Terengganu Sambar Pemain Tengah Uzbekistan

Akhirnya, Terengganu FC memanfaatkan tetingkap perpindahan kedua dengan membawa masuk pemain tengah Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov. Perpindahan bekas pemain FC Neftchi Fergana itu disahkan pengurusan Peteh menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Tukhtasinov dijangka mengisi slot bahagian tengah menyerang yang dimahukan jurulatih Penyu, Tomislav Steinbruckner dalam pasukan. Beliau pernah dinobatkan sebagai antara […]
Kapten Kelantan Bakal Sertai PDRM?

Selepas meninggalkan Kelantan FC secara persetujuan bersama, Mario Arques bakal beraksi dengan satu lagi kelab Liga Super. Pemain tengah Sepanyol itu dikhabarkan bakal menyertai PDRM FC. Khabar perpindahan ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi beberapa jam lepas. Rundingan antara Arques dengan pengurusan Sang Saka Biru dilaporkan lancar dan kini berada di peringkat akhir […]
David De Gea Tinggalkan Manchester United

Penjaga gol kelahiran Sepanyol, David De Gea akhirnya meninggalkan Manchester United setelah 12 tahun bersama kelab tersebut. Menurut Fabrizio Romano, Manchester United kini mahukan Andre Onana selaku penjaga gol utama bagi saingan musim hadapan. De Gea yang menyertai Manchester United pada tahun 2011 telah merekodkan 664 penampilan secara keseluruhan bersama kelab dan turut pernah memenangi […]
Manchester United Buru Penjaga Gol Asia

Selepas melepaskan penjaga gol David de Gea, ramai penyokong Manchester United ingin tahu siapa calon penjaga gol utama Red Devils selepas ini. Pasukan yang dibimbing Erik ten Hag itu memilih pendekatan lain dari yang lain dengan memburu penjaga gol Urawa Red Diamonds, Zion Suzuki. Menurut laporan akhbar Sponichi, United menghantar bidaan formal berjumlah £5 juta […]
Penyerang Brazil Jadi Sandaran Gol Sri Pahang

Hasrat Sri Pahang FC mencari penyerang baru sebagai sokongan kepada Kpah Sherman akhirnya tercapai hari ini. Ini selepas penyerang Brazil, Rafael Silva sah menyertai skuad Tok Gajah. Pengumuman perpindahan dibuat Sri Pahang FC menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini. Ia turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. “Kelab berbesar hati mengumumkan telah menandatangani […]
Radamel Falcao Sambung Kontrak Bersama Rayo Vallecano?

Hasrat untuk melihat penyerang Colombia, Radamel Falcao beraksi di Liga Malaysia dilihat samar apabila beliau dijangka menyambung kontraknya bersama Rayo Vallecano. Pemain yang sering dikaitkan ke JDT ini telah hadir dan melawat fasiliti kelab Johor Darul Ta’zim baru-baru ini. Bagaimanapun hingga kini masih belum ada kenyataan rasmi atau kata putus berkaitan perpindahan penyerang berusia 37 […]
Dominic Szoboszlai Tambah Sengat Jentera Tengah Liverpool

Liverpool kini telah memuktamadkan perpindahan seorang lagi pemain tengah yang sedang meningkat naik, Dominic Szoboszlai dari RB Leipzig. Kepincangan Liverpool di bahagian tengah musim lalu jelas menjadi penanda aras buat Jurgen Klopp untuk memperkuatkan lagi barisan tengah The Reds. Hadir dengan tag harga €70 juta dan tawaran kontrak 5 tahun bersama Liverpool, Szoboszlai merupakan pemain […]
Dua Kelab Liga Super Berebut Norshamil

Dua pasukan Pantai Timur difahamkan mahukan khidmat Norshamil Abd Ghani bagi jendela perpindahan kedua. Menerusi perkongsian oleh Astro Arena, penyerang kelahiran Melaka itu ditagih oleh beberapa pasukan namun Sri Pahang difahamkan mendahului saingn untuk mendapatkan pemain ini. Hasrat tersebut bagaimanapun mungkin terpaksa dilupakan selepas pihak pengurusan Kelantan difahamkan masih mahu pemain ini kekal. Beliau menjadi […]
Kapten Tajikistan Hampir Pasti Ke Terengganu

Pasukan Liga Super, Terengganu FC rancak melakukan persiapan bagi jendela perpindahan kedua apabila difahamkan membawa masuk kapten pasukan kebangsaan Tajikistan ke Gong Badak. Pemain berusia 24 tahun itu merupakan antara calon pengganti bagi mengisi posisi yang dimainkan oleh Domagoj Pušić. Perancang tengah Croatia itu gagal mempamerkan aksi terbaik apabila bergelut untuk mencari prestasi sebenar. Khidmat […]
Cubaan Sri Pahang Sambar Bekas Bintang Negeri Sembilan Tak Kesampaian

Pasukan Liga Super, Sri Pahang difahamkan berusaha untuk memantapkan jentera serangan pasukan bagi separuh kedua Liga Super. Skuad bimbingan Fandi Ahmad terpaksa melupakan khidmat Lucas Silva namun kecederaan pemain itu menyaksikan beliau gagak kembali ke prestasi terbaiknya. Menerusi satu perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, beliau memaklumkan bahawa Tok Gajah mempunyai dua calon untuk […]
R. Kogileswaran Bakal Sertai Sebuah Kelab Pantai Timur?

Sebuah kelab yang berpangkalan di Pantai Timur difahamkan menunjukkan minat untuk membawa pulang pemain sayap Malaysia, Kogileswaran Raj. Pemain berusia 25 tahun itu kini beraksi dengan kelab liga kedua Korea, Chungbuk Cheongju FC namun bergelut untuk merebut tempat. Kelibat beliau kali terakhir disaksikan pada bulan Mac lalu sebelum terus disisih oleh barisan kejurulatihan kelab. Kudrat […]
Kedah Bawa Masuk Perancang Tengah Bahrain

Selepas pagi ini mengumumkan perpindahan bekas penyerang Selangor FC, Ifedayo Olesegun, Kedah Darul Aman (KDA) FC terus memperkuat skuad mereka. Terbaru, Sang Kenari mengumumkan perpindahan pemain tengah Bahrain, Moses Atede. Perpindahan Atede ke KDA FC dianggap satu perpindahan yang hebat buat pengurusan kelab. Ini kerana pemain tengah berdarah Nigeria itu merupakan bekas pemenang Piala AFC […]
Ifedayo Sertai Kedah Darul Aman

Kedah Darul Aman FC membuat kejutan selepas mengumumkan kemasukan penyerang prolifik, Ifedayo Olusegun Patrick Omosouyi. “KDA FC dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan Ifedayo Olusegun Patrick Omosouyi sebagai penyerang baharu pasukan Sang Kenari, mencapai persetujuan untuk mengikat kontrak bagi baki musim 2023. Ifedayo tidak terikat dengan mana-mana kelab pada tahun ini dan berkontrak sebagai ejen bebas,” jelas […]
Perak FC Sambar Bek Tengah Filipina

Melihat benteng Perak FC yang rapuh sejak kebelakangan ini, pengurusan The Bos Gaurus segera bertindak mendapatkan pemain baru menjelang tetingkap perpindahan kedua pada bulan depan. Hari ini, pengurusan Seladang mengumumkan perpindahan bek tengah Filipina, Jesper Nyholm. Kehadiran Nyholm, 29 yang berdarah Filipina-Sweden ini diharap mampu memperkuat benteng pertahanan Perak FC. Ramai menjangkakan jurulatih interim, Yusri […]
Manchester City Lepaskan Kapten Mereka Secara Percuma

Kapten Manchester City, Ilkay Gundogan kini sah meninggalkan pasukan itu dan bakal menyertai gergasi Sepanyol, FC Barcelona secara percuma. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan terkenal, Fabrizio Romano dalam satu ciapan twitter terkini beliau. Gundogan dikhabarkan menandatangani kontrak sebagai pemain baharu Barcelona sehingga tahun 2025. Barcelona mempunyai opsyen untuk menambah kontrak satu tahun lagi selepas […]
Ismaheel Akinade Angkat Kaki Dari Kelantan FC

Selepas Miguel Cifuentes meninggalkan Kelantan FC dan berhijrah ke Sabah FC, kini Kelantan kehilangan seorang lagi watak penting dalam pasukan musim ini. Pemain itu adalah penyerang berbisa mereka, Ismaheel Akinade. Penyerang dari Nigeria itu telah mencapai kata persetujuan untuk menyertai pasukan Kelantan United FC pada jendela perpindahan kedua Liga Super yang akan dibuka pada 5 […]