Hannah Yeoh Beri Peringatan Kepada Atlet Malaysia

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak mahu atlet Malaysia bersikap sambil lewa menjelang persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi. Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat mengenai persembahan yang kurang memuaskan ditampilkan oleh atlet angkat berat negara, Aniq Kasdan ketika Kejohanan Angkat Berat […]

“Mewakili Malaysia Ke Thomas Cup Satu Penghormatan Besar”

Legenda badminton negara, Datuk James Selvaraj berharap Lee Zii Jia dapat memutuskan sama ada untuk menyertai Thomas Cup atau sebaliknya. Ketika ini, kedudukan Zii Jia dalam kontinjen kejohanan tersebut masih kabur. Ini selepas jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia itu mahu berbincang dengan pasukannya terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada menyertai Thomas Cup atau tidak. Ini […]

Ranking BWF: Dua Beregu Muda Malaysia Catat Peningkatan Mendadak

Kemas kini ranking BWF yang dikeluarkan pada Selasa lalu menyaksikan dua beregu muda dari Malaysia terus mendaki kedudukan tinggi dalam carta ranking. Dua beregu yang mencatatkan peningkatan ini adalah naib juara Spain Masters 2024, Arif Junaidi-Yap Roy King dan juga pasangan berusia 18 tahun, Aaron Tai-Kang Khai Xing yang menjuarai Thailand International Challenge pada Ahad […]

Gaduh Besar, Aksi ‘Muay Thai’ Di Futsal Semata-Mata Rebut RM1200

Hanya kerana mengejar hadiah kemenangan bernilai RM1,200, seorang pemain futsal bertindak menyerang lawannya di atas gelanggang semalam. Insiden ini berlaku dalam perlawanan separuh akhir kejohanan Ramadhan League antara Kesham FC dengan Chuteiras FC di Sergio Aguero Arena, Kuantan. Menerusi satu video yang dimuatnaik pentadbir akaun TikTok Chuteiras, seorang pemain Kesham dikesan menumbuk pemain pasukan itu. […]

“Pengunduran Pearly Tan-Thinaah Sudah Direstui” – Rexy Mainaky

Kontinjen Uber Cup negara dijangka bersaing tanpa kelibat regu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah. Keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan regu yang menduduki ranking ke-14 dunia itu fokus kepada persiapan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Malah, keputusan yang dibuat Pearly-Thinaah turut mendapat restu pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) termasuk Pengarah […]

Aniq Kasdan Bakal Ke Paris

Jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan tampil cemerlang untuk muncul atlet terbaharu yang berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024. Kejayaan ini dicapai oleh anak jati Johor ini apabila beliau berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 atlet terbaik dengan berada di kedudukan kelapan dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia yang berlangsung di Phuket. Aniq yang […]

Thomas Cup: Perjalanan Lee Zii Jia Masih Samar

Kedudukan sama ada Lee Zii Jia menjadi sebahagian daripada kontinjen negara untuk kempen Thomas Cup masih lagi kabur. Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky percaya hal ini berlaku disebabkan fokus Zii Jia untuk tampil cemerlang di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Atas sebab itu, jaguh perseorangan ke-11 dunia itu dilihat berhati-hati dalam […]

Ranking BWF: Kedudukan Terkini Lee Zii Jia Merudum

Kedudukan ranking jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencatatkan penurunan berbanding sebelum ini. Menerusi kemas kini terbaharu ranking perseorangan lelaki yang dikeluarkan oleh Badminton World Federation (BWF) pada Selasa menyaksikan kedudukan Lee Zii Jia dipintas oleh pemain Singapura, Loh Kean Yew. Sebelum ini, pemain berusia 26 tahun ini berjaya membuktikan kemampuan beliau apabila kembali […]

Rakhpol Sainetngam Panggil 3 Watak Baharu Ke Vietnam

Jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam melakukan sedikit perubahan menjelang dua aksi persahabatan menentang Vietnam di Ho Chi Minh City pada 6 dan 8 April ini. Jurulatih Thailand itu memanggil dua pemain Sabah FA, Faezwan Ashwandie Ahmad dan Wan Raziq Wan Zulhasmi serta kapten Selangor FC, Khairul Effendy Bahrin. Trio ini dipanggil bagi menggantikan Syawal […]

Sarjit Singh Umum Barisan 30 Pemain Ampuh Malaysia

Ketua jurulatih hoki Malaysia, Sarjit Singh menyenaraikan 30 pemain bagi menyertai sesi latihan terakhir pasukan sebelum menyertai kejohanan-kejohanan penting bagi tahun 2024. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Malaysia Hockey Confederation (MHC), senarai lengkap 30 pemain pilihan Sarjit telah dikeluarkan dengan beberapa nama tidak asing lagi bagi para peminat hoki tempatan. Posisi penjaga gol […]

Spain Masters: Karyaman Gutama-Pahlevi Isfahani Ranapkan Impian Juara Arif Junaidi-Roy King

Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King terpaksa menelan kepahitan setelah kecundang kepada pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam perlawanan akhir Spain Masters 2024. Pasangan negara berada dalam momentum terbaik setelah mengejutkan beregu di ranking ke-45 dunia dari Perancis dengan keputusan straight set semalam. Meskipun rekod pertemuan kedua-dua pasangan ini memihak lawan […]

Isu Salah Laku Seksual, Jurulatih Renang Didapati Tidak Bersalah

Tidak lama dahulu, seorang jurulatih renang untuk atlet renang para disiasat pihak berkuasa atas dakwaan salah laku seksual. Susulan itu, jurulatih tersebut digantung sementara siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jawatankuasa Salah Laku dan Perlindungan Dalam Sukan (JSPS) Majlis Sukan Negara (MSN). Hari ini, MSN mengumumkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (No […]

Skuad Futsal Vietnam Cipta Sensasi, Ikat Pasukan Ke-8 Dunia

Skuad futsal Vietnam mencipta sensasi dengan mengikat Maghribi 3-3 dalam Kejohanan Futsal Antarabangsa 2024 yang berlangsung semalam. Ini satu kejayaan yang hebat memandangkan Maghribi merupakan pasukan kelapan dunia ketika ini. Selepas mengikat New Zealand 2-2 beberapa hari yang lalu, Vietnam mengulangi pendekatan serupa bila berdepan pasukan Afrika Utara itu. Tu Minh Quang meletakkan Vietnam di […]

Spain Masters: Arif Junaidi & Roy King Ke Final, Kejutkan Regu Ke-45 Dunia

Beregu lelaki muda negara, Arif Junaidi dan Yap Roy King terus melakar kecemerlangan dengan mara ke final Spain Masters 2024. Arif-Roy King mara selepas mengejutkan regu ke-45 dunia dari Perancis, Christo dan Toma Junior Popov. Dari segi ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kelebihan memihak kepada Christo-Toma Junior berbanding Arif-Roy King (regu ke-65 dunia). Bagaimanapun, itu […]

Terkini: Ng Tze Yong Tersingkir Dari Olimpik

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa melupakan hasrat beliau menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 akibat kecederaan yang dialami. Menerusi satu kenyataan di media sosial rasmi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Pengarah Teknikal, Rexy Mainaky mengesahkan bahawa Tze Yong bakal menarik diri dari kejohanan Badminton Asia Championship (BAC) minggu hadapan. “Keutamaan kami adalah sentiasa kesihatan […]

Pembinaan Horizon Beranang Circuit Selesai, Dilengkapi 12 Susunan Litar Buat Orang Awam

Horizon Beranang Circuit yang sudah siap pembinaannya bakal menjadi tarikan orang ramai tidak lama lagi. Menerusi satu hantaran di Facebook Two Wheels menyaksikan gambaran secara penuh Horizon Beranang Circuit yang sedang menunggu tarikh untuk dirasmikan. “Kerja-kerja terakhir ke atas Horizon Beranang Circuit kini telah selesai dan ianya bakal dibuka secara rasmi kepada orang awam tidak […]