Yazan Al-Naimat Kekal Di Qatar

Hajat penyokong Selangor FC melihat penyerang Jordan, Yazan Al-Naimat menyertai pasukan itu tidak kesampaian. Ini selepas penyerang berusia 25 tahun itu sah menyertai kelab Qatar Stars League (QSL), Al-Arabi beberapa hari yang lalu. Yazan menyertai kelab sebagai ejen bebas selepas dilepaskan kelab lamanya, Al-Ahli SC. “Pengurusan kelab Al-Arabi telah memeterai kontrak dengan Yazan Al-Naimat pada […]

Jendela Perpindahan Kedua Liga Malaysia Telah Dibuka

MFL

Tempoh yang dinantikan pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga M) akhirnya tiba pada Isnin. 26 Ogos menyaksikan tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) dibuka sehingga 22 September ini. Tempoh ini menyaksikan pasukan-pasukan berpeluang menambah baik kualiti pasukan masing-masing sebelum mengharungi separuh kedua musim 2024/25. Beberapa pasukan sudah mengumumkan penambahan pemain baru untuk didaftarkan semasa tempoh ini. […]

Tonggak PDRM, Prince Aggreh Sertai Kelab Kuwait

Bekas pemain import PDRM FC, Prince Aggreh sah menyertai kelab Kuwait, Khaitan SC. Sebelum ini, Aggreh tidak lagi bersama The Cops selepas menerima tawaran daripada kelab Timur Tengah berkenaan. Ini mendorong pengurusan PDRM dan pemain sayap berusia 27 tahun itu untuk menamatkan kontrak yang dimeterai secara persetujuan bersama. Keputusan itu menjadikan Aggreh antara bintang import […]

Habib Haroon Tinggalkan Kedah?

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan bakal kehilangan khidmat pemain tengah import dari Bahrain, Habib Haroon. Habib merupakan sebahagian daripada tonggak import baru Kedah untuk musim 2024/25. Selain beliau, Sang Kenari turut merekrut Ebenezer Assifuah, Milos Gordic, Cleylton, Sukhrob Nurullaev dan Sony Norde. Sebelum ini, Habib turut beraksi dengan pasukan Pantai Timur, Terengganu FC […]

Media Arab Bocorkan Perpindahan Penyerang Palestin Ke Kelantan

Media Arab membocorkan berita perpindahan penyerang Palestin ke Kelantan Darul Naim. Skuad Kijang Emas melalui tempoh sukar dalam saingan musim 2024/25 apabila menghuni tangga tercorot Liga Super selepas 8 perlawanan. Kelantan DN merekodkan hanya satu kemenangan dan 7 kekalahan selain hilang dua tonggak utama iaitu Chadrack Muzungu dan juga Valdumar yang membawa haluan baharu. Usaha […]

Jude Soonsup-Bell Merantau Ke Sepanyol

Penyerang berdarah warisan Thailand, Jude Soonsup-Bell mewarnai saingan Segunda Division (divisyen kedua Sepanyol) untuk musim 2024/25. Ini selepas Cordoba CF mengesahkan bahawa penyerang Thailand-Inggeris itu telah menyertai kelab itu secara perpindahan percuma. Meskipun Soonsup-Bell berhijrah ke bumi Andalusia itu sebagai ejen bebas, Spurs memastikan mereka memiliki klausa keuntungan sebanyak 40%. Ini bagi memastikan kelab itu […]

Selamat Tinggal Terengganu

Pemain sayap Terengganu FC, Hakimi Abdullah mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan itu. Keputusan itu dinyatakan pemain sayap berusia 24 tahun itu menerusi satu kenyataan di Instagram Story miliknya. Meskipun mengakui keputusan tersebut bukan mudah untuk dilakukan, Hakimi merasakan ini perlu demi meneruskan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional. Perkara ini turut disahkan ejennya, Joe Berbatov. […]

Nelson Bonilla Kini Milik Terengganu

Penyerang kelahiran El Salvador, Nelson Bonilla kini secara rasminya milik Terengganu. Pemain berusia 33 tahun itu diumumkan selaku tonggak baharu skuad Peteh pada aksi Shopee Cup bertemu Svay Rieng. Tonggak berpengalaman ini diberi tanggungjawab untuk memacu jentera serangan Terengganu selepas terpaksa mengetepikan Ivan Mamut dalam tempoh panjang. Beliau memiliki pengalaman luas beraksi di Liga Thailand […]

Abu Kamara Sertai Terengganu?

Bekas peledak berbisa Liga Malaysia, Abu Kamara difahamkan akan menyertai Terengganu FC. Pemain berusia 27 tahun itu kini bergelar ejen bebas selepas tidak bersama mana-mana pasukan musim ini. Peledak kelahiran Liberia itu beraksi buat Kuching City sejak tahun 2022 namun membawa haluan ke UAE bersama kelab terkemuka, Dibba Al-Hisn. Beliau bagaimanapun hanya bertahan 7 bulan […]

Sabah Umum Pengganti Ramon Machado, Kontrak 9 Bulan

Pasukan Liga Super, Sabah FC telah mengumumkan pengganti Ramon Machado. The Rhinos sebelum ini sudah pun menyatakan hasrat untuk membawa masuk muka baharu setelah pemergian Machado ke Azerbaijan. Usaha itu akhirnya berjaya menemui titik noktah apabila kelab mengumumkan ketibaan penyerang sensasi Brazil, Joao Pedro. Pemain berusia 24 tahun itu sah memjadi tonggak baharu Sabah FC […]

Abu Kamara Dalam Radar Kelantan DN

Bekas penyerang Kuching City FC, Abu Kamara berpotensi kembali mewarnai Liga Malaysia (Liga M) bersama Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Isu penyudah tumpul menghantui pasukan yang dibimbing Park Jae-hong itu sejak permulaan musim 2024/25. Berdasarkan statistik liga, Kelantan DN hanya menjaringkan empat gol dalam lapan perlawanan. Isu sama juga mendorong pengurusan Kijang Emas melepaskan […]

Pattani Sambar Zafuan Azeman

Penyerang Malaysia, Zafuan Azeman memilih berkelana ke selatan Thailand dengan menyertai kelab Thai League 3, Pattani FC. Perpindahan penyerang berusia 25 tahun itu diumumkan Pattani menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Sebelum ini, Zafuan memilih menyertai kelab Thai League 1, Uthai Thani pada Januari 2024. Walau bagaimanapun, beliau hanya merekodkan satu penampilan […]

Pemain No.11 Jordan Sasaran Terbaru Selangor?

Pemain nombor 11 Jordan mula dikaitkan oleh penyokong sebagai sasaran terbaru Selangor FC. Gergasi Merah sebelum ini sudah pun melengkapkan perpindahan penyerang kebangsaan Jordan iaitu Ali Olwan baru-baru ini. Spekulasi baharu mula timbul apabila nama seorang lagi penyerang kebangsaan Jordan mula dikaitkan ke Selangor. Menerusi satu hantaran oleh Selangor FC, penyokong mula menghidu bayangan awal […]

Sabah Buru Import Baharu

Pengurusan Sabah FC berhasrat mendapatkan penyerang import baharu bagi menambah ketajaman jentera serangan pasukan itu. Hasrat itu dizahirkan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Ir Shahelmey Yahya dalam satu kenyataan media yang disiarkan di platform rasmi Sabah. Skuad Badak yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee berdepan kesukaran menjaringkan gol sejak kebelakangan ini. Ini kerana […]

Sabah Ulas Status Semasa Saddil Ramdani

Sabah FC tampil membuat kenyataan mengenai kedudukan pemain sayap lincah pasukan, Saddil Ramdani. Pemain berusia 25 tahun itu mula dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Indonesia, Persib Bandung. Berita ini telah mendapat liputan meluas daripada peminat bola sepak tanah air khususnya penyokong The Rhinos. Sebelum ini, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee telah kehilangan penyerang […]

Penyerang Colombia Hampiri Liga Malaysia, Tebus Kontrak RM2.4 Juta?

Seorang penyerang Colombia kini dikatakan menghampiri perpindahan ke Liga Malaysia dengan tebusan kontrak RM2.4 Juta. Laporan daripada wartawan Croatia, Ivica Medo memaklumkan bahawa penyerang berusia 27 tahun iaitu Jorge Obregón bakal membawa diri ke Malaysia. Beliau memberitahu bahawa bekas penyerang Colombia B-20 itu telah digantung perlawanan kerana enggan turun berlatih. “Obregon digantung perlawanan dengan Lokomotiv, dan […]