Lee Zii Jia Terima Penghargaan Hebat Daripada Pemain India, PV Sindhu

Kesudian jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berlatih bersama jaguh perseorangan wanita India, PV Sindhu mendapat pujiannya. Menerusi satu perkongsian di X, pemain berusia 28 tahun itu menyifatkan sesi latihan bersama itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Hal ini dinyatakan Sindhu apabila mengulas video temubual Zii Jia tentang sesi latihan bersama mereka baru-baru ini. […]

Orleans Masters: ‘Oppa’ Korea, Jeon Hyeok Jin Sekat Kemaraan Leong Jun Hao

Leong Jun Hao memulakan saingan Orleans Masters 2024 dengan langkah kiri selepas tumpas kepada wakil Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin pada pusingan pertama kejohanan. Aksi yang berlangsung di gelanggang empat itu menyaksikan penguasaan gelanggang penuh yang ditampilkan pemain negara itu sehingga jauh mendahului lawan 9-3. Namun, kesilapan demi kesilapan membiarkan lawan mendapatkan mata menyebabkan pemain […]

All England: Lee Zii Jia Gah Singkirkan Kodai Naraoka

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke pusingan kedua All England Open Championship 2024. Anak jati Alor Setar, Kedah itu berjaya mara selepas menyingkirkan pemain pilihan keenam dari Jepun, Kodai Naraoka. Kemenangan ini amat bermakna buat beliau selepas tiga kali tewas kepada Naraoka dalam empat pertemuan sebelum ini. Kali terakhir kedua-duanya bertemu […]

All England: Aaron-Wooi Yik ’Berpeluh’ Lepasi Halangan Rakan Senegara

Pertembungan sesama sendiri antara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Izzudin-Goh Sze Fei di pusingan pertama All England menyaksikan kemenangan berpihak kepada bekas juara dunia itu. Aaron dan Wooi Yik turun ke gelanggang selaku pasangan pilihan dan diberi tentangan sengit oleh Izzudin dan Sze Fei dari awal permainan. Namun aksi lebih kemas ditampilkan beregu nombor satu […]

Lee Zii Jia Dilabel Lebih Matang & Berani

Permainan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia disifatkan sebagai lebih baik menjelang kejohanan All England 2024. Pandangan ini dilontarkan bekas jurulatih negara, Sairul Amar Ayob yang melihat peluang Lee Zii Jia untuk menumbangkan Kodai Naraoka di pusingan awal kejohanan itu tetap ada. Beliau berkata kepada Astro Arena bahawa, persembahan di atas gelanggang lebih penting baginya […]

Malaysia Berpeluang Anjurkan Sukan Komanwel 2026, Suntikan Pelaburan Cecah RM600 Juta

Malaysia berpeluang menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 menggantikan negeri Victoria, Australia. Ini selepas wakil Astro Arena, Bazly Azmi memuatnaik gambar surat yang dihantar Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Selain menawarkan peluang sebagai tuan rumah temasya 2026, CGF juga turut menawarkan suntikan pelaburan berjumlah £100 juta (RM602 juta) dalam bentuk perlaksanaan […]

Pertembungan Malaysia & Vietnam Jadi Kenyataan

Skuad futsal Malaysia bakal menjadi lawan Vietnam dalam dua aksi persahabatan pada bulan April. Menerusi satu hantaran oleh Asean Football, skuad negara menjadi pilihan Vietnam bagi dua aksi pemanas badan sebagai persiapan pasukan ke Piala Asia Futsal 2024. Perlawanan persahabatan ini dijadualkan berlangsung pada 6 dan 8 April hadapan namun venue masih belum diumumkan. “Perlawanan […]

Belanja Cecah RM33 Bilion, Malaysia Pertimbang Anjurkan Sukan Komanwel 2026

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendedahkan Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal memutuskan tentang soal penganjuran Sukan Komanwel 2026. Ini selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menyiapkan kertas kajian untuk semua aspek penganjuran kejohanan termasuk kos kewangan. “Saya tidak boleh komen perkara ini (sama ada Malaysia berminat menjadi tuan […]

Tular Aksi Ala ‘Gusti’ Pada Aksi Sabah & Pahang Rangers

Aksi Sabah menentang Pahang Rangers pada Ahad dicemari insiden panas melibatkan para pemain. Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam menyaksikan Pahang Rangers berjaya mencuri tiga mata berharga meskipun ketinggalan 2-0 di awal permainan. Di dalam perlawanan, satu kejadian tak diingini berlaku apabila pemain Sabah, Syah Azman dilayangkan kad merah oleh pengadil […]

MPFL: Pahang Rangers Bangkit Baham Sabah

Aksi tunggal Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) minggu ini menyaksikan Pahang Rangers mempamerkan kualiti sebagai juara bertahan apabila bangkit menewaskan Sabah. Perlawanan yang sepatutnya dijalankan pada minggu lalu ini menyaksikan Pahang Rangers dikejutkan dengan jaringan awal pemain Sabah, Syah Azman. Sabah terus garang dengan gol kedua menerusi Wan Raziq Wan Zulhasmi pada minit ke-10 untuk […]

Korea Selatan Berpesta Gol Ke Atas Uzbekistan

Skuad wanita Korea Selatan Bawah 20 Tahun (B-20) mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Asia Wanita B-20 2024 hari ini. Ini selepas mereka membelasah wakil Asia Tengah, Uzbekistan 13-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A yang berlangsung pada hari ini. Hong Chae-bin membuka tirai pesta gol Korea Selatan dengan gol pertama pada minit kelapan. Dua minit […]

TNB Cup: TNB Muncul Juara, Tundukkan THT

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan mereka menggondol tiga trofi untuk musim 2024 dengan menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) di pentas final TNB Cup. Final hari ini merupakan final trofi buat kali ketiga berturut-turut yang menemukan dua pasukan sama iaitu THT dan TNB. Selepas melihat TNB merampas dua trofi daripada mereka untuk musim 2024 iaitu Piala […]

Liaoning Women’s HT Musnahkan Impian Treble Malaysian University

Malaysian University terpaksa menelan kepahitan setelah ditumpaskan Liaoning Women’s HT dalam perlawanan akhir Piala Vivian May Soars 2024. Malaysian University yang menyingkirkan Negeri Sembilan di separuh akhir yang lalu bermula baik di awal permainan dengan mengatur serangan ke arah kubu Liaoning. Pasukan jemputan dari China itu turut menguji gawang Malaysian University, namun aksi cemerlang ditampilkan […]

Hafizh Syarin Senaraikan 4 Pencabar Hebat Di ARRC

Menjelang aksi pusingan pertama Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024, Hafizh Syahrin Abdullah percaya beliau akan disaingi oleh empat pencabar hebat. Perkara itu dinyatakan beliau dalam temubual dengan dua pembaca berita Nadi Arena, Dayang Zainatul Aqma dan Lily Hamzah di Astro Arena baru-baru ini. Hafizh yang membawa cabaran JDT Racing Team melihat juara bertahan musim […]

French Open: Juara Dunia Tunjukkan Jalan Keluar Kepada Aaron Chia & Wooi Yik

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terpaksa menelan kepahitan apabila tersingkir di peringkat suku akhir French Open 2024. Ini selepas mereka disingkirkan oleh juara dunia beregu lelaki 2023 dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae. Kedua-dua regu memiliki rekod 2-2 dari segi rekod pertemuan. Min-hyuk-Seung-jae berjaya menewaskan juara dunia […]

Lee Zii Jia: Saya Hilang Keyakinan Diri

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia mengakui kesilapan mudah menjadi punca kekalahan beliau di tangan pemain Denmark, Magnus Johannesen baru-baru ini. Zii Jia ditunjukkan jalan keluar oleh Johannesen dalam aksi pusingan pertama French Open 2024 dengan keputusan 21-15, 21-19. Ini sama sekali berbeza dengan apa yang berlaku setahun lalu di German Open 2023. Zii […]