“Seorang Lagi Penyerang Import Akan Tiba”

Seorang lagi penyerang import bakal menghangatkan saingan Liga Super Malaysia. Perkara ini telah disahkan oleh Kelantan Darul Naim (KDN) selepas memberikan perkhabaran bahawa seorang lagi tonggak import bakal dibawa masuk. Baru-baru ini, Kelantan DN telah mengumumkan ketibaan 5 pemain baharu dengan dua daripadanya pemain import iaitu Layth Kharoub dan juga Aung Kaung Mann. 3 orang […]

Alasan JDT Lepaskan Endrick Dos Santos

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyatakan alasan setelah melepaskan Endrick Dos Santos secara pinjaman. Pemain naturalisasi Harimau Malaya itu membawa haluan ke Vietnam dan beraksi buat kelab V1 League, Ho Chi Ming City. Tonggak berusia 29 tahun itu membawa haluan baharu bersama-sama tonggak muda JDT, Fergus Tierney yang ke Liga Thailand. Johor […]

Bekas Penggempur PJ City Kembali Rancakkan Liga Malaysia?

Bekas penyerang PJ City FC, Washington Brandao bakal kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Sebelum ini, penyerang Brazil berusia 34 tahun itu pernah mewakili PJ City dalam Liga Super dari 2019 hingga 2020. Tempoh itu menyaksikan Brandao meledakkan lapan gol daripada 22 perlawanan liga. Ini termasuk jaringan kemenangan ke atas juara liga […]

JDT Lepaskan 5 Pemain Secara Pinjaman

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melepaskan 5 pemain secara pinjaman. Skuad Harimau Selatan telah menerima kehadiran beberapa pemain baharu untuk memantapkan pasukan seperti Jorge Obregon, Park Jun-heong, Enzo Lombardo dan juga Andoni Zubiaurre. Usaha memperkuat pasukan bagaimanapun menyaksikan beberapa pemain perlu dilepaskan ke pasukan lain. Perancang paling bernilai JDT, Jalil Elias […]

Reziq Bani Hani Sertai Juara Liga Jordan, Al Hussein

Bekas penyerang Selangor, Reziq Bani Hani diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu kelab Jordan, Al Hussein SC. Terdahulu, Selangor mengumumkan perpisahan bersama Reziq, sekaligus menyaksikan jodoh pemain berusia 22 tahun ini hanya bertahan selama 5 bulan di Liga Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam pengumuman tersebut tidak dinyatakan secara terperinci mengenai kelab baharu yang bakal diwakili oleh […]

Selangor Umum Perpisahan Mengejut Reziq Bani Hani

Selangor membuat keputusan untuk melepaskan pemain import, Reziq Bani Hani setelah hampir lima bulan bersama pasukan. Pengumuman mengejut ini dibuat menerusi satu hantaran di media sosial Selangor FC yang menyaksikan Reziq telah dengan rasminya meninggalkan pasukan untuk menyertai kelab lain. Penyerang Jordan berusia 22 tahun ini dikhabarkan akan membawa haluan baharu dengan menyertai sebuah kelab […]

Hadi Fayyadh Milik PDRM

Bekas penyerang skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Hadi Fayyadh Abdul Razak kembali menyertai PDRM FC. Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan Hadi bakal melengkapkan perpindahan pinjaman dari Perak ke PDRM. Kini, perpindahan penyerang berusia 24 tahun itu disahkan pengurusan The Cops menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi mereka. Hadi akan […]

Penjaga Gol Palestin Terbuka Sertai Kelab Liga Malaysia

Penjaga gol Palestin, Rami Hamada bersifat terbuka untuk mendengar mana-mana tawaran yang datang dari kelab di Liga Malaysia. Rami yang ditemui ketika sidang media pra perlawanan Palestin dan Jordan berkata, beliau sudah lama tidak beraksi bersama kelab semenjak krisis yang berlaku di tanah airnya. ”Jadi, Rami berkata, dia tidak bermain untuk mana-mana pasukan kelab sejak […]

Penjaga Gol Berbakat Malaysia Sertai Kuching City?

Penjaga gol berbakat Malaysia dilaporkan bakal berhijrah ke Kuching City. Perkhabaran awal ini telah menghangatkan jendela perpindahan kedua masih lagi dibuka hingga akhir September 2024. Menerusi beberapa laporan yang diterima oleh MakanBola, seorang penjaga gol berbakat besar Malaysia bakal meninggalkan pasukannya ketika ini untuk ke Kuching City. Persaingan sengit untuk mengekalkan posisinya pada peringkat kelab […]

Kuching City Sambar Hazwan Bakri

Bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri sah memperkuatkan kelab Liga Super yang berpangkalan di Sarawak, Kuching City FC. Perpindahan pemain berusia 33 tahun itu disahkan pengurusan The Cats menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi pasukan itu. Hazwan menyertai Kuching City sebagai ejen bebas selepas khidmatnya tidak dikekalkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) […]

Kelantan DN Jelaskan Sebab Lepaskan David Ribera

Pengurusan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) tampil menjelaskan sebab mereka melepaskan pemain sayap Bolivia, David Ribera. Ribera dibawa masuk pada awal musim 2024/25 sebagai antara tonggak import untuk kempen Liga Malaysia (Liga M). Walau bagaimanapun, pengurusan Kelantan DN kemudiannya memutuskan untuk melepaskan khidmat beliau, Valdumar Augusto Te dan Chadrack Muzungu. Keputusan ini dibuat sebelum […]

4 Kelab Liga Super Beli Penyerang Baharu

4 kelab di Liga Super Malaysia mendapatkan sentuhan penyerang baharu bagi jendela perpindahan kedua. Skuad Harimau Selatan rancak menambah baik pasukan menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan telah mendapatkan 7 pemain. Antara pemain tumpuan ialah penyerang Colombia, Jorge Obregon yang dibawa masuk dari kelab Croatia, HNK Rijeka. Pesaing terdekat JDT, Selangor FC […]

“Akhirnya Dia Buka Topeng, Kita Sahaja Yang Lalai”

Identiti penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya diketahui selepas beliau membuka topengnya. Baru-baru ini, Johor Southern Tigers telah memperkenalkan secara rasmi penjaga gawang baharu dari LaLiga 2, Andoni Zubiaurre yang menyertai pasukan. Tonggak berusia 27 tahun itu menjadi rekrut terbaru Harimau Selatan sebagai persediaan memghadapi kejohanan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), September ini. […]

Senarai 5 Tonggak Baharu Kelantan DN

Tetingkap kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 menyaksikan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menambah baik kualiti pasukan itu. Usaha ini digerakkan pengurusan Kijang Emas bagi membolehkan pasukan itu dapat keluar dari kelompok tercorot liga. Ketika ini, Kelantan DN berada di tangga ke-13 dengan tiga mata daripada sembilan perlawanan. Pasukan itu turut merekodkan […]

Misteri Penjaga Gol Bertopeng Terjawab, Jadi Pemain Ke-7 JDT

Penjaga gol berbakat LaLiga 2, Andoni Zubiaurre menjadi pemain ke-7 menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menjawab misteri penjaga gol bertopeng pasukan. Pemain berusia 27 tahun itu berhijrah ke Malaysia daripada kelab La Liga2, CD Eldense untuk menyertai Harimau Selatan. Beliau juga memiliki pengalaman beraksi di La Liga bersama Real Sociedad sekitar tahun 2017-2023 sebelum […]

Kelantan DN Terima Sentuhan Tonggak Myanmar, Aung Kaung Mann

Kelantan Darul Naim mengumumkan ketibaan penyerang Myanmar, Aung Kaung Mann sebagai rekrut terbaharu bagi meneruskan baki saingan Liga Malaysia. Pengumuman dibuat menerusi satu hantaran di platform media sosial Kelantan Darul Naim yang menyaksikan Aung Kaung Mann dibawa masuk bagi menambah sengat skuad Kijang Emas. Nama Kaung Mann bukanlah asing di Malaysia setelah penyerang muda ini […]