TNB Cup: THT & TNB Sahkan Kemaraan Ke Final

Pasukan dari Pantai Timur, Terengganu Hockey Team (THT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kemaraan ke final TNB Cup. Ini selepas THT dan TNB berjaya mengatasi lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir kedua yang berlangsung pada hari ini. THT yang dibimbing Mohd Harfizi Baharom terlebih dahulu layak selepas menewaskan Maybank dalam aksi separuh akhir kedua […]
JDT Ambil Pendekatan Latihan Berbeza

Waktu latihan yang baharu bakal diterapkan oleh pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi aksi seterusnya Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024. Perkara ini dikongsikan oleh pemain JDT futsal, Abu Haniffa Hasan ketika ditemui selepas perlawanan MPFL menentang Shah Alam City Sabtu lalu. Beliau berkata, sesi latihan di sebelah malam bakal bermula dua minggu […]
Olahragawati Uni Malaya, Humaira Karim Buru Tangga Lapan Terbaik Asia

Olahragawati Uni Malaya (UM), Nur Humaira Abd Karim meletakkan sasaran realistik bagi musim 2024 setelah menggapai kejayaan manis di tahun 2023. Beliau yang ditemui ketika Anugerah Sukan Universiti Malaya (ASUM) berkata, bagi musim 2024 ini, beliau dan rakan sepasukannya yang lain menyasarkan untuk berada di kedudukan lapan terbaik baik di peringkat asia dan di kejohanan […]
Hafizh Syarin Terhutang Budi Kepada TMJ

Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui terhutang budi kepada Duli Yang Maha Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Ini kerana TMJ banyak membantu merealisasikan impiannya kembali berlumba dengan jentera yang hebat untuk pasukan JDT Racing Team. Sokongan yang diberi baginda bukan saja memastikan Hafizh mampu membawa nama Johor dan […]
Wan Fazri Mahu Pertahankan Emas Sukan Universiti ASEAN

Atlet olahraga Malaysia, Wan Fazri Wan Zahari berharap dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam temasya Sukan Universiti ASEAN yang lalu. Hasrat ini dinyatakan beliau kepada media selepas Majlis Anugerah Sukan Universiti Malaya 2023 yang berlangsung semalam. Wan Fazri meraih pingat emas untuk acara lari 800 meter di temasya yang diadakan di Ubon Ratchathani, Thailand […]
Atlet Malaysia, Wan Fazri & Humaira Karim Muncul Olahragawan & Olahragawati Universiti Malaya

Atlet olahraga negara, Wan Fazri Wan Zahari dan srikandi taekwondo negara, Nur Humaira Karim masing-masing dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Malaya 2023. Kedua-duanya menerima anugerah tersebut dalam Majlis Anugerah Sukan Universiti Malaya 2023 yang berlangsung di Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya semalam. Nur Humaira mengharumkan nama Malaysia apabila mengungguli acara taekwondo untuk kategori poomsae […]
Hannah Yeoh Tinjau Azizulhasni Awang Di Australia

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh baru-baru ini meninjau persiapan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang di Melbourne, Australia. Perkara ini dikongsikan Azizulhasni menerusi satu hantaran di platform media sosial rasminya pagi ini. Hannah berkesempatan berbuat demikian kerana beliau merupakan antara menteri yang mengiringi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Australia […]
“TNB Banyak Sia-Siakan Peluang” – Nor Saiful Zaini

Jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini mengakui aspek serangan perlu diberi perhatian anak-anak buahnya meskipun berjaya menundukkan UiTM HA-KPT di separuh akhir pertama TNB Cup 2024. Beliau yang ditemui selepas perlawanan separuh akhir pertama TNB Cup 2024 berkata, kegagalan menjaringkan lebih banyak gol menjadi antara perkara yang menggusarkan beliau menjelang aksi kedua nanti. “Kita bermain dengan […]
THT Enggan Pandang Enteng Cabaran Maybank

Meskipun memiliki kelebihan selesa agregat 3-0, Terengganu Hockey Team (THT) tetap berwaspada dengan cabaran Maybank. Perkara ini dinyatakan oleh kapten THT, Fitri Saari selepas perlawanan separuh akhir pertama TNB Cup dengan Maybank hari ini. Selepas melihat cabaran yang diberi anak buah Azrul Affendy Bistamam hari ini, Fitri enggan memandang rendah cabaran Maybank. Ini kerana keputusan […]
TNB Cup: THT Ketepikan Cabaran Hebat Maybank

Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Maybank dalam aksi separuh akhir pertama TNB Cup di Stadium Hoki Nasional 1, Bukit Jalil. Maybank melihat perlawanan hari ini sebagai medan membalas dendam selepas tewas 4-3 kepada lawan sama dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL). Sementara THT pula melihat Maybank sebagai halangan terakhir untuk […]
TNB Cup: TNB ‘Sekolahkan’ UiTM HA-KPT

Aksi separuh akhir pertama TNB Cup 2024 menyaksikan keunggulan TNB untuk menundukkan UiTM HA-KPT di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. TNB yang menyingkirkan Kuala Lumpur City pada perlawanan suku akhir yang lalu terlebih dahulu memimpin permainan menerusi penjaring terbanyak, Azrai Aizad pada minit ke-10. Azrai terus menggandakan kelebihan buat TNB dengan gol kedua tiga minit […]
Malaysia Sasar Lengkapkan 10 Emas Di Sukan Paralimpik

Skuad paralimpik Malaysia menetapkan sasaran realistik menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak lama lagi. Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin menyasarkan lebih daripada 20 atlet yang bakal membawa nama negara di pentas Sukan Paralimpik Paris 2024 nanti. Namun, jumlah sebenar atlet masih belum diketahui kerana ianya hanya sasaran awal dan […]
Jepun Malukan Vietnam 10-0

Skuad bola sepak wanita Jepun Bawah 20 Tahun (B-20) mempamerkan dominasi mereka apabila membelasah Vietnam 10-0 hari ini. Kejayaan itu dicapai dalam aksi pertama Kumpulan B Piala Asia Wanita B-20 yang berlangsung di Stadium JAR, Tashkent, Uzbekistan. Dengan Jepun berstatus pasukan pilihan, Vietnam selaku pasukan bukan pilihan berusaha memastikan gawang mereka tidak bocor awal. Malangnya, […]
“Tiada KPI Ditetapkan Buat Sarjit Singh” – Subahan Kamal

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal belum menetapkan sebarang sasaran bagi ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh. Beliau menjelaskan ketika Sesi Sidang Media Ketua Jurulatih Baru Hoki Malaysia bahawa Sarjit akan memfokuskan untuk membina sistem terbaik buat skuad kebangsaan dahulu. ”tapi dalam tu jugak, saya nak maklumkan juga, kami (MHC) tidak meletakkan […]
Sarjit Singh Minta 18 Bulan Kenal Pemain Terbaik Malaysia

Jurulatih baru skuad hoki Malaysia, Sarjit Singh melihat tempoh 18 bulan sebagai tempoh sesuai untuk mengenalpasti pemain terbaik negara. Ini kerana beliau ingin mengenalpasti pemain negara yang memiliki kualiti beraksi di pentas antarabangsa sekaligus merapatkan jurang dengan pasukan-pasukan handalan dunia. Meskipun mengakui Malaysia memiliki ramai pemain hoki berbakat, Sarjit melihat tidak ramai pemain yang memiliki […]
Piala TNB: TNB Gah Ke Separuh Akhir, Singkirkan KL City

Skuad hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala TNB edisi 2024 hari ini. Ini selepas pasukan yang dibimbing Nor Saiful Zaini itu menewaskan wakil Kuala Lumpur, KL City dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional 2. TNB memiliki kelebihan agregat yang selesa selepas membelasah KL City 7-0 dalam aksi […]