KL City Umum Nenad Bacina Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Pasukan KL City sebentar tadi mengumumkan Nenad Bacina sebagai ketua jurulatih baharu menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Bojan Hodak. Nenas Bacina merupakan penolong jurulatih kepada Bojan Hodak. Pengalaman yang dimilikinya bukan biasa-biasa.  Beliau pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak ketika mengendali Johor Darul Ta’zim dan pasukan negara bawah 19 tahun.  Nenad Bacina juga mempunyai pengalaman […]

Takahiro Kunimoto Telah Didaftarkan Dalam Skuad JDT?

Pemain tengah kelahiran Jepun, Takahiro Kunimoto difahamkan telah pun didaftarkan secara rasmi selaku pemain baharu JDT. Desas-desus mengenai ketibaan pemain berusia 25 tahun ke dalam skuad Harimau Selatan mula tular apabila beliau telah pun tersenarai dalam laman sesawang Transfermarkt. Menerusi satu hantaran oleh Johor Southern Tigers, ia seolah-olah memberi bayangan bahawa seorang pemain Jepun bakal […]

Dua Import Berprofil Tinggi Sertai Kuching City

Selepas mengumumkan kedatangan ketua jurulatih baharu, Aidil Shahrin Sahak, pasukan Kuching City bakal diperkuat dua tonggak berprofil tinggi, Petrus Shitembi dan Nuriddin Davronov. Dalam satu temu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam bersama pengerusi kelab Kuching City, Fazzrudin Abdul Rahman, Fazzrudin menjelaskan pasukannya sempat mendaftarkan dua awang import sebelum jendela perpindahan kedua Liga Malaysia […]

TMJ Sahkan Leandro Velazquez Kekal Di JDT

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ mengesahkan bahawa perancang tengah berpengalaman, Leandro Velazquez kekal milik pasukan. Pemain berusia 34 tahun itu disebut-sebut akan meninggalkan Harimau Selatan selepas kontraknya difahamkan telah pun tamat. Menurut sumber Transfermarkt, kontrak bintang kelahiran Argentina itu telah pun tamat pada 2 Ogos 2023 sekaligus menguatkan spekulasi perpindahan pemain ini. […]

Leandro Velazquez Tinggalkan JDT?

Teka-teki mengenai perpindahan pemain import JDT semakin hangat diperkatakan apabila perancang tengah berpengalaman, Leandro Velazquez dikatakan menjadi pemain yang bakal tinggalkan pasukan. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan tonggak utama buat pasukan Harimau Selatan sejak kali pertama bersama pasukan pada tahun 2015. Pada musim ini, bekas pemain Argentina bawah 20 tahun ini telah menjadi pilihan […]

JDT Bakal Bawa Masuk Perancang Dari Jepun?

Gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dikatakan bakal membawa masuk pemain tengah menyerang dari negara Jepun. Pemain yang dimaksudkan itu adalah Takahiro Kunimoto atau lebih dikenali sebagai Kuni. Walaupun belum diumumkan secara rasmi oleh JDT, namun berita perpindahan tersebut telah pun tular di media sosial seperti di Instagram dan Twitter. Kuni yang berusia […]

Mario Arques Sah Sertai PDRM

Bekas kapten Kelantan FC, Mario Arques akhirnya sah melengkapkan perpindahan ke pasukan Liga Super, PDRM FC sebelum tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) ditutup tengah malam ini. Pengumuman perpindahan beliau dibuat Sang Saka Biru menerusi laman media sosial mereka termasuk X lebih sejam yang lalu. Perpindahan ini menjadikan Arques sebagai rekrut kedua yang menyertai […]

Tak Sampai Sehari, Pemain Baharu Kelantan Sertai Negeri Sembilan

Perkhabaran mengejutkan dalam perpindahan Liga Malaysia apabil pemain yang baru ditandatangani oleh Kelantan telah diumumkan pemain baharu Negeri Sembilan. Sebelum ini, The Red Warriors telah pun mengumumkan beberapa pemain import yang memperkuat pasukan termasuklah penyerang kelahiran Sepanyol-Maghribi, Youssef Ezzejjari. Pemain berusia 30 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Asia Tenggara […]

Hasrat Andik Vermansyah Pulang Ke Malaysia Berkecai

Hasrat untuk menyaksikan kelibat pemain sayap lincah Indonesia, Andik Vermansyah pulang ke beraksi di Malaysia tertangguh. Bekas bintang Selangor itu dikatakan telah mencapai persetujuan untuk menyertai kelab Pantai Timur Kelantan FC namun terbatal pada saat akhir. The Red Warriors rancak mengumumkan beberapa muka baharu pada saat akhir jendela perpindahan termasuklah beberapa profil besar dari Sepanyol […]

Kedah Umum Kepulangan Mengejut Halim Saari

Kedah Darul Aman menerim satu lagi suntikan pada jentera tengah apabila Halim Saari secara rasminya membuat kepulangan bersama pasukan. Pemain berusia 29 tahun itu telah disisihkan selama hampir dua musim berikutkan kecederaan ACL yang dialaminya ketika bersama Selangor. Kelibat anak jati Kedah ini bagaimanapun mula kelihatan selepas beliau dikesan menjalani latihan kecergasan bersama Sang Kenari […]

J. Partiban Sah Perkuat Kedah

Selepas pelbagai desas-desus mengenai masa depannya, pemain sayap lincah Kuala Lumpur City FC (KL City), J. Partiban akhirnya diumumkan sebagai pemain baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perpindahan Partiban ke Kedah itu telah pun diumumkan pihak pengurusan kelab melalui semua media sosial milik KDA FC. Pemain sayap berusia 30 tahun itu hadir ke Kedah […]

Bintang Selangor, Htet Aung Selangkah Ke Negeri Sembilan

Pemain sayap Myanmar yang beraksi untuk Selangor FC, Hein Htet Aung bakal berpindah secara pinjaman untuk baki perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan bekas pemain sayap Hantharwady United itu diintai dua pasukan Liga Super iaitu Negeri Sembilan FC dan Penang FC. Daripada dua pasukan ini, skuad Rusa […]

Bekas Penjaga Gol Kebangsaan Iran Sertai Kelab Pantai Timur

Liga Malaysia bakal dirancakkan dengan kelibat penjaga gol berprofil tinggi yang mengesahkan ketibaannya ke sebuah kelab Pantai Timur. Pemain berusia 25 tahun itu memiliki pengalaman yang agak luas di pentas bola sepak antarabangsa dan menjadi rekrut terbaru pasukan untuk keluar dari zon penyingkiran. Penjaga gol tinggi lampai ini ditagih untuk membantu masalah gawang gol pasukan […]

Bekas Pemain Piala AFC Bakal Perkuat Kedah?

Selepas mendapatkan Moses Atede dan Ifedayo Olusegun, Kedah Darul Aman (KDA) FC bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain sayap KL City FC, J. Partiban. Khabar ini dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran hari ini. Pemain sayap berusia 30 tahun itu bakal berpindah ke Stadium Darul Aman secara pinjaman sehingga akhir musim. Sebelum ini, Partiban […]

Kelantan Bawa Masuk Bekas Pemain Leicester City

Kelantan FC akhirnya mengumumkan pemain import baharu mereka setelah sekatan perpindahan ke atas kelab tersebut ditarik balik. The Red Warriors telah membawa masuk pemain pertahanan tengah bernama Alie Sesay. Pemain berusia 28 tahun tersebut bakal memperkuatkan jentera pertahanan Kelantan yang semakin meruncing. Ketika ini, Kelantan adalah pasukan paling banyak dibolosi dalam saingan Liga Super sebanyak […]

Liverpool Berminat Pinjam Kylian Mbappe

Liverpool dikhabarkan sedang berhubung dengan PSG bagi membincangkan satu perpindahan secara pinjaman melibatkan bintang piala dunia Perancis, Kylian Mbappe. Kylian Mbappe ketika ini sedang diburu Real Madrid dan Al-Hilal selepas PSG mengumumkan bersedia untuk menjual pemain Perancis tersebut ekoran keengganan Mbappe memperbaharui kontrak bersama PSG. Rundingan Al-Hilal ditolak Mbappe kerana keinginan beliau ingin bermain untuk […]