Bekas Bintang Real Madrid Sudah 7 Bulan Menganggur Tanpa Kelab

Bekas bintang Real Madrid, Isco Alarcón kini sudah 7 bulan bergelar ejen bebas tanpa kelab setelah Isco menamatkan kontrak bersama Sevilla pada Disember 2022 yang lalu. Isco berjaya memenangi 5 kali kejuaraan UCL sepanjang 9 tahun bersama Real Madrid. Nilai pasaran Isco dahulu pernah mencecah €90 juta sewaktu Isco menikmati musim yang cemerlang pada tahun […]

Bekas Pertahanan Manchester United Sertai Al-Nassr

Bek kiri Manchester United dan Brazil, Alex Telles semakin hampir menyertai Cristiano Ronaldo di Al-Nassr. Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan persetujuan lisan telah dicapai antara Red Devils dan Al-Alami berkenaan perpindahan tersebut. Ia dijangka dimuktamadkan selepas kedua-dua pihak meneliti semua maklumat yang dipersetujui. Al-Nassr berharap dapat memperkenalkan Telles bersama seorang lagi pemain baru mereka […]

Hadi Fayyadh Bakal Sertai PDRM FC?

Selepas diketepikan daripada skuad utama Perak FC, Hadi Fayyadh dilaporkan bakal sertai pasukan PDRM FC bagi jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2023 ini. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuaimi yang menyatakan bahawa PDRM FC berminat untuk mendapatkan bekas penyerang kebangsaan itu secara pinjaman. Walaubagaimanapun, semuanya masih dalam fasa rundingan dan tiada kata […]

Dua Import Korea Selatan Hilang Tempat Di Sri Pahang FC

Pasukan dari pantai timur, Sri Pahang FC hari ini mengumumkan telah melepaskan dua pemain import dari Korea Selatan iaitu Lee Jeong Geun dan Lee Ji Yong.  Menurut kenyataan daripada Sri Pahang FC, kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak secara persetujuan bersama. Jodoh kedua pemain import Korea Selatan ini bersama Sri Pahang hanya bertahan selama tiga bulan sahaja. […]

Kuching City Menang Persaingan Dapatkan Nurshamil

Bekas penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani memilih untuk kekal di Liga Super dengan menyertai Kuching City FC. Ini sekaligus meranapkan impian pasukan Liga M3, Harini FT untuk merekrut bekas penjaring terbanyak Liga Premier musim 2021 itu. Perkara ini dikongsikan menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter hari ini. Sekiranya perpindahan tersebut […]

Penjaga Gol Harimau Malaya Jadi Buruan Selangor

Kelab gergasi Liga Super, Selangor FC difahamkan sedang memburu khidmat penjaga gol Malaysia bagi memantapkan saingan pada posisi tersebut. The Red Giants kini dalam usaha untuk mencari sosok yang paling layak untuk mengisi penjaga gawang selepas aksi kurang memberangsangkan oleh pemain sedia ada. Selain itu, pesaing sengit diperlukan untuk memberi cabaran kepada dua orang penjaga […]

Safuwan Baharudin Harap Penyokong Selangor Dapat Terima Beliau Semula

Selangor FC hari ini mengumumkan kemasukan semula pemain tengah kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin bagi memperkuatkan pasukan bagi harungi saingan baharu Liga Super 2023. Pemain berusia 31 tahun ini berharap agar penyokong-penyokong Selangor dapat menerima dirinya kembali. Beliau akui tidak pernah meninggalkan Selangor.  “Saya rasa saya tidak tinggalkan pasukan pun, kecederaan yang lalui pada 6 bulan […]

Terengganu Lepaskan Bintang Import, Domagoj Pušić

Pasukan Liga Super Terengganu FC membuat keputusan untuk melepaskan pemain import mereka dari Croatia, Domagoj Pusic. Perkara tersebut dikongsikan di media sosial rasmi kelab sebentar tadi. Ini bermakna jodoh Pusic bersama Terengganu hanya bertahan untuk enam bulan sahaja. Januari lalu, Pusic hadir ke Terengganu bersama seorang lagi pemain import dari Croatia, Ivan Mamut yang beraksi […]

Faiz Nasir Tinggalkan Terengganu

Pemain sayap Terengganu FC, Faiz Nasir difahamkan telah menyertai satu lagi pasukan yang berpangkalan di pantai timur secara pinjaman iaitu Kelantan United FC. Menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter, keputusan tersebut dibuat bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan. Ini kerana terdapat ramai pemain yang bersaing di bahagian tengah Terengganu FC terutama […]

Satu Lagi Kelab ‘Besar’ Liga Super Mahu Sambar Azam Azmi

Saga perpindahan pemain sensasi Terengganu FC, Azam Azmi masih belum tamat tatkala sebuah lagi pasukan Liga Super sedang memburu khidmat. Beberapa hari kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai masa depan pemain yang mesra disapa ‘Aney’ ini apabila beliau dikatakan mahu dilamar oleh sebuah kelab gergasi Liga Super. Menerusi pengesahan oleh agen pemain kelahiran Penang ini menyatakan […]

Dua Kelab Dari Liga Berbeza Intai Khidmat Nurshamil

Selepas mengumumkan perpisahan bersama Kelantan, Nurshamil Abd Ghani kini menjadi pemain berstatus ejen bebas. Menurut kenyataan daripada wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal, penyerang kelahiran Melaka ini diintai oleh dua kelab dari dua liga yang berbeza.  Antaranya adalah pasukan dari Liga Super, Penang FC dan pasukan dari Liga M3, Harini FT.  Beliau sertai Kelantan pada musim […]

Safuwan Baharudin Bakal Kembali Ke Selangor?

Pemain pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin diura-ura bakal menyarung kembali jersi pasukan Selangor FC. Ini selepas bekas bek tengah Sri Pahang FC itu sah meninggalkan Negeri Sembilan FC secara persetujuan bersama hari ini. Menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter hari ini, Safuwan lebih memilih untuk kekal beraksi di Liga Malaysia (Liga M). […]

Nurshamil & Kelantan Akhirnya Berpisah

Penyerang kelahiran Melaka, Nurshamil Abd Ghani akhirnya mengumumkan perpisahan dengan Kelantan FC malam tadi. Menurut kenyataan di laman sosial Instagram Nurshamil, pihak TRW Kelantan melepaskannya dengan persetujuan bersama. “Terima Kasih kepada Kelantan melepaskan saya dengan persetujuan bersama. “Terima kasih juga beri saya peluang dan ruang selama saya bersama pasukan Kelantan FC dan mencapai sesuatu yang […]

Penjaga Gol Ini Bakal Dijual RM120 Juta Walaupun Gagal Tembusi Skuad Guardiola

Penjaga gol Manchester City, James Trafford dijangka akan dijual kepada kelab lain dengan tanda harga yang ditetapkan adalah RM120 juta. Ianya mungkin agak aneh kerana Trafford masih belum beraksi bersama skuad utama Manchester City kendalian Pep Guardiola. Namun Trafford berjaya menutup pengkritik dengan aksi membanggakan dalam Kejohanan EURO Bawah 21 Tahun yang mana menyaksikan England […]

Sebuah Kelab Gergasi Liga Super Sedia Tebus Kontrak Azam Azmi

Sebuah kelab elit Liga Super difahamkan mahu mendapatkan khidmat pertahanan kanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad Peteh sejak beberapa musim kecemerlangan ini dan memainkan peranan yang cukup penting. Bintang muda kelahiran Penang ini bagaimanapun mula mendapat perhatian salah sebuah kelab besar di Liga Super yang […]

Jordan Mintah Bakal Perkuat Kuching City?

Selepas disisihkan ke skuad Piala MFL Terengganu FC, Jordan Mintah kini dikhabarkan bakal menyertai kelab Liga Super, Kuching City FC. Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Ketika ini, rundingan sedang dijalankan bagi membolehkan Mintah menyertai Il Gatto secara pinjaman. Sekiranya perpindahan ini direalisasikan, penyerang Ghana itu bakal menambah ketajaman di bahagian […]