Bekas Pemain Besiktas Dikaitkan Ke Kelab Liga Malaysia

Kapten B23 Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov dikhabarkan akan beraksi di kelab Malaysia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025. Menurut laporan daripada wartawan Fadhirul Shuhaimi, ada dua pasukan kelab Liga Super yang berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu. Sejak diberi peluang membuat kemunculan pertama bersama kelab Neftchi pada 2021, beliau telah beraksi 61 penampilan […]

Adisak Kraisorn Tinggalkan Terengganu, Sertai Bangkok United

Tidak lama selepas dilepaskan Terengganu FC, penyerang Thailand, Adisak Kraisorn kini sudah mendapat kelab baru. Hari ini, Adisak sah menyertai pendahulu Thai League 1 musim 2023-2024, Bangkok United. Pengumuman perpindahan beliau dibuat The Angels di laman media sosial rasmi mereka. “True Bangkok United telah mencapai persetujuan untuk mendapatkan penyerang Thailand berusia 32 tahun, Adisak Kraisorn […]

“Sampai Masanya Saya Ucapkan Selamat Tinggal” – Akram Mahinan

Aksi terakhir Liga Super musim 2023 membabitkan KL City FC dan Sri Pahang FC merupakan aksi terakhir buat Akram Mahinan. Ini selepas pemain tengah berusia 30 tahun itu mengumumkan tidak lagi bersama The City Boys pada musim hadapan. Dengan beliau bergelar ejen bebas, sudah ada ura-ura yang mengaitkan Akram dengan pasukan Liga M lain. Menurut […]

Luqman Hakim Bakal Ke Jepun?

Penyerang muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin akan terus berkelana di luar negara apabila beliau kini dikaitkan dengan sebuah kelab yang berpangkalan di Liga Jepun. Pemain berusia 21 tahun ini difahamkan akan menyertai pasukan yang beraksi di saingan J3 League dengan status sebagai pemain pinjaman. Luqman akan memulakan kempen pra-musim bersama pasukan tersebut bermula hujung Januari […]

JDT Perkenalkan Jalil Elias Secara Rasmi

Juara bertahan Liga Super sepuluh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini memperkenalkan pemain import baharu mereka untuk musim hadapan iaitu Jalil Elias. Satu video telah dimuatnaik di semua platform media sosial rasmi kelab dengan memaparkan Jalil dibawa ke Stadium Sultan Ibrahim menaiki kereta jenis Hummer Limousine. Sejurus tiba di SSI, Jalil disambut oleh […]

17 Pemain Tinggalkan Perak

Perak FC melakukan rombakan bagi menghadapi musim hadapan dengan 17 pemain disahkan meninggalkan skuad Seladang itu. Berita perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram rasmi pasukan yang didahului dengan ucapan jutaan terima kasih kepada pemain-pemain berkenaan yang berjuang bersama mereka sepanjang musim. “Jutaan terima kash diucapkan. Kami amat menghargai kesungguhan anda sepanjang berada bersama-sama […]

Media Indonesia Dakwa Jordi Amat Tarik Perhatian Kelab India

Salah sebuah media Indonesia bahawa pemain sensasi JDT, Jordi Amat telah menarik minat kelab India bagi saingan musim 2024/25. Pertahanan kelahiran Sepanyol itu menjadi watak penting buat skuad kendalian Tano Solari termasuklah membantu Harimau Selatan untuk mengekalkan 4 trofi kejuaraan yang dimenangi tahun lalu. Pemain berusia 31 tahun itu menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Tano […]

Liverpool Buru Khidmat Hwang Hee-chan

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dikhabarkan sedang menyediakan tawaran buat bintang Wolverhampton Wanderers (Wolves), Hwang Hwee-chan. Ianya bukanlah satu tugas yang mudah buat Liverpool apabila perlu bersaingan dengan Tottenham Hotspur untuk mendapatkan khidmat penyerang Korea Selatan itu. Laporan dari Teamtalk mengatakan perpindahan itu tidak mungkin akan berlaku pada jendela perpindahan Januari ini memandangkan Hwee-chan […]

Asnawi Mangkualam Tinggalkan Liga Korea?

Asnawi Mangkualam sah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab K-League 2, Jeonnam Dragons. Ini disebabkan kontrak bek kanan utama Indonesia itu dengan kelab berkenaan bakal berakhir pada malam ini. Menjelang 1 Januari 2024, Asnawi bergelar ejen bebas dan boleh mengadakan perbincangan dengan mana-mana kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya. Sebagai tanda penghargaan kepada kelab itu, beliau memuatnaik […]

12 Pemain Tinggalkan Terengganu

Selepas berjaya layak ke final Piala Malaysia 2023, Terengganu FC mula membuat rombakan bagi membina skuad yang lebih mantap pada musim hadapan. Atas sebab itu, pengurusan skuad Peteh mengumumkan 12 orang pemain tidak akan bersama mereka untuk musim 2024-2025. 12 pemain ini ialah Adib Zainuddin, Azarul Nazarith, Rahmat Makasuf, Habib Haroon, Liridon Krasniqi, Jordan Mintah, […]

Kuota 10 Pemain Import ‘Lulus’ Di Liga Saudi

Saudi Pro League (SPL) bakal menyaksikan lebih ramai pemain import mewarnai saingan liga itu pada musim hadapan. Ini susulan keputusan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) dan SPL untuk meluluskan penambahan kuota pemain import yang beraksi di liga berkenaan. Saudi Gazette melaporkan semua pasukan hanya dibenarkan mendaftar 25 orang pemain utama berbanding 30 pemain sebelum […]

“Bulan Januari Nanti Akan Ada Perubahan”

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin memberi bayangan bahawa akan ada perubahan terhadap masa depannya seawal Januari kelak. Pemain berusia 22 tahun itu berada dalam senarai ketua jurulatih, Juan Torres ketika menghadapi aksi persahabatan di Shanghai, China pada 23 dan 26 Disember lalu. Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan susulan mengalami kecederaan yang memaksa hanya berada […]

Azam Azmi Kekal Di Terengganu Dengan Status Berbeza?

Penyokong Terengganu FC berpeluang melihat Azam Azmi Murad menyarung jersi pasukan itu pada musim depan. Ini kerana bek kanan berusia 22 tahun itu akan kembali menyertai skuad Peteh secara pinjaman untuk musim 2024-2025. Mengikut keterangan wartawan MakanBola, Faris Zukeiman, Azam bakal memuktamadkan perpindahan tetap ke Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terlebih dahulu. Setelah itu, […]

Media Colombia Kongsi Tawaran Kelab Malaysia Buat Sherman Cardenas

Selepas Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 berakhir, spekulasi perpindahan mula mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air. Terbaru, seorang lagi pemain import dilaporkan bakal mewarnai saingan Liga M musim depan iaitu Sherman Cardenas. Nama Cardenas timbul selepas wartawan sukan Colombia, Miler Yovan mendedahkan khidmat pemain tengah menyerang berusia 34 tahun itu menarik minat kelab […]

Amirbek Juraboev Pilih Tinggalkan Kedah

Pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Amirbek Juraboev merupakan salah seorang pemain import yang tidak dikekalkan bagi menghadapi saingan musim hadapan. Dalam satu hantaran di laman Instagram, Amirbek mencoret ucapan selamat tinggal kepada para penyokong Kedah selepas satu musim bersama Sang Kenari. “Assalamualaikum untuk semua. Ia adalah masa yang sukar untuk mengucapkan selamat […]

Dua Pemain Serangan Eropah Hampiri Selangor

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC kini dalam proses untuk mempersiapkan skuad yang lebih baik menjelang musim hadapan. Dijangkakan dua pemain bahagian serangan luar negara akan dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan Gergasi Merah iaitu bekas pemain bawah 21 tahun Turki, Deniz Hummet dan pemain kelahiran Belanda yang pernah membarisi skuad kebangsaan Cape Verde, Alvin […]