Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memantapkan pasukan dengan menyambar penyerang kelahiran Colombia, Jorge Obregón.

Pemain berusia 27 tahun itu menjadi pemain ke-5 dibawa masuk oleh skuad Harimau Selatan bagi jendela perpindahan kedua.

Perkara ni telah disahkan menerusi satu pengumuman rasmi oleh laman Johor Southern Tigers sekaligus memantapkan lagi pasukan bagi musim 2024/25.

Beliau menyertai JDT dari kelab Croatia, HNK Rijeka setelah beraksi di sana hampir tiga musim sejak tahun 2021.

Berdasarkan statistik oleh Transfermarkt, bekas pemain Colombia B-20 ini pernah membantu pasukan beraksi dalam Kelayakan Piala Europa 2024/25.

Sebelum ini, JDT sudah pun mengumumkan ketibaan beberapa pemain baharu seperti Park Jun-heong, Christian Abad, Enzo Lombardo dan juga Eddy Israfilov.

JDT bakal membuka tirai kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Shanghai Port di laman lawan pada 18 September 2024.