Manchester United Akhirnya Bawa Masuk Penyerang Baharu

Kebuntuan Manchester United mencari seorang penyerang tengah kini terlerai apabila berjaya membawa masuk penyerang muda berusia 20 tahun, Rasmus Højlund. Atalanta akhirnya bersetuju untuk menjual pemain kelahiran Denmark itu setelah melalui proses rundingan yang panjang. Menurut Fabrizio Romano, Rasmus Højlund bakal mengikat kontrak selama 5 tahun dan Manchester United akan membayar €75 juta kepada Atalanta. […]
Penyerang Sepanyol Bakal Ketuai Jentera Serangan Kelantan?

Kelantan dilaporkan bakal membawa masuk seorang penyerang import kelahiran Sepanyol setelah sekatan perpindahan ke atas kelab tersebut telah ditarik balik. Menurut satu kenyataan oleh wartawan MakanBola, Nik Faris, perkara tersebut dikongsikan oleh ketua jurulatih Kelantan selepas perlawanan menentang KL City. Beliau memberi bayangan bahawa seorang penyerang kelahiran Sepanyol bakal memperkuatkan jentera serangan pasukan. Walau bagaimanapun, […]
Rasmus Hojlund Lebih Hebat Berbanding Erling Haaland

Sasaran Manchester United, Rasmus Hojlund dilihat mampu mengatasi pelbagai rekod yang dicipta penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland disebabkan beberapa faktor. Dengan usianya baru mencecah 20 tahun, beliau sudah mencipta hatrik bersama pasukan kebangsaan Denmark. Sementara Haaland pula mencipta sensasi dengan menyumbat dua gol untuk kelab lamanya, Borussia Dortmund pada usia sama. Akhbar Daily Mail […]
Riyad Mahrez Sertai Barisan Bintang Eropah Di Arab Saudi

Bekas bintang Manchester City, Riyad Mahrez menjadi bintang Eropah terbaru beraksi di Arab Saudi selepas sah menyertai kelab Saudi Pro League, Al-Ahli. Perpindahan ini disahkan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano hari ini. Mahrez menyertai Al-Malaki dengan yuran perpindahan £30 juta (RM175 juta). Perpindahan ini menjadikan Al-Ahli sebagai kelab bukan Eropah pertama yang disertai pemain sayap […]
Al-Hilal Tawarkan RM3.5 Bilion Bawa Kylian Mbappe Hangatkan Bola Sepak Asia

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal menawarkan gaji rekod dunia €700 juta (RM3.5 bilion) setahun kepada bintang utama PSG, Kylian Mbappe untuk berpindah ke kelab berkenaan. Selain gaji rekod dunia berkenaan, PSG juga telah menerima yuran perpindahan rekod dunia berjumlah €300 juta (RM1.5 bilion) yang difailkan Blue Waves hari ini. Bagaimanapun, menurut wartawan sukan terkenal Fabrizio […]
Al Nassr Mahu Borong Pemain ‘Buangan’ Manchester United

Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr bakal membawa seorang lagi pemain Manchester United beraksi di Saudi Pro League. Akhbar Daily Mirror melaporkan bek tengah Red Devils, Eric Bailly kini menjadi sasaran perpindahan The Knights of Najd bernilai £20 juta (RM117 juta). Bek tengah berusia 29 tahun itu disisihkan pengurus United, Erik ten Hag dan dipinjamkan ke kelab […]
PSG Sedia Lelong Kylian Mbappe Ke Al-Hilal

Kelab gergasi Perancis, PSG bersedia menjual pemain bintang mereka, Kylian Mbappe kepada kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal. RMC Sport mendedahkan tindakan drastik itu akan dibuat sekiranya Mbappe gagal memperbaharui kontrak dengan PSG sebelum tarikh akhir 31 Julai ini. Dengan bekas pemain AS Monaco itu dilihat tiada minat memperbaharui kontrak, kelab Saudi Pro League itu bersedia […]
Heberty Fernandes Jadi Buruan Sejak 2018

Penyerang baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes hakikatnya sudah berada lama dalam pantauan pasukan dan juga DYAM TMJ. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan tonggak utama bersama pasukannya, Bangkok United di Thailand dan kini merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga 1 Thaiand. Beliau difahamkan hadir selaku pengganti kepada Diogo Luis Santo yang difahamkan […]
JDT Sambar Penyerang Brazil, Heberty Fernandes

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat pengumuman mengejutkan apabila mengesahkan ketibaan pemain import haharu pasukan, Heberty Fernandes. Menerusi satu kenyataan oleh DYAM TMJ, skuad Harimau Selatan akan menerima ketibaan pemain baharu selepas baginda mengesahkan khidmat penyerang sensasi pasukan, Diogo Louis Santo tidak dapat digunakan selama beberapa bulan. Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, Heberty […]
Penang Sambar Khidmat Kogileswaran

Bekas pemain sayap Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran sudah mendapat kelab baru dengan menyertai Penang FC. Berita perpindahan ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Pemain sayap berusia 24 tahun itu memeterai kontrak selama enam bulan dengan Harimau Kumbang. Kehadiran bekas pemain sayap Harimau Muda itu dijangka menambah pilihan di bahagian sayap buat jurulatih […]
TMJ Kongsi Punca Perpindahan Radamel Falcao Terbatal

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menjelaskan punca sebenar perpindahan bintang ternama dunia, Radamel Falcao ke JDT terbatal. Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyatakan bahawa JDT tidak mampu untuk menandatangani Falcao kerana nilai harganya yang terlalu tinggi. “Masa beliau datang berjumpa dengan saya, memang betul kami ada […]
Hadi Fayyadh Sah Sertai PDRM

Penyerang muda Perak FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak sah menyertai PDRM FC secara pinjaman sehingga akhir musim ini. Sebelum ini, sudah ada ura-ura yang mendedahkan pengurusan The Cops berminat membawa bekas pemain Fagiano Okayama itu. Kini, perpindahan tersebut disahkan menerusi laman media sosial rasmi Sang Saka Biru. Malah, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi turut mendedahkan […]
Sebuah Kelab Lembah Klang Bakal Jadi Destinasi Kogileswaran?

Bekas pemain sayap Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran kini sedang menimbang tawaran dua pasukan Liga Super selepas meninggalkan kelab K-League 2 itu. Berdasarkan perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas pemain PJ City FC itu menimbang tawaran sebuah pasukan dari Lembah Klang dan sebuah pasukan dari utara tanah air. Kogileswaran mengakui sedang menimbang tawaran yang […]
Kogileswaran Sah Tidak Lagi Bersama Chungbuk Cheongju

Bekas pemain PJ City FC, R. Kogileswaran sah tidak lagi bersama kelab K-League 2, Chungbuk Cheongju selepas kontraknya ditamatkan secara persetujuan bersama. Pengumuman Kogileswaran ini dibuat menerusi satu sidang media khas yang disiarkan di Astro Arena hari ini. Pengumuman tersebut turut menamatkan spekulasi tentang statusnya yang muncul sejak awal bulan ini. “Saya memang telah (menamatkan […]
Bekas Bintang Selangor, Andik Vermansyah Tercari-Cari Kelab Baru

Bekas awang import Selangor FC, Andik Vermansyah masih tercari-cari kelab baru selepas dilepaskan kelab lamanya, Bhayangkara pada akhir musim lepas. Ini berdasarkan satu senarai pemain-pemain yang pernah beraksi di Liga 1 Indonesia tetapi bergelar ejen bebas yang dikongsikan akaun Twitter GARAGARABOLA semalam. Turut berada dalam senarai itu ialah bekas penyerang Persis Solo, Irfan Bachdim. Dua […]
Duo Finalis Piala AFC Bakal Sertai Terengganu?

Pasukan Liga Super, Terengganu FC dilaporkan berminat untuk membawa masuk dua pemain finalis Piala AFC 2022 bagi memantapkan skuad ke Asia tahun ini. Umum mengetahui bahawa jendela perpindahan kali ini menyaksikan skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner sibuk melakukan persiapan termasuklah melepaskan beberapa tonggak utama ke pasukan lain. Skuad Peteh juga telah membawa masuk beberapa muka baharu […]