa musim lalu. Ini disebabkan kelibat Osimhen antara penyerang berbisa dalam saingan Serie A. Musim 2023/24 menyaksikan beliau meledakkan 15 gol dalam saingan liga […]
Man United Belanja RM1.18 Bilion Beli Pemain

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United telah berbelanja sebanyak £205.9 juta (RM1.18 bilion) dalam tetingkap perpindahan musim panas 2024/25. Sky Sports melaporkan angka tersebut dicapai selepas United akhirnya mencapai persetujuan dengan Paris Saint-Germain untuk mendapatkan pemain tengah Uruguay, Manuel Ugarte. Ugarte bakal berpindah ke Old Trafford dengan yuran perpindahan £50 juta (RM287 juta). […]
Neymar Tak ‘Layan’ Barcelona

Penyerang Al-Hilal, Neymar menafikan sekeras-kerasnya khabar angin bahawa beliau akan kembali ke Barcelona. Sebelum ini, portal Globo melaporkan penyerang berusia 32 tahun itu menawarkan diri untuk pulang ke Nou Camp untuk membantu Barcelona. Ini sebahagian daripada usahanya untuk memperkuat pasukan gergasi Sepanyol itu yang terus dibelenggu masalah kewangan. Walau bagaimanapun, usaha Neymar ditolak oleh jurulatih […]
Chelsea ‘Borong’ Penjaga Gol Ke-8 Dari Belgium

Chelsea terus berbelanja dalam tetingkap perpindahan musim panas 2024/25 dengan mendapatkan penjaga gol muda Belgium, Mike Penders. Penders menyertai kelab itu dari KRC Genk dengan yuran perpindahan dipercayai mencecah £17 juta (RM97 juta). Ini menjadikan penjaga gol berusia 19 tahun itu penjaga gol kelapan yang dimiliki The Blues dalam senarai pemain pasukan itu. “Chelsea telah […]
Pakar Nutrisi, Vanesa Rotondi Tinggalkan JDT

Pakar nutrisi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Vanesa Rotondi telah memilih untuk meninggalkan pasukan selepas menjulang Piala FA 2024/25. Individu penting di balik tabir skuad Harimau Selatan itu telah mengesahkan perpisahannya bersama JDT menerusi satu hantaran di laman sosialnya hari ini. Pemilik nama sebenar Vanesa Soledad Rotondi telah menjadi pilihan untuk menggalas tugas yang berkaitan […]