Badminton Asia Championship: Aaron Chia-Wooi Yik Benam Cabaran Liu Yuchen-Ou Xuangyi

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Badminton Asia Championship 2024. Ini selepas mereka berjaya mengatasi cabaran regu lelaki kelapan dunia dari China, Liu Yuchen dan Ou Xuangyi di peringkat suku akhir hari ini. Pertembungan dua regu ini sentiasa dinantikan ramai peminat badminton. Ini kerana dalam tujuh […]
Lee Zii Jia Ketuai Cabaran Malaysia Ke Thomas Cup

Jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia, Lee Zii Jia sah mengetuai cabaran Malaysia ke Thomas Cup 2024. Ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan barisan pemain yang akan beraksi di kejohanan berprestij itu. Selain Zii Jia, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh turut dipilih sebagai wakil perseorangan lelaki negara. Tze […]
Syahir Iqbal Lihat Kemajuan Positif Malaysia Selepas Tundukkan Vietnam

Pemain futsal Malaysia, Syahir Iqbal Khan memilih untuk bersikap positif selepas dua aksi pemanas badan bertemu negara serantau, Vietnam minggu lalu. Skuad futsal kebangsaan menjalani dua aksi persahabatan di Ho Chi Minh City minggu lalu yang menyaksikan Malaysia tumbang dengan keputusan 0-3 kepada Vietnam di perlawanan pertama pada Sabtu. Malaysia kembali mempamerkan belang sebenar apabila […]
Lee Zii Jia Bakal Perkuat Malaysia Di Thomas Cup?

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memberi bayangan bakal memperkuat cabaran Malaysia dalam saingan Thomas Cup 2024. Perkara ini dinyatakan pemain perseorangan ke-11 dunia itu kepada CGTN Sports Scene selepas aksi pusingan kedua Badminton Asia Championship 2024. Zii Jia memaklumkan beliau tidak pernah terlepas menyertai kejohanan badminton berpasukan membabitkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Walau […]
Badminton Asia Championship: Aaron-Wooi Yik Hantar Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura Pulang Raya Awal

Beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tiket ke suku akhir Badminton Asia Championship 2024 apabila menewaskan wakil Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura. Masih segar dengan kemenangan ke atas beregu India semalam, Aaron dan Wooi Yik bagaimanapun diberikan tentangan sengit oleh lawan dari Jepun tersebut dengan saling mengejar mata antara satu sama lain. Namun, […]
Badminton Asia Championship: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Tundukkan Chou Tien-chen

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan kecemerlangan dalam Badminton Asia Championship 2024 dengan mengesahkan kemaraan ke suku akhir. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan pemain perseorangan lelaki Taiwan, Chou Tien-chen dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung hari ini. Zii Jia ingin melebarkan rekod kemenangan ke atas jaguh Taiwan itu selepas kali terakhir melakukannya dalam […]
Badminton Asia Championship: Sze Fei & Nur Izzuddin Singkirkan Juara Dunia

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani mencipta kejutan dengan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae dalam pusingan pertama Badminton Asia Championship 2024. Ini satu kejayaan yang membanggakan buat kem negara kerana dari segi ranking dunia, kelebihan memihak kepada Min-hyuk-Seung-jae. Regu Korea Selatan itu yang juga pilihan […]
Badminton Asia Championship: Lee Zii Jia Berbisa Di Pagi Raya, Tewaskan Priyanshu Rajawat

Pagi 1 Syawal menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mudah menyingkirkan wakil India, Priyanshu Rajawat dalam pusingan pertama Badminton Asia Championship 2024. Selepas tersingkir di pusingan kedua Swiss Open 2024 baru-baru ini, Zii Jia berharap dapat bangkit dalam Badminton Asia Championship 2024. Ini kerana jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia itu pernah bergelar juara […]
“Vietnam Berlatih Lama, Malaysia Hanya 4 Hari” – Khairul Effendy

Tempoh persiapan yang berbeza melibatkan Vietnam dan Malaysia menjadi antara faktor skuad kebangsaan tumbang 0-3 kepada lawan dalam aksi persahabatan Sabtu lalu. Menurut pemain kebangsaan, Khairul Effendy, pasukan Vietnam telah mempersiapkan pasukan mereka dalam tempoh yang lama memandangkan mereka bakal bersaing di Piala Asia Futsal. Namun begitu, Khairul Effendy atau lebih mesra disapa Ayon berkata […]
Sasaran Nova Widianto Terhadap Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Dilabel Tindakan Berani

Sasaran yang ditetapkan oleh jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto buat pasangan negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei telah mendapat reaksi beberapa pihak. Sebelum ini, Nova Widianto telah memasang impian untuk melihat anak buahnya, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berada di podium pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula pada Jun […]
Persahabatan Futsal: Malaysia Pamer Karakter Sebenar, Tewaskan Vietnam

Skuad futsal Malaysia menutup kempen aksi persahabatan di Vietnam dengan melakar kemenangan 3-1 ke atas tuan rumah hari ini. Selepas tewas 3-0 dalam aksi persahabatan pertama di Ho Chi Minh City pada 6 April lalu, skuad negara yang dibimbing Rakhpol Sainetngam mahu bangkit melakar kemenangan. Meskipun lawan yang dibimbing Diego Raúl Giustozzi itu menduduki ranking […]
Lee Zii Jia Ketuai Buruan RM2.1 Juta Malaysia Di Kejohanan Asia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bakal mengetuai pasukan Malaysia di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 yang bakal bermula esok. Seramai 26 pemain Malaysia yang terdiri daripada seorang pemain perseorangan lelaki, seorang wakil perseorangan wanita, empat beregu lelaki, empat beregu wanita dan empat beregu campuran bakal menyertai kejohanan yang berlangsung di China tahun ini. […]
Kedah Mahu Jadi ‘Gergasi’ Baru MPFL

Pasukan futsal Kedah siap sedia untuk kembali menggegar arena futsal negara menjelang saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) divisyen 2 tidak lama lagi. Menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Mohd Salleh Saidin, beliau meletakkan keyakinan penuh kepada barisan pemain meskipun rata-rata pemain yang bakal menggalas tugas ini adalah muka-muka baharu. Beliau berkata, […]
Azeem Fahmi Tampil Pendekatan Berbeza Di USA

Jaguh pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dilihat semakin menguasai teknik larian berbeza semasa berada di Amerika Syarikat. Pemerhatian ini dibuat jurulatih skuad olahraga pelapis negara, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah kepada Nadi Arena hari ini. Penguasaan teknik berbeza yang diterapkan jurulatih, Ken Harden membantu Azeem meraih pingat emas acara 4×100 meter (m) dan pingat […]
Persahabatan Futsal: Malaysia Akur, Tunduk Di Tangan Vietnam

Skuad futsal Malaysia terpaksa mengakui kehebatan Vietnam apabila tumpas dalam satu aksi persahabatan di Ho Chi Minh City, Vietnam pada Sabtu. Skuad negara menamatkan aksi NSDF Futsal Championship minggu lalu di tempat keempat selepas mencatatkan tiga kekalahan tipis dan satu keputusan seri di bumi Thailand. Manakala Vietnam meraih tempat ketiga dalam kejohanan futsal amtarabangsa yang […]
Rekod 22 Tahun Usain Bolt Lebur Di Tangan Pelari 16 Tahun

Rekod pelari pecut legenda, Usain Bolt selama 22 tahun akhirnya lebur di tangan seorang pelari muda Jamaica baru-baru ini. Pelari pecut berusia 16 tahun, Nickecoy Bramwell mencipta sensasi dengan memecahkan rekod acara lari 400 meter (m) dalam temasya Carifta Games Ke-51 yang diadakan di Grenada. Sebelum ini, Bolt mencipta catatan masa 47.33 saat (s) dalam […]