Bintang JDT, De Paula Sah Beraksi Di Liga M3 Bersama Melaka

Penyerang Johor Darul Ta’zim, Guilherme De Paula bakal membuat penampilannya bersama Melaka dalam saingan Liga M3 musim ini. Perkara ini dikongsikan oleh Melaka United Media yang membuat hantaran di lama Facebook mengenai senarai 25 pemain Melaka FC. Beliau difahamkan menyertai Melaka secara pinjaman. De Paula antara tiga penyerang Melaka FC yang disenaraikan berserta Mohammad Fakhrul […]

Leonardo Rolon Pemain Import Terakhir Kelantan

Selepas mengesahkan perpindahan Carli de Murga dan Ismahil Akinade, ramai menyangka Kelantan membawa seorang penyerang Australia sebagai pemain import terakhir mereka. Tetapi hari ini, pemilik pasukan Norizam Tukiman mengesahkan Leonardo Rolon sebagai pemain import kesembilan The Red Warriors. Hal ini dinyatakan beliau dalam beberapa hantaran Facebook beberapa jam lepas. Menurut Norizam, Rolon dipilih sebagai pengganti […]

Bintang Filipina, Omid Nazari Sertai Terengganu

Selepas pemain Filipina, Luke Woodland memilih meninggalkan Terengganu secara persetujuan bersama, skuad Peteh berusaha mencari pengganti pemain tersebut. Hari ini, pengurusan Penyu mengesahkan mereka telah mendapatkan khidmat pemain tengah Filipina berdarah Iran, Omid Nazari. Perpindahan bekas pemain Malmo FF itu diumumkan Terengganu menerusi laman media sosial mereka hari ini. Sebelum ini, Nazari pernah bermain bersama […]

PDRM Berbesar Hati Lengkapkan Kuota 9 Pemain Import

Dengan Liga Super bakal bermula esok menerusi Perlawanan Sumbangsih, pasukan-pasukan mula memuktamadkan senarai pemain import masing-masing. Dan semalam, PDRM telah melengkapkan sembilan pemain import untuk musim 2023. Dua pemain yang melengkapkan senarai awang import Sang Saka Biru ialah Jacque Faye dan Chukwu Nnabuike Chijioke. Faye, 26, beraksi di bahagian tengah dengan Chijioke, 29, pula merupakan […]

Safuwan Baharudin Milik Negeri Sembilan

Pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin sah perkuat Negeri Sembilan bagi saingan Liga Super musim 2023.  Perkara ini diumumkan oleh Negeri Sembilan sebentar tadi. Safuwan Baharudin jadi pemain terakhir yang menyertai skuad Jang sebelum tamat jendela perpindahan. Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal di Twitter miliknya menyatakan perpindahan Safuwan yang sebelum ini tertangguh. Beliau merupakan pemain yang […]

Perak Sapu 3 Import Dari Korea

Dengan Liga Super bakal bermula dalam tempoh beberapa hari lagi, Perak dilihat mempertimbang semula pendirian hanya menggunakan tiga pemain import untuk saingan musim ini. Ini selepas mereka mengikat tiga pemain import dari Korea Selatan semalam. Tiga pemain tersebut ialah Lee Joo-han, Sim Hyun-ki dan Seo Sun-ung. Joo-han, 21, beraksi di bahagian tengah dengan Hyun-ki, 22, […]

Bojan Hodak Sambar Saravanan Perkukuh Serangan KL City

Barisan serangan KL City dijangka lebih tajam menjelang saingan Liga Super yang bermula pada minggu hadapan. Ini selepas City Boys berjaya mendapatkan pemain sayap T. Saravanan. Perpindahan bekas pemain sayap Selangor II itu diumumkan KL City menerusi laman media sosial mereka hari ini. Sebelum ini, sudah ada ura-ura Saravanan sudah menjadi sebahagian daripada KL City […]

Negeri Sembilan Sambar Bekas Peledak Berbisa Penang

Ramai menyangka pencarian awang import Negeri Sembilan sudah berakhir dengan Levy Madinda dan Ezechiel N’Douassel. Tetapi hari ini, skuad Hoben Jang Hoben dikhabarkan akan merekrut bekas pemain Penang, Casagrande. Perkhabaran ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapan di Twitter hari ini. Casagrande dijangka bakal bergandingan dengan N’Douassel di bahagian serangan. […]

Sabah Bawa ‘Teman’ Park Tae-su Ke Likas

Perlawanan terakhir pra-musim Sabah menentang Tampines Rovers bukan sekadar menutup program pra-musim mereka. Malah, ini juga peluang skuad Badak mengumumkan kehadiran pemain import terbaru mereka, Ko Kwang-min. Pengumuman awang import dari Korea Selatan itu dibuat di laman Facebook Sabah semalam. Malah, kelab lamanya, FC Seoul turut mengumumkan perpindahan bek kiri berusia 34 tahun itu. Kwang-min […]

JDT Lepaskan Jonathan Herrera

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah tentu mempunyai sebab yang munasabah apabila mereka dikatakan melepaskan penyerang berbisa dari Argentina, Jontahan Herrera selepas beberapa musim dipinjamkan ke pasukan lain. Hasil tinjauan di laman web transfermarkt, Herrera telah dilepaskan JDT dan kini merupakan pemain baharu kelab divisyen dua Argentina, Ferro Carril Oeste. Herrera juga berkongsi berita perpindahan […]

Bekas Penyerang Berbisa Kelantan Masih Rindukan Pasukan?

Bekas penyerang berbisa pasukan Kelantan FC, Nixon Guylherme Brizolara mengakui beliau masih rindukan aura luar biasa di Kota Bharu. Penyerang kelahiran Brazil itu merupakan tunjang utama buat jentera serangan The Red Warriors musim lalu namun terpalit dengan beberapa siri kecederaan. Beliau akhirnya tidak dapat meneruskan aksi bersama pasukan dan kini tidak lagi berada dalam senarai import […]

Yohandry Orozco Sah Import Ke-8 Selangor

Spekulasi siapa awang import kelapan Selangor akhirnya terjawab hari ini. Ini selepas Gergasi Merah mengumumkan perpindahan pemain tengah Venezuela, Yohandry Orozco di laman media sosial mereka hari ini. Kehadiran pemain tengah ini melengkapkan lapan pemain import yang dimahukan jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe. Selain Orozco, Selangor turut membawa masuk Ayron Del Valle, Rauf Salifu […]

Bilangan Import Kuching City Menggerunkan

Tatkala sesetengah pasukan Liga Super memilih berhemah dalam soal pemain import, Kuching City pula memilih jalan sebaliknya. Ini kerana kelab yang berpangkalan di Kuching, Sarawak itu menggunakan lapan pemain import untuk saingan liga musim ini. Selain mengekalkan khidmat Abu Kamara dan Yuki Tanigawa, Il Gatto turut membawa masuk enam pemain import baru termasuk penjaga gol […]

Bintang Myanmar, Kyaw Min Oo Mahu Ikut Jejak Rakannya Di Selangor

Pemain import terbaru PDRM FC, Kyaw Min Oo tekad mahu mengikut jejak langkah rakan senegaranya, Hein Ttet Aung yang beraksi di Selangor. Beliau merupakan pemain ketiga daripada Myanmar yang berkelana di Liga Malaysia selepas Hein Ttet Aung dan seorang lagi baru sahaja sertai penang FC, Zaw Min Tun. ‘Saya mahu ikut jejak langkah Hein Ttet […]

Bekas Pertahanan La Liga, Miguel Cifuentes Rasmi Sertai Kelantan

Bekas pemain pertahanan La Liga, Miguel Cifuentes secara rasminya menyertai gergasi Pantai Timur, Kelantan FCz Pemain berusia 32 tahun itu merupakan antara pemain berprofil tinggi yang pernah dimaklumkan oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham akan memperkuatkan pasukan. Hal ini telah pun disahkan olehnya sendiri apabila pemain kelahiran Sepanyol itu secara rasminya bakal mengisi kuota […]

Pemain Import JDT, Levy Madinda Sertai Negeri Sembilan

Selepas mengumumkan Herold Goulon dan Ezechiel Ndouasel sebagai pemain import mereka, Negeri Sembilan sedikit berahsia tentang identiti awang import ketiga mereka. Hari ini, Levy Madinda sah menjadi awang import terbaru skuad Hoben Jang Hoben. Hal ini disedari oleh ramai pengguna laman media sosial termasuk wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam apabila skuad Jang mengumumkan kesebelasan […]