Rasmi: Malaysia Tolak Tawaran Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026

Malaysia sah menolak peluang bergelar tuan rumah Sukan Komanwel 2026 menggantikan Victoria, Australia. Pendirian ini dinyatakan menerusi satu kenyataan media oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dibuat hari ini. Antara sebab tawaran yang dikemukakan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) ditolak kerajaan ialah geran penajaan berjumlah £100 juta (RM603 juta) tidak akan cukup meliputi kos penganjuran […]
Perubahan Saat Akhir Beri Kejayaan Besar Kepada JDT Racing Team

Risiko yang diambil oleh JDT Racing Team ketika perlumbaan kedua Asian Road Racing Championship (ARRC) minggu lalu ternyata membuahkan hasil yang positif. Pada Ahad lalu, JDT Racing Team yang ditunjangi oleh pelumba terkenal tanah air, Hafizh Syahrin berjaya meraih tempat kedua dalam perlumbaan kedua setelah hampa gagal menamatkan aksi dalam perlumbaan pertama sehari sebelum itu. […]
Swiss Open: Langkah Lee Zii Jia Dihentikan Srikanth Kidambi

Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia akur tersingkir awal setelah tumpas di tangan wakil India, Srikanth Kidambi dalam aksi pusingan kedua Swiss Open 2024. Lee Zii Jia yang memiliki rekod pertemuan yang lebih baik berdepan Srikanth bagaimanapun diasak hebat oleh pemain India tersebut sejak dari awal permainan. Wakil negara itu sedaya upaya untuk memberi saingan […]
Swiss Open: Dua Regu Lelaki Malaysia Alami Nasib Berbeza

Dua beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri mengalami nasib berbeza dalam pusingan kedua Swiss Open 2024 hari ini. Sze Fei-Nur Izzuddin yang berstatus pilihan ketujuh kejohanan terpaksa akur dengan kehebatan regu Thailand, Supak Jomkoh dan Kittinupong Kedren. Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu masing-masing merekodkan satu kemenangan. Sementara […]
TMJ Kongsi Pelan Jangka Panjang Hafizh Syahrin Bersama JDT Racing Team

Kejayaan Hafizh Syahrin menduduki tempat kedua dalam perlumbaan kedua Asian Road Racing Championship (ARRC) di Thailand hujung minggu lalu menyingkap pelan seterusnya TMJ bersama JDT Racing Team. Ahad lalu, Hafizh bersama JDT Racing Team berjaya meraih tempat kedua dalam perlumbaan kedua di Litar Antarabangsa Chang setelah kecewa gagal menamatkan perlumbaan pertama akibat masalah teknikal. Hafizh […]
Hannah Yeoh Jawab Pendirian Kerajaan Tentang Penganjuran Sukan Komanwel 2026

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan Malaysia tidak akan menjadi penganjur Sukan Komanwel 2026 sekiranya perlu menggunakan wang pembayar cukai. Hal ini dinyatakan beliau dalam Sesi Waktu Menjawab Menteri di Parlimen selepas ditanya Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden tentang pendirian kerajaan sebagai penganjur temasya itu. Tambah Hannah lagi, isu penganjuran temasya […]
Malaysia Atur Aksi Persahabatan Berdepan New Zealand

Malaysia dijadualkan menentang New Zealand dalam satu aksi persahabatan sebagai persiapan menjelang kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2024. Perkara ini disahkan oleh ketua jurulatih hoki kebangsaan, Jarjit Singh ketika ditemui di sesi latihan pertama skuad kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Beliau berkata, satu perlawanan persahabatan menentang New Zealand telah diatur pada awal bulan […]
Sarjit Singh Dedah Punca Faizal Saari Tidak Sertai Sesi Latihan Malaysia

Ramai peminat hoki Malaysia tertanya-tanya ke mana kelibat penyerang Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari dalam sesi pemilihan 30 pemain hoki senior semalam. Jurulatih The Speedy Tigers, Sarjit Singh kemudiannya mendedahkan Faizal tidak dapat bersama skuad hoki senior kerana perlu memenuhi komitmen beraksi untuk kelab Bangladesh, Mohammedan Sporting Club. Perkara ini berlaku kerana pada penyerang […]
Thailand Medan Terbaik Uji Skuad Futsal Malaysia

Pengendali skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam melihat Thailand sebagai medan terbaik untuk menguji kemantapan barisan pemain negara. Skuad futsal negara bakal beraksi dalam NSDF Futsal Championship Thailand 2024 yang bakal berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini. Kejohanan tersebut bakal menampilkan tuan rumah Thailand, Malaysia, Afghanistan dan Australia. Rakhpol melihat dengan penyertaan skuad negara dalam […]
Ranking BWF: Choong Hon Jian-Haikal Nazri Hampiri Kelompok 30 Terbaik Dunia

Kejayaan beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri menjuarai Orleans Masters minggu lalu meningkatkan kedudukan ranking BWF mereka. Menurut kemaskini daripada data Badminton World Federation (BWF), Hon Jian dan Haikal yang sebelum ini berada di kedudukan ke-40 dunia melonjak sebanyak 8 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-32 dunia. Peningkatan mendadak pasangan ini menyaksikan mereka […]
“Dalam Trek Kita Lawan, Luar Kita Kawan”

Jaguh motosikal negara, Azlan Shah Kamaruzaman mengingatkan peminat dunia permotoran bahawa persaingan antara dirinya dengan Hafizh Syahrin Abdullah hanya di atas trek. Ingatan ini dibuat Azlan selepas melihat komen negatif yang cuba melaga-lagakan dirinya dengan Hafizh di media sosial pada pusingan pertama Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 kategori Asian Superbike 1000cc (ASB1000) di Buriram, […]
7 Pemain JDT Ketuai Cabaran Malaysia Di Thailand

Malaysia mengumumkan senarai pemain futsal yang akan membawa cabaran negara ke kejohanan jemputan di Thailand sebagai persiapan menghadapi kejohanan rantau Asia Tenggara. Senarai 16 pemain yang mendapat panggilan ini diumumkan melalui siaran media yang dimuatnaik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di media sosial rasmi. Skuad kali ini diwakili seramai tujuh pemain dari pasukan pendahulu […]
3 Beregu Negara Tempah Tiket Ke Olimpik

Berita baik buat kontinjen badminton negara apabila tiga beregu utama negara sudah mengesahkan tempat di Sukan Olimpik Paris 2024. Menurut infografik yang dimuatnaik oleh ShuttleHard, Malaysia sudah mempunyai wakil bagi acara beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran berdasarkan kiraan mata kelayakan ke Sukan Olimpik, Race To Paris. Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi […]
Hafizh Syahrin: Terima Kasih TMJ, Tanpa Anda Saya Tiada Di Sini

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui merasa gembira kerana dapat merealisasikan impian podium sulung pasukan dalam saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024. Impian ini tidak akan jadi kenyataan tanpa sumbangan besar Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. Atas sebab itu, Hafizh berterima kasih kepada baginda kerana sudi […]
All England: Aaron-Wooi Yik Terlepas Kejuaraan, Tunduk Kepada Fajar Alfian-Rian Ardianto

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kempunan untuk merangkul gelaran juara All England 2024 setelah tumbang di tangan juara bertahan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto. Pertemuan kelapan bagi kedua-dua pasangan ini menyaksikan beregu Indonesia berjaya menekan Aaron-Wooi Yik dengan corak serangan pantas sebaik permainan di set pertama dimulakan Aaron dan Wooi Yik berusaha […]
Hafizh Syahrin Raih Tempat Kedua Di Thailand

Selepas kecewa kerana gagal menamatkan perlumbaan pertama kategori Asian Superbike 1000cc (ASB1000) Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 semalam, Hafizh Syahrin kembali bangkit. Pelumba JDT Racing Team itu meraih kedudukan kedua dalam perlumbaan kedua ASB1000 yang diadakan di Litar Antarabangsa Chang, Thailand. Selepas masalah mekanikal yang dialami jenteranya dalam perlumbaan pertama semalam dapat dibaiki, Hafizh […]