Bintang ‘RM2.4 Juta’ Kelantan Angkat Kaki

Bintang RM2.4 Juta Kelantan tidak bertahan lama apabila memilih untuk meninggalkan pasukan. Pemain yang dimaksudkan itu ialah penyerang sensasi Kelantan Darul Naim, Chadrack Muzungu apabila pengurusan Kijang Emas bersetuju menamatkan kontrak pemain berusia 27 tahun itu. Bekas penyerang UD Almeria B itu hanya bersama pasukan Pantai Timur itu selama tiga bulan.  Sepanjang tempoh itu, beliau […]

Man United Makin Menakutkan Di EPL

Man United terus memantapkan skuad mereka menjelang kempen musim 2024/25 dengan membawa masuk duo Bayern Munich, Mathijs de Ligt dan Noussair Mazraoui. Musim 2023/24 menyaksikan United dibolosi 58 kali dalam liga. Rekod buruk ini turut menyebabkan The Red Devils menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat kelapan. Hal ini mendorong pengurusan The Red Devils […]

Vinicius Junior Ditawar RM4.87 Bilion Beraksi Di Arab Saudi

Saudi Pro League (SPL) dilaporkan bersedia menawarkan tawaran gaji berjumlah €1 bilion (RM4.87 bilion) setahun untuk membawa Vinicius Junior beraksi di Arab Saudi. Portal berita Brazil, Globo melaporkan ini sebahagian daripada usaha para eksekutif SPL untuk menarik tonggak import yang lebih muda untuk mewarnai saingan liga berkenaan. Sejak menyertai Real Madrid dari Flamengo pada 2018, […]

Yazan Al-Naimat Bakal Ikut Ali Olwan Ke Liga Super?

Peledak berbisa Jordan, Yazan Al-Naimat berpotensi besar untuk mengikut rakan senegara, Ali Olwan ke Liga Super. Pemain berusia 25 tahun itu kini bergelar ejen bebas selepas dilepaskan oleh kelab Qatar, Al Ahli SC pada 11 Ogos 2024. Spekulasi mengenai masa depannya mula menjadi bualan hangat selepas rakan senegara, Ali Olwan mula melangkah ke Liga Malaysia. […]

Penyerang Central Coast Dalam Radar Penang

Pasukan utara tanah air, Penang FC bakal mengintai khidmat seorang penyerang Australia untuk menambah ketajaman jentera serangan mereka. Ketumpulan jentera serangan Harimau Kumbang bukan saja menggusarkan penyokong setia pasukan itu. Malah, hal ini turut merisaukan pengendali Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Ini turut disokong dengan statistik jaringan dalam liga. Meskipun Harimau Kumbang menduduki tangga keenam […]

Chadrack Muzungu & Valdumar Tinggalkan Kelantan Serta-Merta

Selepas bersetuju menamatkan kontrak secara bersama dengan Chadrack Muzungu, kini Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) melepaskan pula khidmat Valdumar Augusto Te. Sebelum ini, pengurusan Kijang Emas bersetuju menamatkan kontrak Muzungu meskipun hanya bersama pasukan itu selama tiga bulan. Sepanjang tempoh itu, beliau hanya beraksi sebanyak empat perlawanan Liga Malaysia (Liga M) termasuk aksi Piala […]

Luqman Hakim Bakal Tinggalkan Jepun?

Kontrak penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin di Jepun difahamkan bakal berakhir. Pemain berusia 22 tahun itu menyertai kelab J3 League, Yokohama SCC pada awal tahun ini namun bergelut untuk mendapatkan tempat. Beliau sudah lama tidak berada dalam skuad Yokohama SCC sungguhpun mendapat permulaan yang cukup baik ketika awal musim. Berdasarkan perkongsian oleh laman Yokohama […]

JDT Sambar Bintang La Liga, Iker Undabarrena

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyambar khidmat bintang La Liga, Iker Undabarrena. Pemain berusia 29 tahun itu menjadi tonggak kelima yang disambar oleh skuad Harimau Selatan bagi jendela perpindahan kedua musim 2024/25. Perancang tengah kelahiran Sepanyol itu beraksi di La Liga sejak tahun 2022 bersama CD Leganes telah diumumkan sebagai tonggak baharu […]

Aaron Wan-Bissaka Tinggalkan Man United

Pertahanan kanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka dilaporkan bakal meninggalkan Old Trafford dan menyertai pasukan baharu hari ini. Pemain berusia 26 tahun itu bakal menyertai West Ham United secara perpindahan tetap dengan kontrak selama lima tahun dan beliau kini berada di London untuk menjalani ujian perubatan. Perkara tersebut disahkan oleh wartawan bola sepak terkemuka antarabangsa, Fabrizio […]

Endrick Dos Santos Berkelana Ke Vietnam

Tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos membawa haluan baharu ke Vietnam. Berita ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Alistair Edwards menerusi satu hantaran di media sosial Johor Southern Tigers. Edwards mengucapkan selamat maju jaya buat Endrick yang bakal menyarung jersi Ho Chi Minh City dan seorang lagi pemain JDT, Fergus Tierney yang […]

Jalil Elias Tinggalkan JDT, Kembali Ke Argentina

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias telah meninggalkan pasukan dan kembali ke Argentina. Pemain berusia 27 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan pada awal musim 2024/25 namun hanya beraksi satu perlawanan di Malaysia. Bekas pemain tengah San Lorenzo itu tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan selepas turun selama 69 minit ketika berdepan Negeri […]

Pemain Ke-4, Eddy Israfilov Perkuat JDT

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain import baharu, Eddy Israfilov. Tonggak kebangsaan Azerbaijan ini diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT menerusi satu hantaran video di media sosial Johor Southern Tigers. Beraksi di posisi tengah, Israfilov menyertai skuad Harimau Selatan sebagai ejen bebas setelah kontraknya bersama kelab lamanya, Neftchi Baku telah tamat. Pemain […]

David de Gea Hampiri Perpindahan Ke Fiorentina

Bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea bakal menamatkan penantian kelab barunya dengan berhijrah ke Fiorentina. Selepas meninggalkan United sebagai ejen bebas pada akhir musim 2022/2023, penjaga gol Sepanyol itu dihujani dengan pelbagai tawaran dari luar negara seperti Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, semua tawaran berkenaan ditolak oleh de Gea. Sepanjang tempohnya […]

Al Nassr Mahu Selamatkan Antony Dari Man United

Kelab terkemuka Arab Saudi, Al Nassr dilaporkan memburu pemain sayap Manchester United, Antony.  Perkara ini dikongsikan oleh Football Insider, yang menyatakan bahawa Al Nassr sedang mencari pemain sayap yang berkualiti bagi aksi Saudi Pro League.  Hal ini terjadi apabila Al Nassr gagal mencapai persetujuan dalam cubaan untuk membawa bintang Barcelona, Raphinha. Antony antara calon yang […]

Arkitek Sepanyol Jadi Sasaran Liverpool

Arkitek Real Sociedad dan pasukan kebangsaan Sepanyol, Martin Zubimendi menjadi sasaran utama buat kelab Liga Pernada Inggeris (EPL), Liverpool. Perkara itu dikongsikan oleh laman X tekenal, Transfer News Live dan ianya telah disahkan oleh wartawan sukan terkemuka, David Ornstein. Namun ianya bukan jalan mudah buat Liverpool apabila kelab popular England itu perlu membayar sekurang-kurangnya 60 […]

Tonggak KL City ‘Angkat Kaki’

KL City FC terus menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat pemain sayap Serbia, Lazar Sajcic. Sebelum ini, Sajcic dibawa masuk oleh pengendali Croatia, Miroslav Kuljanac sebagai tonggak import The City Boys untuk kempen 2024/25. Bekas pemain sayap ND Gorica itu sempat beraksi dalam beberapa perlawanan pra-musim untuk KL City. Malangnya, isu kecederaan menghalang Sajcic daripada […]