Bintang Import Kelantan Angkat Kaki

Pemain import Kelantan FC dari Sepanyol, Miguel Cifuentes mengesahkan bahawa perlawanan Liga Super menentang Kelantan United semalam adalah perlawanan terakhir beliau buat skuad ‘The Red Warriors’ itu. Perlawanan terakhir Cifuentes itu menyaksikan Kelantan tewas 1-4 kepada Kelantan United. Cifuentes diturunkan sebagai pemain utama dan beraksi di posisi tengah menyerang sebelum dikeluarkan pada minit ke-73 perlawanan. […]
Nor Hakim Hassan Sertai Terengganu

Selepas meninggalkan Selangor secara persetujuan bersama beberapa hari lepas, ramai ingin tahu destinasi Nor Hakim Hassan seterusnya. Hari ini, Terengganu secara rasmi memperkenalkan pemain sayap berusia 31 tahun itu sebagai pemain baru mereka. Pengumuman perpindahan Nor Hakim ke skuad Peteh diumumkan dalam laman media sosial rasmi pasukan itu. Kehadiran Nor Hakim dijangka menambah pilihan jurulatih […]
Andres Iniesta Bakal Sertai Liga 1 Thailand?

Selepas mengesahkan akan meninggalkan Vissel Kobe pada Jun ini, ramai ingin tahu destinasi seterusnya yang bakal dituju legenda Sepanyol, Andres Iniesta. Kini, wujud ura-ura yang mendakwa jeneral tengah berusia 37 tahun itu akan berpindah ke Thai League 1. Menurut SNE Sports, sudah ada beberapa pasukan yang tidak dinamakan dari liga tersebut mahu mendapatkan khidmat bekas […]
Ten Hag Mahu Dapatkan Pesaing De Gea

Manchester United mengakhiri musim 2022-2023 dengan pencapaian tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Carabao Cup. Tetapi bagi pengurus Erik ten Hag, beliau tahu untuk United lebih berjaya musim hadapan, pasukan memerlukan seorang penjaga gol baru untuk bersaing dengan David de Gea. Hal ini disahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Ten Hag melihat dengan […]
Manchester United & Newcastle Mahu Dapatkan Khidmat ‘Musuh’ Harimau Malaya Di Piala Asia

Dengan tamatnya kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, fokus semua pasukan ialah memperkuat pasukan masing-masing untuk musim 2023-2024. Dan difahamkan Manchester United dan Newcastle United mahu mendapatkan bek tengah Napoli, Kim Min-jae. Berdasarkan ciapan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano di Twitter, nama bek tengah Korea Selatan itu kini dalam radar dua kelab EPL tersebut. […]
Bintang Piala AFF Harimau Malaya Tinggalkan Selangor

Dengan tetingkap pasaran perpindahan kedua bakal menjelang tidak lama lagi, pasukan-pasukan Liga Super mula menentukan pemain mana yang patut dikekalkan. Dan semalam, Selangor bersetuju menamatkan kontrak pemain sayap Harimau Malaya, Nor Hakim Hassan secara persetujuan bersama. Perkara ini diumumkan Red Giants menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka semalam. Malah, ia turut didedahkan […]
Ejen Faisal Halim Bersuara Mengenai Perpindahan Faisal Halim Ke Korea

Hari ini, bola sepak Malaysia kecoh apabila pemain sayap Selangor, Faisal Halim dikaitkan dengan perpindahan ke Korea Selatan. Dan beberapa jam selepas cerita ini didedahkan oleh Astro Arena, ejennya, Joe Berbatov mengulas tentang perpindahan terbabit. Beliau hanya mengulangciap cerita perpindahan tersebut yang dibawa wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dengan ayat ini, “Show me the […]
Faisal Halim Dirisik Dua Kelab Gergasi Korea

Selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan di peringkat antarabangsa, tidak hairanlah kelab-kelab luar mula merisik khidmat pemain-pemain Harimau Malaya. Salah seorang daripadanya ialah pemain sayap Selangor, Faisal Halim. Ini berdasarkan video temubual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dengan ejen bola sepak dari Korea Selatan, Leo Jeong yang dimuatnaik di laman media sosialnya hari ini. Difahamkan, kelincahan bekas […]
Dua Kelab Pantai Timur Jadi Destinasi Safawi Rasid

Semalam, pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengumumkan statusnya sebagai pemain pinjaman di Ratchaburi sudah berakhir. Tidak lama selepas pengumuman tersebut dibuat, sudah ada ura-ura dua pasukan dari Pantai Timur bakal dipilih sebagai pasukan barunya. Hal ini dinyatakan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapan di Twitter semalam. Kehadiran semula […]
CEO Perak FC Nafi Bawa Masuk Bekas Import JDT

Biarpun Perak FC kini berada di kedudukan ke-11 Liga Super, namun masih awal bagi pihak pengurusan untuk menekan butang panik memandangkan banyak lagi perlawanan yang perlu dilalui sebelum musim 2023 ini tamat. Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh segelintir penyokong Perak kepada pihak pengurusan bagi memantapkan pasukan yang dikenali dengan gelaran ‘The Bos Gaurus’ itu. Antara […]
Carli De Murga Tinggalkan Kelantan, Sertai Kelab Liga 1 Indonesia

Pertahanan Kelantan FC, Carli De Murga difahamkan sudah tidak lagi bersama apsukan bagi saingan musim ini. Pemain kelahiran Filipina itu menyertai The Red Warriors pada musim 2023 daripada gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) namun hanya kekal sebentar sahaja. Menerusi satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 34 tahun itu […]
Al-Hilal Tawarkan Lionel Messi Gaji RM1.7 Bilion Ke Arab Saudi

Dengan kontrak Lionel Messi dijangka tamat akhir musim ini, kelab-kelab mula berebut mendapatkan khidmat legenda Argentina itu. Terbaru, kelab Arab Saudi, Al-Hilal bersedia menawarkan gaji berjumlah €400 juta (RM1.7 bilion) setahun untuk bekas penyerang Barcelona itu. Tawaran tersebut didedahkan oleh wartawan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano di laman media sosialnya semalam. Al-Hilal yang sedang mendahului […]
Bekas Bintang Kedah, Mahmoud Al-Mardi Sertai Qadsia Sports Club Di Kuwait

Selepas dilepaskan Kedah pada akhir musim lepas, ramai tertanya-tanya destinasi terbaru pemain sayap Jordan Mahmoud Al-Mardi. Kini, Mahmoud menyambung karier permainannya bersama Qadsia Sports Club yang berpangkalan di Kuwait. Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan pemain sayap berusia 27 tahun itu bakal menyertai Negeri Sembilan. Khabar angin tersebut membuatkan ramai penyokong Hoben Jang Hoben […]
Pemain Sayap Pohang Steelers Sertai Sri Pahang

Selepas Fandi Ahmad mendedahkan Sri Pahang berjaya mendapatkan dua awang import dari Korea Selatan, ramai ingin tahu siapa pemain yang dimaksudkan. Salah seorang daripadanya ialah bekas pemain sayap kanan Pohang Steelers, Lee Ji-yong. Menurut akaun peminat @Pohang_EN, Ji-yong merupakan sebahagian daripada kumpulan pemain yang dilepaskan Steelers pada Disember tahun lepas. Ini menjadikannya sebagai ejen bebas […]
Bekas Bintang Sabah, Taiki Kagayama Sertai Samgurali Di Georgia

Dengan Park Tae-soo dan Saddil Ramdani dikekalkan sebagai awang import Sabah musim 2023, ramai tertanya-tanya pasukan seterusnya yang diwakili Taiki Kagayama. Hari ini, penyerang import Jepun itu mendedahkan pasukan barunya iaitu FC Samgurali (Georgia). Dalam hantarannya di Instagram, Kagayama merasa gembira dapat menyertai Samgurali yang merupakan antara kelab terbesar di negara itu. Dia berharap kehadirannya […]
Sri Pahang Sempat Sambar Dua Bintang Korea Sebelum Tamat Jendela Perpindahan?

Dengan tetingkap perpindahan Liga Malaysia (Liga M) bakal ditutup tidak lama lagi, pasukan-pasukan perlu bergegas mendapatkan pemain sasaran mereka. Dan Sri Pahang sempat menambah awang import mereka dengan menyambar dua pemain Korea. Hal ini disahkan oleh jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi selepas perlawanan Liga Super Negeri Sembilan-Pahang di […]