Australia & Afghanistan Bakal Uji Kekuatan Sebenar Futsal Malaysia

Skuad futsal Malaysia berpeluang untuk menguji beberapa pasukan handalan dunia apabila bakal menyertai kejohanan jemputan di Thailand. Malaysia yang berada di ranking ke-77 dunia akan ‘terbang’ ke negara jiran untuk berdepan tiga lagi pasukan yang berada di ranking lebih tinggi berbanding skuad negara. Menurut Asean Football, kejohanan yang bakal berlangsung di Nonthaburi ini melibatkan tiga […]
All England: Tiket Final Milik Aaron-Wooi Yik, Kecewakan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan

Impian melihat wakil negara beraksi di pentas akhir All England tercapai setelah Aaron Chia-Soh Wooi Yik cemerlang singkirkan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Chinese Taipei. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang turun sebagai wakil tunggal negara mempunyai kelebihan dari segi rekod pertemuan apabila memenangi kesemua tiga pertemuan terdahulu menentang pasangan Chinese Taipei ini. […]
MPFL: JDT Garang Atasi Selangor

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 setelah menewaskan Selangor di Pasir Gudang. JDT turun dengan misi memburu kemenangan keempat liga manakala Selangor yang dibimbing Edgar Baldasso mahu meneruskan momentum setelah mencapai kemenangan pertama minggu lalu. Namun, Harimau Selatan dikejutkan dengan jaringan pelawat menerusi Khairul Effendy […]
Korea Utara Muncul Juara Piala Asia Wanita U20, Tundukkan Jepun

Skuad wanita Korea Utara Bawah 20 Tahun (B-20) terpaksa bekerja keras sebelum bergelar juara Piala Asia Wanita B-20 edisi 2024. Pasukan yang diberi jolokan The Eastern Azaleas itu muncul juara dengan mengatasi cabaran Jepun dalam aksi final yang berlangsung di Stadium JAR, Tashkent. Perlawanan ini turut disifatkan perlawanan balas dendam buat Jepun. Ini selepas mereka […]
Masalah Jentera Jejaskan Impian Perlumbaan Hafizh Syahrin

Jaguh motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah membuka kempen sulung JDT Racing Team dalam Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 dengan langkah kiri. Ini selepas Hafizh terpaksa menarik diri daripada perlumbaan pertama pusingan pertama ARRC 2024 kategori Asian Superbike 1000cc (ASB1000) yang diadakan di Litar Antarabangsa Chang, Thailand hari ini. Ini susulan masalah jentera yang dihadapinya […]
“Gembira Dengan Kemenangan Lakshya Sen” – Lee Zii Jia

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuka mulut mengenai kekalahan beliau di tangan wakil India, Lakshya Sen dalam aksi suku akhir All England semalam. Beliau yang ditemui selepas perlawanan semalam akui agak kecewa tidak berjaya memenangi perlawanan tersebut dan berpuas hati sudah memberikan aksi yang terbaik. ”Ya, saya akui sedikit kecewa juga dan awak […]
All England: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Separuh Akhir, Mudah Atasi Regu Indonesia

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil negara yang mara ke separuh akhir All England Open Championship 2024. Ini selepas Aaron-Wooi Yik mengatasi cabaran regu nombor sembilan dunia dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana di pentas suku akhir. Ramai peminat badminton negara menjangkakan juara dunia beregu […]
All England: Kebangkitan Lakshya Sen Tamatkan Perjalanan Lee Zii Jia

Lee Zii Jia berputih mata untuk mara lebih jauh dalam kejohanan ini setelah ditumbangkan Lakshya Sen dalam aksi suku akhir All England. Rekod pertemuan lalu menyaksikan Sen mempunyai rekod lebih baik dengan tiga kemenangan ke atas Zii Jia berbanding hanya satu kemenangan dicatatkan jaguh negara itu. Zii Jia yang menundukkan Loh Kean Yew di pusingan […]
All England: Perjuangan Hebat Pearly Tan-M. Thinaah Dihentikan Oleh Regu Jepun

Hasrat beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk mara ke separuh akhir All England Open Championship 2024 tidak kesampaian. Ini selepas mereka ditewaskan oleh regu nombor 11 dunia dari Jepun, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto di pentas suku akhir. Rekod pertemuan antara kedua-dua regu dianggap seimbang dengan masing-masing meraih satu kemenangan. Kali terakhir […]
Selangor ‘Tempang’ Berdepan JDT

Skuad futsal Selangor menerima tamparan hebat menjelang pertemuan berdepan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) hujung minggu ini. Ini disebabkan oleh kecederaan yang dialami oleh tonggak import, Matheus Silva sedikit merencatkan perancangan pasukan bagi berdepan skuad Harimau Selatan itu. Menerusi laporan daripada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, kecederaan […]
“Rasa Takut, Tekanan Dari Zii Jia Ganggu Rentak Saya” – Loh Kean Yew

Jaguh perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew mengakui perasaan takut dan tekanan yang dikenakan Lee Zii Jia menjejaskan rentak permainannya semalam. Kean Yew, 26, yang berstatus juara dunia perseorangan lelaki 2019 terpaksa akur dengan kehebatan lawannya dari Malaysia itu. Zii Jia berjaya mara ke suku akhir selepas meraih kemenangan dengan keputusan 21-15, 21-12. “Saya fikir […]
Qaseh Rania Dapat Peluang Sertai Kelab Jerman, VFL Wolfsburg

Bakat pemain muda negara terutama pemain wanita terus menarik perhatian kelab-kelab luar terutama dari Jerman. Terbaru, bakat yang dimiliki Qaseh Rania Khairul Najib memikat hati pengurusan skuad wanita kelab Frauen-Bundesliga (liga bola sepak wanita utama Jerman), VfL Wolfsburg. Khabar ini dikongsikan sendiri Qaseh Rania menerusi satu perkongsian di Instagram peribadinya semalam. “Alhamdullillah, VfL Wolfsburg FC,” […]
All England: Aaron-Wooi Yik Tunjukkan Chang Ko Chi-Po Li Wei Jalan Keluar

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir All England setelah menewaskan Chang Ko Chi-Po Li Wei dari Chinese Taipei. Aaron dan Wooi Yik yang turun selaku pilihan kelima kejohanan dipaksa bekerja keras apabila lawan memberikan tentangan sengit di awal permainan. Ko Chi dan Li Wei […]
All England: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Hantar Pulang Juara Dunia

Pemain nombor 10 dunia, Lee Zii Jia meneruskan momentumnya dalam All England Open Championship 2024 dengan mara ke suku akhir. Kejayaan itu dilakar dengan menewaskan juara dunia perseorangan lelaki edisi 2021 dari Singapura, Loh Kean Yew dalam aksi pusingan kedua hari ini. Dari segi rekod pertemuan, Zii Jia memiliki kelebihan kerana sudah menewaskan pemain nombor […]
Hafizh Syahrin Hadapi Ujian Awal Di Thailand

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah berdapan ujian awal menjelang perlumbaan pertama Asia Road Racing Championship (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Thailand. Ini selepas jenteranya lewat tiba di litar akibat masalah kargo. Kelewatan tersebut mengakibatkan Hafizh tidak dapat menguji jentera JDT Racing Team dalam sesi ujian hari ini. Meskipun mengakui masalah tersebut sedikit sebanyak […]
Lee Zii Jia Kongsi Sebab Pilih Berlatih Dengan PV Sindhu

Baru-baru ini Lee Zii Jia dan pemain perseorangan wanita India, Pusarla V. Sindhu dilihat berlatih bersama bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan All England. Perkara ini mendapat perhatian ramai terutamanya para peminat Lee Zii Jia yang ternanti-nanti perkembangan pemain berusia 26 tahun itu. Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh Yonex All England, Lee Zii Jia mempunyai […]