Zaquan Adha Mahu Bergandingan Semula Dengan Aidil Zafuan

Zaquan Adha menyatakan hasrat beliau untuk bergandingan semula bersama kembarnya, Aidil Zafuan sebelum bersara daripada arena bola sepak. “Memang menjadi impian saya namun hala tuju Aidil dan saya ketika ini berbeza kerana kami mempunyai pilihan tersendiri.” “Kami bermain bola daripada mulanya bersama dan kalau boleh saya mahu mengakhirinya bersama-sama juga.” ujar Zaquan sewaktu ditemu bual […]
Mason Greenwood & Man United Bakal Berpisah?

Pemain sayap berkontroversi, Mason Greenwood kini mula menarik perhatian kelab-kelab gergasi eropah. Greenwood yang hadir secara pinjaman menampilkan aksi yang cemerlang bersama Getafe musim ini setelah menjaringkan 3 gol dan 4 bantuan jaringan dalam 14 aksi liga. Pemain berusia 22 tahun ini dipinjam keluar daripada Manchester United bagi mendapatkan kembali minit permainan dalam bola sepak […]
Habib Haroon Ke Kedah, Manuel Ott Sertai Terengganu?

Terengganu dikhabarkan akan menggantikan pemain tengah utama mereka untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan. Fadhirul Shuhaimi mengesahkan pemain tengah dan kapten Terengganu, Habib Haroon tidak akan bersama Terengganu lagi untuk musim hadapan. Habib Haroon dijangka bakal bergabung kembali dengan bekas jurulatihnya di Terengganu pada tahun lalu iaitu Nafuzi Zain yang kini merupakan pengendali pasukan Kedah Darul […]
Usaha Kelab Malaysia ‘Pancing’ Kapten River Plate Tular Di Argentina

Usaha kelab Malaysia yang dikatakan mahu menyambar khidmat kapten kelab gergasi Argentina kini sudah mula tular di Argentina. Hal ini susulan perpindahan perancang tengah San Lorenzo, Jalil Elias yang kini menapak di Liga Super Malaysia bersama juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Beberapa laporan yang diberikan oleh wartawan di Argentina termasuklah Renzo Pantich […]
Syamer Kutty & Dua Bintang JDT Dalam Pantauan Kelab Utara Tanah Air

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty dilaporkan berada dalam pemerhatian Penang untuk memperkuat barisan tengah kelab utara tanah air itu. Selain Syamer Kutty, dua bintang JDT yang turut diperhatikan Penang adalah pemain tengah, Danial Amier dan tonggak pertahanan, Adam Nor Azlin. Khabar angin ini mendapat perhatian ramai khususnya penyokong Harimau Kumbang setelah dimuatnaik […]
Azfar Fikri Jadi Pemain Kedua Sertai Perak

Selepas Tommy Mawat Bada, Perak FC pantas menambah seorang lagi pemain bagi memantapkan pasukan itu untuk musim 2024-2025. Hari ini, The Bos Gaurus mengumumkan perpindahan pemain muda Terengganu FC II, Nur Azfar Fikri Azhar di laman media sosial mereka. “Pemain tengah, Azfar Fikri sah menjadi milik Perak FC bagi musim 2024/2025. “Kaka” sebelum ini pernah […]
Tchetche Kipre Ingin Kekal Meledak Di Liga Malaysia

Selepas meninggalkan KL City FC, Tchetche Kipre berharap dapat terus memperaga bakat sebagai penyerang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Hasrat ini diluahkan Kipre bila ditemubual wartawan Astro Arena, Fatin Ruzeiman untuk Nadi Arena hari ini. Penyerang yang kini berusia 36 tahun itu melihat kekal di Liga M sebagai pilihan logik dengan mengambil kira faktor […]
Luis Suarez & Lionel Messi Kembali Bersatu

Penyerang legenda Uruguay, Luis Suarez bakal kembali bergandingan dengan rakan baiknya yang juga legenda Argentina, Lionel Messi. Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan bekas penyerang Gremio itu menyertai Messi di Inter Miami dengan kontrak setahun. Sekiranya kempen Suarez berjalan lancar dalam saingan Major League Soccer (MLS) pada musim hadapan, The Herons boleh mengaktifkan klausa lanjutan […]
Rahadiazli Hampir Pasti Tinggalkan Terengganu

Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim dikhabarkan selangkah untuk meninggalkan pasukannya, Terengganu FC. Berita perpindahan penjaga gol muda ini disahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi ketika ditemu bual dalam rancangan Nadi Arena. “Di posisi penjaga gol, Rahadiazli Rahalim hampir pasti juga ucapkan selamat tinggal (kepada Terengganu)”, lapor Fadhirul. Sebelum ini, ketua jurulatih Terengganu, Tomislav […]
Perak Muktamadkan Perpindahan Tommy Mawat Bada

Perak FC mengorak langkah awal dalam membina skuad musim 2024-2025 dengan membawa masuk Tommy Mawat Bada. Perpindahan bekas bek kiri Negeri Sembilan FC itu diumumkan pengurusan The Bos Gaurus di laman media sosial rasmi mereka hari ini. “Perak FC hari ini mengumumkan Tommy Mawat Bada sebagai pemain baharu musim 2024/2025. Bekas pemain Malaysia bawah 23 […]
Perak Tunaikan Hasrat Besar Yusri Che Lah

Persediaan Yusri Che lah membentuk pasukan baharu untuk musim hadapan kini disambut baik pihak pengurusan Perak. Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah pastinya sudah mempunyai perancangan tersendiri dan kini Perak sudah memulakan rundingan untuk membawa beberapa pemain baharu. Perak kini sedang berunding dengan Terengganu untuk membawa masuk penyerang muda, Azfar Fikri yang pernah bermain untuk […]
Habib Haroon Mahu Kekal Lebih Lama Di Malaysia

Pemain tengah Terengganu FC, Habib Haroon mengesahkan bahawa dirinya masih mahu beraksi di Liga Malaysia musim hadapan meskipun tidak bersama Terengganu lagi. Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau berkata bahawa beliau akan meninggalkan naib juara Piala Malaysia 2023 itu. ”Saya tinggalkan pasukan Terengganu kerana mahu mencuba di tempat lain”, kata […]
Media Korea Bocorkan Berita Perpindahan Bintang Baharu Kedah

Salah sebuah media di Korea telah pun membocorkan berita perpindahan seorang bintang FC Seoul, Osmar Barba yang difahamkan bakal menyertai Kedah Darul Aman bagi musim 2024. Pemain kelahiran Sepanyol itu merupakan bintang utama buat kelab Korea itu yang telah menamatkan saingan di tangga ke-7 musim ini. Bekas bintang Buriram United itu dilaporkan sudah mengucapkan selamat […]
Akram Mahinan Selangkah Ke Terengganu

Pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City), Akram Mahinan dikhabarkan tidak akan kekal bersama pasukan ‘ibu kota’ itu apabila difahamkan bakal menyertai Terengganu FC musim hadapan. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melalui satu ciapannya di laman X rasmi beliau sebentar tadi. “Akram Mahinan dijangka ke Terengganu, urusan perpindahan difahamkan […]
Penang Sambar Muhaimin Izuddin?

Selepas memilih meninggalkan pasukan Kelantan FC baru-baru ini, Muhaimin Izuddin Asri dilaporkan bakal beraksi untuk Penang FC pada musim hadapan. Menerusi satu kenyataan yang dibuat wartawan MakanBola, Faris Zukeiman, beliau telah menyatakan persetujuan secara lisan untuk menyertai skuad Harimau Kumbang. Antara sebab Muhaimin berminat menyertai Penang ialah keinginan bekerjasama dengan ketua jurulatih Akmal Rizal Ahmad […]
Sentuhan Ramon Marcote Bakal Berakhir Di Selangor?

Selangor FC berdepan kemungkinan tidak dapat memanfaatkan sentuhan penolong jurulatih dari Sepanyol, Ramon Marcote. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan bahawa Marcote tidak lagi bersama Merah Kuning untuk musim depan. Sekiranya khabar ini benar, ini sedikit sebanyak merencatkan perancangan jurulatih The Red Giants, Tan Cheng Hoe untuk musim 2024-2025. Ini kerana Marcote […]