Muslim Ahmad Ketuai 10 Pemain Tinggalkan Sri Pahang

Sri Pahang memberi bayangan bakal dipenuhi wajah baru untuk musim hadapan apabila 10 pemain sah meninggalkan pasukan. Pertahanan berpengalaman, Muslim Ahmad antara pemain yang tidak lagi menyambung kontrak bersama Sri Pahang termasuk Kevin Ingreso, Michael Glassock, Lucas da Silva, Sherzod Fayziev, Nicholas Swirad, Malik Mat Arif, Zuhair Aizat, Wan Syazmin dan Shahrul Nizam. Perkara tersebut […]
Duo Akhyar & Safawi Bakal Sertai Terengganu

Dua pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid bakal berhijrah ke pasukan Terengganu musim depan. Ini selepas pengumuman mengejut yang dibuat laman rasmi JDT, memaklumkan bahawa dua pemain sayap ini akan dipinjamkan ke pasukan lain. Menurut sumber terdekat yang diterima MakanBola, Akhyar dan Safawi bakal beralih angin dan menyertai skuad kendalian […]
Osmar Barba Hampiri Perpindahan Ke Seoul

Hajat peminat bola sepak negara melihat Osmar Barba beraksi di Liga Malaysia (Liga M) pada musim hadapan tidak kesampaian. Ini kerana legenda FC Seoul itu bakal mewarnai saingan K-League 2 pada musim 2024. Sports Chosun melaporkan kelab K-League 2 yang berpangkalan di Seoul, Seoul E-Land semakin hampir untuk memuktamadkan perpindahan tersebut. Barba ketika ini sedang […]
Roberto Firmino Bakal Tinggalkan Arab Saudi?

Selepas enam bulan berhijrah ke Arab Saudi untuk menyertai Al-Ahli, Roberto Firmino dilaporkan bakal beralih angin sekali lagi. Akhbar Liverpool Echo melaporkan bekas penyerang Liverpool itu ingin meninggalkan Al-Malaki selepas tidak sebulu dengan jurulatih Jerman, Matthias Jaissle. Ini kerana Jaissle kerap meninggalkannya di bangku simpanan walaupun beliau memegang status sebagai kapten Al-Ahli. Daripada 18 penampilan […]
Rodney Celvin Tinggalkan Kedah, Kini Pemain Kuching City

Selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rodney Celvin sudah diura-urakan bakal kembali ke negeri kelahirannya, Sarawak untuk mewakili Kuching City FC. Kini, ura-ura tersebut menjadi realiti apabila The Cats mengumumkan perpindahan bek tengah berusia 27 tahun itu. Berita tersebut turut dikongsikan wartawan Menariknya, perpindahan bekas pemain pertahanan Sang Kenari itu diumumkan menerusi video […]
Aidil Zafuan Antara 5 Tonggak Penting Tinggalkan JDT

Perancangan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengurangkan perbelanjaan musim hadapan menyaksikan lima tonggak penting akan meninggalkan pasukan. Aidil Zafuan, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo antara pemain yang tidak lagi bersama JDT untuk musim hadapan. Diogo telah mengumumkan persaraan daripada bola sepak manakala 5 lagi pemain akan […]
Nik Akif Syahiran Jadi Rebutan Dua Kelab Utara

Nik Akif Syahiran kini menjadi rebutan sebuah kelab utara manakala kelab semasa beliau, Penang turut mahu mengekalkan khidmatnya. Pemain tengah ini menjadi perancang utama Penang dibahagian tengah apabila telah melakukan 29 penampilan dalam semua pertandingan untuk musim ini. Konsistensi Nik Akif pada musim ini turut menarik minat daripada Perak menurut perkongsian wartawan sukan, T. Avineshwaran. […]
Akhyar & Safawi Rasmi Tinggalkan JDT Secara Pinjaman

Pemain sayap JDT, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid bakal berhijrah ke pasukan lain musim depan. Ini selepas pengumuman yang dibuat laman rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini yang memaklumkan seramai lima orang pemain dalam skuad utama JDT akan dipinjamkan. Difahamkan dua pemain sayap sensasi ini bakal berhijrah ke pasukan dari Pantai Timur iaitu Terengganu. […]
Kelab Liga India Berminat Dapatkan Bintang Terengganu

Pemain-pemain Terengganu kini sedang hangat bagai ‘pisang goreng’ apabila dikaitkan dengan pelbagai khabar angin menjelang perpindahan musim hadapan. Terbaru, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi berkongsi berita berkenaan sebuah kelab di Liga India berminat untuk menandatangani pemain sayap kiri Terengganu FC, Sony Norde. “Sony Norde akui ada terima tawaran dari sebuah kelab gergasi di Liga Super […]
Man United Sertai Perlumbaan Bawa Masuk ‘Messi Brazil’

Gergasi bola sepak England, Manchester United kini sedang merangka projek jangka panjang untuk membentuk skuad lebih mantap pada masa depan. United difahamkan kini sedang berlumba dengan kelab-kelab besar yang lain seperti Manchester City, Paris Saint Germain (PSG) dan Barcelona untuk menyambar khidmat bintang muda Palmeiras, Estevao Willian. Estevao Willian atau lebih dikenali dengan gelaran Messinho […]
Kylian Mbappe Pentingkan PSG Berbanding Kelab Lain

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mahu memberi keutamaan kepada kelabnya berbanding tawaran daripada kelab lain menjelang pintu perpindahan yang bakal dibuka. Laporan daripada laman X Transfer News Live menjelaskan bahawa penyerang berusia 25 tahun itu tidak mahu meninggalkan kelabnya itu pada jendela perpindahan Januari ini. Kontrak Mbappe bersama juara Ligue 1 itu bakal tamat […]
“Masih Ada Peluang Osmar Barba Ke Liga Malaysia” – Zulhelmi

Arena bola sepak Malaysia kini hangat dengan spekulasi perpindahan pemain termasuk pemain import. Terbaru, portal Korea Selatan, Sports Chosun melaporkan bekas bek tengah FC Seoul, Osmar Barba bakal beralih angin ke Malaysia dengan menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Bek tengah berusia 35 tahun itu dikatakan sudah memilih Sang Kenari sebagai pasukan barunya selepas […]
Hasrat Bintang ‘RM3.6 Juta’ Argentina Ke Liga Malaysia Tidak Kesampaian

Hasrat pasukan Liga Malaysia untuk menyambar khidmat pemain tengah berpengalaman River Plate, Enzo Perez tidak kesampaian. Pemain berusia 37 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Argentina selepas menerima beberapa tawaran dari luar negara. Bekas bintang Valencia ini difahamkan menerima beberapa tawaran daripada kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad dan berpotensi bergabung dengan bekas ketua jurulatih, […]
Man United Tawarkan Gaji 7 Kali Ganda Buat Takefusa Kubo

Ketumpulan serangan Man United terutama di bahagian sayap bakal jadi fokus Erik ten Hag dalam tetingkap perpindahan Januari. Ini disebabkan pemain-pemain sayap seperti Antony dan Alejandro Garnacho gagal mencipta peluang buat penyerang utama mereka dari Denmark, Kasper Hojlund. Ini turut disokong statistik yang disediakan rancangan Match of the Day terbitan BBC. Mengikut statistik, Antony dan […]
Ifedayo Olesogun Kini Berstatus Ejen Bebas

Bekas pemenang kasut emas Liga Super 2021, Ifedayo Olesogun kini berstatus ejen bebas setelah tidak menyambung kontrak lanjutan bersama Kedah Darul Aman. Perkara ini disahkan oleh wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam menerusi sebuah program Astro Arena iaitu Nadi Arena. Zulhelmi memaklumkan Kedah hanya mengekalkan khidmat pemain tengah, Manuel Ott setakat ini sekali gus melepaskan khidmat […]
Kedah Nafi Sambar Pemain Bintang Liga Korea

Susulan khabar angin bek tengah Sepanyol, Osmar Barba bakal menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA FC), pengurus pasukan Joe Rozi tampil menjawab spekulasi berkenaan. Beliau menafikan bekas kapten FC Seoul itu akan menyertai Kedah selepas tamat kontrak bersama pasukan K-League 1 itu. Penafian ini dibuat kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena […]