Tonggak Jordan, Mohammad Abualnadi Sertai Selangor

Tonggak Jordan, Mohammad Abualnadi secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu Selangor FC. Beliau menjadi pemain sayap kiri baharu The Red Giants untuk bersaing dalam kancah Liga Malaysia bagi musim 2024/2025. Pemain Jordan-Amerika itu memulakan kerjayanya bersama Akademi Kansas ketika berusia 18 tahun selain berkelana berada di Amerika selama lima musim. Beliau juga bermain di Piala […]
Jung Byung-ju Tinggalkan Kelantan DN

Pemain tengah Korea Selatan, Jung Byung-ju sah tidak lagi bersama pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Perkara ini disahkan pengurusan Sang Kijang Emas menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Byung-ju dan pengurusan Kelantan DN memutuskan untuk menamatkan kontrak yang dimeterai secara persetujuan bersama. Keputusan ini menyaksikan pemain tengah berusia 21 tahun […]
PDRM Bawa Masuk 3 Watak Baharu

PDRM FC menambah kekuatan pasukan itu dengan mengumumkan kehadiran tiga pemain baharu. Tiga pemain tersebut ialah Imran Samso dan dua pemain import dari Korea Selatan, Um Deuk dan Chang Jae-hyeok. Perpindahan ketiga-tiga pemain ini diumumkan pada 23 September lalu, sehari selepas tamat tarikh tutup tetingkap perpindahan kedua liga. Imran bukan asing dalam saingan Liga Malaysia […]
Kuota 4 Import Selangor Masih Kosong

Kuota 4 pemain import pasukan Liga Super, Selangor FC masih kosong. Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan bahawa slot pemain import telah ditambah menjadi 12 bagi kelab yang membawa cabaran negara di pentas Asia. Kuota tambahan ini tidak akan menjejaskan peluang pemain-pemain tempatan untuk beraksi kerana dua pemain asing tambahan ini hanya dibenarkan […]
‘Lahir Sarawak’ Dylan Groenenboom Tembusi Pasaran Liga Belanda

Anak jati kelahiran Miri Sarawak, Dylan Groenenboom kini menembusi pasaran Liga Belanda. Menurut laman Frfuturetalents, tonggak muda berusia 15 tahun itu merupakan pemain kacukan Malaysia-Belanda yang kini mula menempa nama di kancah liga Eropah. Pemain sayap kiri lincah itu menamatkan teka-teki perjalanan kariernya apabila menandatangani kontrak bersama kelab Belanda, Sparta Rotterdam B-17. Beliau memiliki peluang […]
Negeri Sembilan & Mika Junco Berpisah, Pengganti Sudah Dalam Perjalanan

Negeri Sembilan dan penyerang import, Mika Junco secara rasmi telah berpisah dan dikhabarkan pengganti beliau sudah pun berada dalam perjalanan. Pada Sabtu, Negeri Sembilan mengumumkan perpisahan dengan Mika Junco dalam satu hantaran di media sosial setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak. Peledak kelahiran Sepanyol itu hanya menyumbang satu jaringan sepanjang lapan penampilan bersama skuad […]
Selamat Tinggal Fernando Forestieri

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri mengucapkan selamat tinggal buat pasukan. Tonggak lincah kelahiran Itali itu beraksi hampir tiga musim buat skuad Harimau Selatan dan mengecapi trofi pertama dalam kariernya di sini. Beberapa siri kecederaan bagaimanapun menjejaskan rentaknya setelah terpaksa diketepikan buat beberapa kali musim ini. Pemain berusia 34 tahun itu akhirnya […]
Bekas Pemain Kedah, Moses Atede Kini Milik Kuching City

Kuching City mengumumkan ketibaan bekas tonggak utama Kedah Darul Aman, Moses Atede. Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran video di laman Facebook Kuching City yang memperkenalkan Atede sebagai rekrut terbaharu di jentera tengah. Atede tiba ke Kuching City dari Sitra Club setelah dilepaskan oleh kelab Bahrain itu pada 1 Julai yang lalu. Nama Atede bukanlah […]
Ramadhan Saifullah Sarung Jersi Kuching City

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah sah menyarung jersi Kuching City untuk baki saingan Liga Super 2024-2025. Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran video di akaun media sosial Kuching City yang memperkenalkan pemain kelahiran Johor ini sebagai muka baharu pasukan. Ramadhan yang berusia 24 tahun hanya beraksi sebanyak 3 kali sahaja bersama skuad […]
Kuching City Dapatkan Pemain Baharu

Skuad Piala MFL Kuching City FC mendapat suntikan semangat apabila penyerang skuad SUKMA Sarawak, Christopher Enting sah menyertai pasukan itu. Perpindahan penyerang muda itu disahkan pengurusan The Cats menerusi satu pengumuman ringkas di platform media sosial rasmi mereka. “Selamat datang Christopher Enting anak Simon ke Kuching City FC B-23! Pemain muda SUKMA Sarawak kini bersedia […]
3 Tonggak Kedah ‘Angkat Kaki’

3 tonggak telah membuat keputusan untuk mengangkat kaki dan meninggalkan Kedah Darul Aman. Skuad kendalian Nafuzi Zain mengejutkan ramai pihak apabila turun beraksi di Cheras berdepan KL City tanpa seorang pun tonggak utama. Misteri ketiadaan pemain utama pasukan ini diburukkan selepas beberapa pemain sudah mula meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan kedua. Kapten Sang Kenari, Habib […]
Kalamullah Al-Hafiz Sertai Selangor

Selangor FC memperkuat bahagian penjaga gol mereka dengan merekrut penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi. Perpindahan ini diumumkan pengurusan Merah Kuning menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan itu. “Skuad Gergasi Merah berbesar hati mengumumkan penjaga gol baharu, Kalamullah Al-Hafiz yang berusia 29 tahun untuk mengharungi baki musim […]
Dua Penjaga Gol Malaysia Dijangka Bawa Diri Ke Kelab Baharu

Dua penjaga gol Malaysia dijangka membawa haluan ke kelab baharu. Baru-baru ini, tular penjaga gol Kedah Darul Aman, Kalamullah Al-Hafiz telah meninggalkan pasukan atas bersetujuan bersama. Tonggak utama Sang Kenari itu menjadi watak penting di bawah kendalian Nafuzi Zain namun membuat keputusan untuk membawa haluan baharu. Beliau dijangka bakal membawa diri ke Lembah Klang untuk […]
Import Jordan Dalam Perjalanan Ke Selangor, Pengganti Segera Reziq?

Seorang import Jordan difahamkan dalam perjalanan ke Selangor dan berpotensi menjadi pengganti segera Reziq Bani Hani. Pemain berusia 22 tahun itu meninggalkan Gergasi Merah secara mengejut untuk pulang beraksi di Jordan bersama Al-Hussein SC. Tonggak lincah itu bersaing hebat untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan hanya membuat 7 penampilan dalam saingan Liga Super […]
Washington Brandao Milik Kelantan DN

Bekas penggempur PJ City FC, Washington Brandao sah memperkuat jentera serangan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Perpindahan ini disahkan pengurusan Kijang Emas menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi mereka. “Kelantan Darul Naim FC menandatangani penyerang kelahiran Brazil, Washington Brandao pada perpindahan kedua Liga Malaysia 2024. Pemain berusia 34 tahun ini pernah beraksi […]
Kalamullah Al-Hafiz Menuju Ke Selangor?

Penjaga gol utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dilaporkan bakal berkelana ke Selangor FC. Ini selepas khabar angin perpindahan berkenaan dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di platform X pada 13 September lalu. “Perpindahan besar! Penjaga gol kebangsaan Kalamullah difahamkan sudah menamatkan kontrak bersama Kedah Darul Aman untuk […]