Goh Jin Wei Bakal Lalui Kem Latihan Khas

Jaguh perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei bakal menempuh kem latihan khas sebagai persiapan ke Sukan Olimpik 2024. Perancangan ini didedahkan oleh jurulatih beliau dari Indonesia, Nova Armada kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir untuk Nadi Arena. Kem latihan tersebut bakal diadakan pada Jun ini bagi membantu Jin Wei merealisasikan sasaran layak ke peringkat suku […]
Malaysia Mahu Lenyapkan ‘Badi’ Pakistan

Jurulatih skuad hoki senior Malaysia, Sarjit Singh mahu menamatkan kemarau kemenangan Malaysia ke atas pasukan gergasi Asia, Pakistan. Dalam dua kejohanan sebelum ini, pasukan yang diberi gelaran The Green Shirts itu menjadi duri dalam daging kepada The Speedy Tigers. Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China menyaksikan Malaysia tumbang 5-2 di tangan Pakistan untuk perlawanan penentuan […]
KBS Belum Ada Rancangan Anjur Sukan Asia 2038

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum mempunyai sebarang rancangan untuk membida hak tuan rumah Sukan Asia 2038. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pengamal Media 2024 di Kelab Golf Negara Subang, Petaling Jaya baru-baru ini. Hannah memaklumkan pembangunan bakat atlet terutama atlet muda menjadi fokus utama […]
NSDF Futsal Championship: Thailand Muncul Juara ‘Hentam’ Australia 9-2

Skuad futsal Thailand muncul juara NSDF Futsal Championship 2024 selepas membelasah Australia 9-2 di pentas final hari ini. Selepas tewas 4-3 kepada lawan sama di peringkat kumpulan beberapa hari lalu, Thailand yang dibimbing Miguel Rodrigo mahu membalas dendam sambil menggondol gelaran juara. Manakala Australia pula berharap dapat melengkapkan rekod tanpa kalah mereka dalam kejohanan dengan […]
NSDF Futsal Championship: Malaysia Tewas Tipis Di Tangan Afghanistan

Malaysia terpaksa akur menamatkan saingan NSDF Futsal Championship 2024 di tempat keempat setelah kecundang kepada Afghanistan dalam aksi penentuan tempat ketiga. Skuad negara turun dengan misi menebus maruah setelah mencatatkan satu keputusan seri menentang Afghanistan dan dua kali tewas tipis kepada Australia dan Thailand di peringkat kumpulan. Kedua-dua pasukan terikat seri 3-3 sebelum ini ketika […]
“Malaysia Mendahului Tapi Masih Kalah” – Rakhpol Sainetngam

Jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam mengakui kelebihan psikologi yang dimiliki Australia membantu pasukan itu meraih kemenangan semalam. Aksi terbaru NSDF Futsal Championship 2024 itu menyaksikan skuad negara pada awalnya mendahului 2-0 menerusi Ridzwan Bakri (minit ke-14) dan Syahir Iqbal Khan (minit ke-16). Bagaimanapun, Australia bangkit pada babak kedua dengan menyumbat empat gol. Awalluddin Mat […]
NSDF Futsal Championship: Australia Cemas Sebelum Tundukkan Malaysia

Impian Malaysia meraih kemenangan pertama terbantut setelah tumpas kepada Australia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan kejohanan jemputan NSDF Futsal Championship 2024. Skuad negara turun dalam aksi terakhir kumpulan ini dengan misi memburu kemenangan pertama setelah mencatatkan satu kekalahan dan satu keputusan seri sebelum ini. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika Kejohanan Futsal AFF 2019 […]
NSDF Futsal Championship: Thailand Atasi Cabaran Hebat Malaysia

Skuad futsal Malaysia terpaksa menelan kepahitan apabila tewas kepada negara serantau, Thailand dalam aksi kedua NSDF Futsal Championship 2024. Selepas berjaya meraih keputusan 3-3 dengan Afghanistan, pasukan yang dibimbing Rakhpol Sainetngam berharap dapat mencipta kejutan ke atas tuan rumah. Manakala Thailand yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Miguel Rodrigo pula mahu bangkit selepas tewas tipis 4-3 kepada […]
Swiss Open: Goh Soon Huat & Shevon Lai Muncul Juara, Tewaskan Chen Tang Jie & Toh Ee Wei

Beregu campuran utama negara, Goh Soon Huat & Shevon Lai berada dalam kelas tersendiri apabila mengesahkan kejuaraan Swiss Open 2024. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan rakan senegara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei di pentas final yang berlangsung pada awal pagi ini. Pertemuan kedua-dua regu dianggap seimbang di mana kedua-duanya telah merekodkan satu kemenangan […]
NSDF Futsal Championship: Malaysia Bangkit ‘Ikat’ Afghanistan

Malaysia membuka tirai kejohanan jemputan, NSDF Futsal Championship dengan keputusan seri setelah mengikat Afghanistan pada petang Ahad. Malaysia yang turun berjersi hitam bermula garang dengan beberapa gerakan yang mampu mengancam kubu Afghanistan sejak hon permulaan dibunyikan bagi memburu jaringan awal. skuad negara memperoleh beberapa peluang keemasan untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi percubaan kapten, Abu Haniffa, […]
Legenda Man United Tiba Di Malaysia Berbaju Pahang Rangers

Ramai peminat futsal negara teruja apabila melihat baju yang dipakai legenda Man United, Wes Brown semasa berada di Malaysia baru-baru ini. Menerusi satu gambar yang dikongsikan Twt Bola Pahang di platform X, bekas pemain pertahanan England itu dilihat memakai jersi juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Pahang Rangers. “Selamat datang ke Pahang Rangers, Wes Brown!” […]
Lee Zii Jia Tempah Tiket Ke Olimpik

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengesahkan tempatnya ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai hadapan. Pemain kelahiran Kedah ini bakal mengikuti jejak tiga pasangan beregu negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang sudah melayakkan diri ke temasya tersebut terlebih dahulu. Menerusi ciapan daripada pemerhati […]
Swiss Open: Goh Soon Huat & Shevon Lai Ke Final, Leburkan Tentangan Regu Belanda

Regu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai kembali ke pentas final Swiss Open 2024 buat kali ketiga awal pagi ini. Ini selepas regu campuran ke-14 dunia itu mengatasi cabaran regu Belanda, Robin Tabeling dan Selena Piek di peringkat separuh akhir. Dari segi rekod pertemuan, Soon Huat-Shevon memiliki kelebihan kerana mengatasi Tabeling-Piek dua kali […]
Swiss Open: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Singkirkan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin Penuh Bergaya

Pasangan negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke final Swiss Open 2024 penuh bergaya setelah menumbangkan Ye Hong Wei Lee Chia Hsin dalam aksi separuh akhir. Mengikut rekod pertemuan kedua-dua pasangan, beregu negara miliki kelebihan setelah memenangi kesemua lima pertemuan yang lalu. Di aksi set pertama, Tang Jie dan Ee wei bermula garang […]
Perkembangan Terkini Ng Tze Yong Selepas Cedera Panjang

Pemain perseorangan negara, Ng Tze Tong mula menunjukan reaksi positif selepas kembali dari kecederaan yang sedikit menggangu perjalanannya bagi musim 2024. Menurut laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom yang membuat liputan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Tze Yong telah pun kembali menyertai sesi latihan selepas menjalani pembedahan sebelum ini. Walau bagaimanapun, pemain kelahiran Johor itu […]
“Saya Tak Akan Sia-Siakan Kepercayaan TMJ” – Hafizh Syahrin

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui sokongan yang diberi Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim amat bermakna buat dirinya. Sebagai pelumba, Hafizh melihat sokongan yang diberi baginda mendorongnya mempamerkan prestasi positif setiap kali berlumba di atas litar. Atas sebab inilah, beliau mahu membalas kepercayaan yang […]