Rasmi: Liridon Krasniqi Perkuat Terengganu

Bekas pemain kebangsaan, Liridon Krasniqi sah memperkuat pasukan Terengganu bagi saingan Liga Super 2023 musim ini. Perkara ini diumumkan oleh kelab Terengganu sebentar tadi. Liridon mengikat kontrak setahun bersama skuad Penyu dengan status pemain pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim. Sebelum ini, beliau beraksi di Liga Thailand selama separuh musim bersama kelab Khon Kaen United dan […]

Pertahanan Gergasi Sepanyol, Miguel Cifuentes Dalam Perjalanan Sertai Kelantan

Pasukan gergasi Pantai Timur, Kelantan FC difahamkan sedang menunggu ketibaan bekas pertahanan Malaga CF ketika ini. Pemain tersebut difahamkan ialah Miguel Sifuentes yang juga merupakan anak jati kelahiran Sepanyol. Hal ini telah pun disahkan sendiri oleh pemilik The Red Warriors, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham. Beliau yang memuat naik satu hantaran di laman […]

Nooa Laine Kekal Beraksi Di Eropah

Pemain kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine telah menyambung kontrak baharu selama satu musim bersama kelab SJK Seinäjoki. Beliau akan terus kekal beraksi di Liga Utama Finland (Veikkausliiga) sehingga penghujung musim 2024 dan juga diberi tawaran untuk menyambung kontrak hingga musim 2025. Ini merupakan musim ketiga pemain tengah muda ini bersama SJK sejak menyertai kelab tersebut tahun […]

Akhyar Rashid Kekal Bersama JDT

Masa depan pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid sebelum ini menjadi perhatian apabila beliau dikatakan akan berhijrah demi mencari minit permainan. Apatah lagi, Piala Asia 2023 akan berlangsung pada Jun nanti. Namun begitu, JDT difahamkan tidak akan melepaskan Akhyar ke mana-mana kelab dan akan terus bersama JDT bagi menghadapi saingan domestik dan […]

Rasmi: Luqman Hakim Diumumkan Pemain Baru Kelab Iceland, Njardvik

Pemain muda negara yang berkelana di eropah, Luqman Hakim Shamsudin disahkan bakal berkelana ke negara Iceland bagi menyertai pasukan Njardvik yang beraksi dalam kasta kedua dalam hirarki Liga Bolasepak Iceland. Luqman yang bakal menginjak ke usia 21 tahun pada Mac nanti difahamkan telah bersetuju untuk ke Njardvik bagi proses pinjaman dari KV Kortrijk untuk tempoh […]

Mahmoud Al-Mardi Batalkan Kontrak Bersama Negeri Sembilan?

Bekas pemain Kedah Darul Aman FC, Mahmoud Al-Mardi sebelum ini acap kali dikaitkan dengan perpindahan ke Negeri Sembilan FC bagi mengharungi Liga Super 2023 yang bakal bermula 24 Februari ini. Namun begitu, hasrat penyokong pasukan Negeri Sembilan untuk melihat pemain kebangsaan Jordan itu beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dilihat sudah tertutup rapat apabila […]

Mario Arques Kembali Ke Kelantan

Pada ketika ini, kebanyakan pasukan sedang memperkemaskan skuad mereka bagi menghadapi saingan Liga Super 2023 yang dijangka bermula 24 Februari depan. Tidak ketinggalan ialah pasukan Kelantan FC. Selepas berjaya menandatangani penyerang dari Gambia, Nuha Marong, Kelantan berjaya mendapatkan semula khidmat bekas pemain mereka pada musim 2021, Mario Arques. Kehadiran semula arkitek berusia 31 tahun dari […]

Hilang Syihan, Negeri Sembilan Garang Berbelanja

Menjelang musim baharu yang dijangka akan bermula bulan hadapan, Negeri Sembilan sudah membawa masuk beberapa pemain berpengalaman seperti Mahali Jasuli, Hasbullah Abu Bakar, Hafiz Ramdan dan Shahrel Fikri. Dalam masa yag sama, mereka juga mengekalkan Zaquan Adha sebagai ketua pasukan. Dengan penjaga gol utama mereka, Syihan Hazmi yang sah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk […]

Liridon Krasniqi Tidak Lagi Bersama Khon Kaen United?

Pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi atau lebih dikenali sebagai ‘Mat Don’ difahamkan bakal meninggalkan kelab Thailand, Khon Kaen United.  Pemain berusia 31 tahun itu tidak tersenarai dalam 29 pemain skuad Khon Kaen United bagi mengharungi pusingan kedua Thai League musim 2022/23. Jika benar, ini bermakna bekas pemain kebangsaan itu hanya beraksi bersama kelab tersebut bagi […]

Ramon Marcote Sah Ke Selangor

Dengan saingan Liga Malaysia bakal bermula bulan hadapan, banyak pasukan sedang membuat penambahbaikan dari segi kemasukan pemain dan jurulatih baharu. Selangor FC juga tidak terkecuali daripada melakukannya. Sebentar tadi, Selangor membuat kejutan dengan membawa masuk bekas pengendali pasukan Kedah dari Sepanyol, Ramon Marcote. Marcote dibawa masuk ke Selangor sebagai pembantu jurulatih kedua buat pengendali Selangor, […]

Sabah Sambar Daniel Ting Dari JDT

Pemain pertahanan kiri kacukan Malaysia-England, Daniel Ting telah pun disahkan menyertai pasukan Sabah FC dalam mengharungi saingan Liga Malaysia 2023. Daniel Ting hadir ke Sabah dari kelab gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun begitu, status perpindahan sama ada perpindahan tetap atau pinjaman masih belum diumumkan oleh pihak pengurusan Sabah. Hadir ke JDT […]

Aidil Sharin Kini Jurulatih Persikabo 1973

Selepas meninggalkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Oktober tahun lalu, Aidil Sharin Sahak hari ini disahkan menjadi pengendali baharu bagi kelab yang beraksi di Liga 1 Indonesia, Persikabo 1973. Pengendali berusia 46 tahun dari Singapura itu akan mengendalikan pasukan untuk pusingan kedua Liga 1 Indonesia. Perkara tersebut dikongsikan oleh pihak kelab melalui […]

Manuel Hidalgo Kongsi Mengapa Pilih Kedah

Pemain import baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Hidalgo telah tiba di Alor Setar, Kedah sebentar tadi dengan disambut pemilik saham majoriti kelab, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, CEO Kedah FC, Khamal Idris Ali dan segelintir penyokong-penyokong setia pasukan Kedah. Selepas selesai sesi bergambar dengan para penyokong di Lapangan Terbang Sultan Abdul […]

FK Jablonec Ucap Selamat Tinggal Kepada Dion Cools

Pemain datang dan pergi sememangnya lumrah dalam dunia bola sepak. Itu yang terjadi kepada pemain bintang Harimau Malaya, Dion Cools. Selepas menamatkan kontrak bersama kelab gergasi Denmark, FC Midtjylland, beliau berhijrah ke Liga Republic Czech dengan menyertai FK Jablonec pada September tahun lalu. Namun jodohnya bersama Jablonec tidak kekal lama apabila sebentar tadi, pihak kelab […]

Ong Kim Swee Kongsi Status Sebenar Saddil Ramdani

Sebelum ini timbul desas-desus yang mengaitkan perpindahan pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani dari Sabah FC. Saddil dikatakan akan melebarkan sayapnya ke bumi eropah. Berita perpindahan itu telah tersebar ketika Liga Malaysia 2022 sedang berjalan. Namun bintang Indonesia itu kekal fokus mempamerkan aksi terbaik beliau bersama Sabah FC sehingga perlawanan terakhir pasukan ‘Sang Badak’ itu. Terkini, […]

Pengganti Pape Diakite Sudah Tiba Di Terengganu

Selepas membawa masuk Sony Norde dan Adisak Kraisorn, Terengganu FC kini dikatakan semakin hampir untuk membawa masuk pemain dari Uzbekistan, Sardor Kulmatov yang kini beraksi untuk Sogdiana Jizzakh bagi menguatkan pasukan menjelang musim 2023. Berita perpindahan Kulmatov bukanlah sesuatu yang baharu buat peminat skuad ‘Sang Penyu’ apabila sebelum ini pemilik akaun twitter, @_UzbekFootball ada berkongsi […]