Liridon Krasniqi Dilaporkan Bakal Ke Selangor

Pemain naturalisasi kedua negara, Liridon Krasniqi dilaporkan akan menyertai naib juara Liga Super 2023, Selangor FC bagi menghadapi saingan musim hadapan. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran dalam satu hantaran di laman X milik beliau. Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe dikatakan berminat untuk membawa masuk Liridon ke Selangor. Liridon pernah berada di […]

Ong Kim Swee Kekal, 3 Watak Penting Tinggalkan Sabah

Sabah dilihat agak sibuk pada jendela perpindahan kali ini selepas beberapa khabar angin mula dikaitkan dan disahkan sendiri oleh pemain dan jurulatih. Antara watak penting yang kekal untuk pasukan Sabah ialah ketua jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee manakala tiga pemain yang disahkan akan meninggalkan pasukan ialah Amri Yahyah, Rizal Ghazali dan Irfan Zakaria. Ini berdasarkan […]

Ayron Del Valle Laku Seperti Pisang Goreng Panas

Penyerang berbisa Selangor FC, Ayron Del Valle melalui musim yang cemerlang bersama Gergasi Merah selepas berjaya memenagi Anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak Liga Super dengan 23 gol. Ketajaman Ayron sering kali memberi kegusaran benteng pasukan lawan yang akan berusaha sehabis baik untuk merantai pergerakan pemain dari Colombia itu. Dek kerana kemenjadian beliau bersama Selangor […]

Akhyar & Safawi Rasid Ke Terengganu, Azam Azmi ke JDT?

Selepas saingan Liga Super 2023 melabuhkan tirainya semalam, beberapa pasukan sudah mula mengatur strategi untuk menguatkan pasukan masing-masing menjelang musim depan yang dijangka bermula pada April. Beberapa nama besar mula dikaitkan dengan perpindahan ke kelab baharu seperti dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid serta pemain Terengganu FC, Azam Azmi Murad. […]

Casemiro Cari Jalan Tinggalkan Man United

Pemain tengah Man United, Casemiro dilaporkan sedang mencari jalan untuk meninggalkan pasukan itu. Akhbar Daily Express melaporkan keputusan itu dibuat dengan syarat beliau dan kelab mendapat tawaran yang bersesuaian dari segi kewangan. Sejak tiba di Old Trafford pada musim lepas dari Real Madrid, Casemiro memperkukuh bahagian tengah United dan membantu mereka meraih tempat ketiga dalam […]

Penolong Tano Solari Tinggalkan JDT

Penolong Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Pablo Ricchetti baru-baru ini telah mengumumkan pengundurannya dari gergasi selatan itu melalui media sosialnya. Ricchetti telah mencoret satu ucapan terima kasih kepada warga JDT terutamanya kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim atau TMJ yang memberikannya peluang berbakti buat JDT untuk musim 2023 ini. “Sudah tiba masanya […]

Faisal Halim Pilih Kekal Di Selangor

Pemain sayap lincah, Faisal Halim memilih untuk kekal di Selangor sekali gus menutup khabar angin tentang perpindahan beliau ke kelab lain. Faisal Halim membantu Selangor menamatkan saingan Liga Super ditangga kedua setelah mengutip 61 mata dalam 26 perlawanan. Faisal Halim kini difahamkan telah menandatangani kontrak panjang bersama Selangor menurut laporan wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam. […]

Dua Bintang Kelantan Bakal Sertai Kedah?

Khabar angin melibatkan dua pemain muda Kelantan FC, Fazrul Amir dan Muhaimin Izuddin ke pasukan Kedah Darul Aman dilihat semakin menjadi kenyataan. Ini selepas hantaran yang dimuatnaik oleh Fazrul Amir di akaun Instagram peribadi miliknya yang mengucapkan terima kasih kepada jurulatih, staf, rakan sepasukannya dan para penyokong yang sentiasa bersamanya. “Terima kasih kepada jurulatih, staf, […]

Ramon Machado Kekal Di Sabah

Penyerang Sabah, Ramon Machado sah akan kekal di Sabah bagi meneruskan perjuangan pasukan tersebut dalam saingan Piala AFC. Sabah mengambil keputusan untuk mengekalkan khidmat pemain utama itu disamping menambah beberapa pemain tempatan untuk musim hadapan. Ramon melanjutkan kontrak selama setahun bersama-sama dengan pemain tempatan iaitu Rawilson Batuil dan Umareng Bachok. Khidmat Ramon Machado pastinya ditagih […]

Chelsea Buru Pemain Kelab Picisan Itali

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea kini sedang memburu khidmat pemain kelab Itali yang berada di tangga ke-9 Liga Serie A. Kelab tersebut ialah Torino yabg berpangkalan di Turin, Piedmont. Beliau bernama Alessandro Buongiorno yang beraksi di posisi pertahanan tengah.  Pemain berusia 24 tahun itu telah beraksi bersama skuad utama Italy tahun ini. Beliau dikenali […]

Penang Bakal Dapatkan Khidmat Danial Amier

Bintang muda suatu ketika dahulu, Daniel Amier kini difahamkan bakal meninggalkan pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan.  Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau menyatakan bahawa bekas pemain Felda United itu bakal berhijrah ke Utara bersama pasukan Penang FC. Kini, pemain berusia 26 tahun itu dalam fasa terakhir […]

Jurulatih JDT II, Mariano Echeverria Bawa Haluan Baharu

Selepas dua tahun menabur bakti, Jurulatih Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Mariano Echeverria mengumumkan pengunduran dirinya dari jaguh Selatan tanah air itu. Jurulatih berusia 42 tahun itu mula melatih pemain muda JDT II sejak 2021 dan beberapa kejayaan berjaya diraih beliau dalam tempoh dua tahun ini. Antara kejayaan besar yang diraih Echeverria adalah ketika […]

“Tiada Lagi Adam Nor & Haziq Nadzli Bersama JDT” – Zulhelmi

Dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Adam Nor Azlin dan Haziq Nadzli dijangka akan berhijrah ke pasukan lain musim depan. Menurut ciapan yang dimuat naik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau memaklumkan bahawa dua tonggak JDT itu bakal ke pasukan Perak untuk musim 2024/2025. Desas-desus khabar pemain Harimau Selatan yang bakal dipinjamkan ke The Bos […]

Rizal Ghazali Perlu Tinggalkan Sabah Kerana Orang Tuanya

Pertahanan kanan Sabah FC, Rizal Ghazali sebelum ini dikaitkan untuk kembali menyarung jersi bekas pasukannya, Kedah Darul Aman FC. Namun apa yang pasti, Rizal mengesahkan bahawa kontraknya bersama Sabah akan tamat dan akan berhijrah ke pasukan lain bagi saingan musim hadapan. “Ada yang cakap saya balik ke Kedah. Gambar yang tular saya dan Baddrol (Bakhtiar) […]

Lion City Sailors Lepaskan Import Termahal

Kelab gergasi Singapura, Lions City Sailors terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pemain import termahal mereka kelahiran Brazil, Diego Lopes. Melalui tinjauan di laman Transfermarkt, kontrak Diego Lopes bakal tamat pada 31 Disember dan pihak kelab tidak menyambung kontrak beliau. Dalam satu muat naik di laman instagram rasmi kelab, Lions City Sailors telah mecoretkan ucapan terima […]

Rozaimi Rahman Mahu Kembali ‘Gegar’ Liga Malaysia

Bekas pemain berbakat Sabah FC, Rozaimi Rahman mahu membuat kemunculan semula di pentas bola sepak Malaysia. Pemain berusia 31 tahun itu kali terakhir dilihat beraksi bersama kelab Liga M3, Machan FC dan berjaya menjaringkan beberapa gol buat pasukan. Beliau yang kali terakhir beraksi bersama pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman mahu mencipta nama semula […]