Dua Pemain Pahang Rangers Sepi Tanpa Khabar Berita

Pahang Rangers kini di dalam dilema susulan ‘kehilangan’ dua tonggak penting mereka menjelang saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2024. Menurut laporan Harian Metro, dua tonggak utama Pahang Rangers iaitu Muhamad Ridzwan Bakri dan Mahadir Harahap Khairuddin masih tidak kembali ke sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain. Tambahan pula, usaha untuk menghubungi kedua-dua pemain […]

Malaysia Umum Skuad Ampuh Ke Kelayakan Hoki Olimpik Di Oman

Skuad hoki negara membawa skuad ampuh yang bakal bersaing dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat, Oman. Senarai 18 pemain ini diumumkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Jurulatih skuad negara, Arul Selvaraj masih menaruh kepercayaan kepada barisan pemain senior diketuai Marhan Abdul Jalil. Selain Marhan, Razie […]

Faizal Saari Bakal Kekal Dalam Skuad Malaysia

Penyerang berbisa skuad hoki Malaysia, Faizal Saari bakal kekal dalam skuad negara untuk pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Oman. Sebelum ini, skuad negara dilaporkan mengalami krisis kecederaan dengan beberapa tonggak ditimpa masalah kecederaan. Antara pemain yang dilaporkan cedera ialah Faizal, Fitri Saari dan Shahril Saabah. Walaupun pemain yang cedera tidak diturunkan semasa Jelajah New […]

“Saya Dah Bagi Semua, Tak Mahu Alasan Lagi” – Arul Selvaraj

Ketua jurulatih hoki Malaysia, Arul Selvaraj mahu anak-anak buahnya berusaha sehabis baik bagi merebut tiket ke Olimpik menjelang aksi Kelayakan Olimpik yang bakal bermula 13 Januari nanti. Beliau menegaskan bahawa para pemainnya perlu sedar akan tanggungjawab untuk memberikan aksi terbaik untuk layak ke sukan berprestij itu setelah segalanya telah dicurahkan kepada pemain-pemainnya. “Saya serahkan kepada […]

Pertembungan Semula Lee Chong Wei & Lin Dan Jadi Kenyataan

Dunia badminton pernah menjadi saksi persaingan hebat dua legenda perseorangan lelaki dunia, Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan satu ketika dahulu. Kini, kerinduan peminat terhadap dua legenda ini bakal terubat menerusi perlawanan persembahan badminton yang dipanggil The Legends’ Vision. The Legends’ Vision merupakan inisiatif pembuat barangan sukan Jepun, Yonex dalam merancakkan perkembangan sukan badminton […]

Chan Peng Soon Umum Tinggalkan Badminton Selepas 18 Tahun Berbakti

Pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon bakal mengucapkan selamat tinggal kepada arena kompetitif badminton pada Mei 2024. Menurut laporan wartawan Astro Arena, Syifa Nasir yang berkata kejohanan Malaysia Masters pada Mei akan datang bakal menjadi kejohanan terakhir beliau. Selepas menabur bakti sejak 2006, Chan Peng Soon umum gantung raket dengan menjadikan Malaysia Masters pada […]

Thinaah Buka Mulut Tentang Hubungannya Bersama Pearly Tan

Pemain beregu wanita utama negara, M. Thinaah menyifatkan hubungan dengan rakan regu, Pearly Tan baik-baik saja. Sebelum ini, ramai peminat badminton bimbang selepas melihat wajah suram mereka semasa pusingan pertama China Masters 2023. Bagaimanapun, Thinaah memberi jaminan hubungannya dengan Pearly kekal akrab baik di luar mahupun dalam gelanggang. Kini, fokus kedua-duanya ialah memburu lebih banyak […]

“Bajet Kecil, Tapi Atlet Malaysia Juara Di Peringkat Antarabangsa” – Iqbal Yusoff

Walaupun sukan boling padang tidak sepopular sukan lain seperti bola sepak, sukan ini banyak mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Boling Padang Kuala Lumpur (PLBKL), Mohamed Iqbal Hj Yusoff selepas tamat Kejohanan Boling Padang Kuala Lumpur 2023. Ini kerana sukan boling padang secara konsisten menyumbang pingat kepada negara […]

Johan Ghazali Bakal Dapat Kontrak 6 Angka Di ONE Championship

Habuan besar menanti atlet muay thai negara, Johan Ghazali setelah kecemerlangan yang ditampilkan beliau di pentas ONE Championship 2023. Jaguh berusia 17 tahun ini akan bakal meraih kontrak bernilai enam angka daripada ONE Championship di atas persembahan memukaunya pada tahun ini. Perkara ini dikongsikan di laman web ONE Championship ketika mengumumkan Johan Ghazali sebagai Bintang […]

Johan Ghazali Muncul Bintang Baru Paling Menyerlah 2023

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali terus mencipta sensasi dalam arena Muay Thai dunia. Ini disebabkan oleh aksi cemerlang yang dipamerkan atlet muda negara itu sepanjang tahun ini sekaligus beliau diiktiraf sebagai Bintang Baru Paling Menyerlah pada tahun 2023. Pengumuman ini dibuat menerusi instagram rasmi ONE Championship pada Jumaat yang menggambarkan kejayaan bintang berusia 17 […]

Sukan Disiplin Campuran Dicemari Salah Guna Kuasa?

Arena sukan negara digemparkan dengan perkhabaran berkenaan salah guna kuasa yang berlaku dalam sukan disiplin campuran berikutan tindakan individu yang dikatakan melakukan salah guna kuasa untuk mengekalkan kedudukannya. Tatkala Malaysia kini dalam misi untuk memburu emas pertama di Olimpik, peminat dikejutkan dengan berita mengenai individu yang difahamkan melakukan salah guna kuasa untuk mengekalkan kedudukannya. Sukan […]

Selangor Futsal Raih Tempat Ketiga, Kalahkan Thai Son Nam

Hajat Selangor FC Futsal meraih tempat ketiga Ho Chi Minh City Futsal Open tercapai selepas menafikan Thai Son Nam menerusi penentuan sepakan penalti. The Red Giants dan Thai Son Nam sebelum itu terikat 4-4 dalam perlawanan penuh yang menghiburkan untuk menentukan tempat ketiga dan keempat kejohanan. Kedua-dua pasukan berharap dapat menutup kempen mereka dengan kemenangan. […]

“Ahli Persatuan Disuap, Dipaksa Tutup Mulut Untuk Kekal Berkuasa”

Seorang individu yang amat berpengaruh dalam arena sukan negara difahamkan bertindak secara luar kawalan untuk mengekalkan kuasanya termasuklah memberi suapan kepada ahli gabungan persatuannya. Perkara ini telah dilaporkan oleh wartawan Ultrasukan, Syafiq Freman pada awalnya yang melibatkan seorang individu besar dalam arena sukan yang bertindak melampaui batas. Beliau difahamkan telah melantik anaknya sendiri untuk mewakili […]

Selangor Futsal Terlepas Tiket Ke Final, Dibelasah Sahako

Selangor gagal meneruskan kecemerlangannya dalam aksi pra musim setelah tumbang kepada wakil Vietnam, Sahako FC dalam aksi separuh akhir Ho Chi Minh City Futsal Open 2023. Selangor yang turun sebagai juara kumpulan B dilihat sedikit goyah dan peluang itu dimanfaatkan Sahako untuk membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi pemain berjersi nombor tiga. Belum sempat […]

Pemain Berbisa Brazil, Murilo Saad Sertai Pahang Rangers

Selepas kehilangan khidmat bintang import dari Brazil, Sergio Jamur, cabaran Pahang Rangers dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 kembali diperkuat seorang lagi pemain import. Juara MPFL 2023 itu berjaya mendapatkan khidmat rakan senegara Jamur, Murilo Carlos Saad. Pengumuman perpindahan beliau dibuat hari ini di laman media sosial Pahang Rangers. Sebelum ini, kelab berkenaan membuatkan […]

“Aaron Chia & Wooi Yik Belum Stabil, Harap Kemuncak Prestasi Di Paris”

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, Datuk Hamidin Mohd Amin melihat Datuk Azizulhasni Awang dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebagai harapan utama pingat emas negara. Pandangan itu dilontarkan beliau dalam sidang media selepas majlis doa selamat sempena Piala Asia 2023 dan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 semalam. Tidak seperti […]