Amirudin Shari: Impian Penyokong Selangor Semakin Hampir

Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Amirudin Shari memaklumkan bahawa impian dan penantian para penyokong Selangor FC untuk memiliki stadium sendiri semakin hampir. Beliau berkongsi perkhabaran gembira ini di laman sosial miliknya sekaligus memberi bayangan bahawa kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam bakal bermula tidak lama lagi. YB Amirudin sebelum ini menjawab pertanyaan daripada seorang pengguna di […]

JDT ‘Potong’ 40 Peratus Perbelanjaan, Pemain & Staf Akan Dilepaskan

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang melakukan penstrukturan kewangan bagi musim 2024/25 bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab pada masa akan datang. Skuad Harimau Selatan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek bola sepak termasuk insfrastruktur bola sepak dalam tempoh enam hingga tujuh tahun yang lepas. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai […]

Yusri Che Lah Puji Pengurusan Terengganu

Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah memuji tindakan pengurusan Terengganu FC (TFC) yang bersabar dan memberi masa kepada jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner pada awal musim 2023. Ini kerana, Terengganu memulakan saingan Liga Super dengan persembahan yang kurang meyakinkan selepas gagal mencipta kemenangan dalam tiga aksi pertama. Namun tindakan pengurusan Terengganu yang bersabar dan terus […]

Cinta Berputik Di Kuching, Yuki Tanigawa Hampiri Harimau Malaya

Pemain import Kuching City FC, Yuki Tanigawa mendapat dua hadiah paling bermakna dalam tempoh terdekat. Hadiah pertama adalah pemain kelahiran Jepun ini telah melangsungkan perkahwinan dengan wanita Sarawak yang difahamkan berlangsung minggu lalu. Manakala hadiah kedua yang diterima adalah kontrak beliau bersama Kuching City dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi yang menyaksikan beliau kekal di […]

PDRM Tumpu Pembangunan Jangka Panjang Pasukan

Keadaan kewangan PDRM FC yang sederhana menyebabkan pasukan itu tidak dapat berbelanja besar seperti pasukan-pasukan Liga Super lain. Situasi ini mendorong The Cops menggilap bakat barisan pemain yang ada dan memberi tumpuan kepada pembangunan jangka panjang pasukan. Bagi pengendali PDRM, Datuk Yunus Alif, langkah ini bukan saja membantu pasukan itu memberi saingan sengit dalam liga. […]

Import PDRM Dari Jordan Berpangkat Sarjan

Pemain import PDRM FC dari Jordan, Fadi Awad telah menunjukkan persembahan terbaik beliau dalam musim keduanya di Liga Super Malaysia. Namun pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa Fadi sebenarnya merupakan seorang anggota polis di Jordan dan berpangkat Sarjan. Perkara tersebut didedahkan oleh PDRM FC melalui satu ciapan ringkas di laman X rasmi kelab berkenaan. “Di […]

Matko Zirdum Beri Bayangan Mahu Kekal Di KL City

Pemain pertahanan Croatia, Matko Zirdum membuktikan keupayaannya sebagai orang besi KL City FC sepanjang kempen Liga Malaysia (Liga M). Dan selepas semusim bersama pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu, Zirdum memberi bayangan ingin kekal di situ. Perkara ini dinyatakan kepada wartawan MakanBola, Faris Zukeiman selepas perlawanan terakhir Liga Super membabitkan KL City dan Sri […]

“Baru Dapat Kebenaran MBSA Semalam” – Amirudin Shari

Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Amirudin Shari memaklumkan bahawa pihaknya baru sahaja mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam. Pelbagai spekulasi timbul berkenaan pembinaan Stadium keramat The Red Giants ini selepas diumumkan kira-kira 8 bulan yang lalu. Beliau akhirnya menjawab teka-teki berkenaan projek ini apabila memaklumkan bahawa proses […]

Kelantan Catat Keuntungan Lebih Setengah Juta Jualan Tiket Terbuka Liga Super 2023

Pasukan Liga Super 2023, TRW Kelantan FC berjaya mengubati musim yang suram apabila mencatatkan keuntungan jualan tiket terbuka mencecah lebih setengah juta. The Red Warriors diuji dengan pelbagai perkara termasuklah hampir semua pemain bintang pasukan yang membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan lebih awal. Skuad kendalian Alfredo Vera mengakhiri saingan Liga Super 2023 di tangga tercorot […]

3 Penyerang Tempatan Tampil Menyengat Musim Ini

Kelibat penyerang tempatan sentiasa menjadi perhatian penyokong liga Malaysia ekoran posisi itu kerap kali diberikan kepada pemain import ketika ini. Berikut merupakan 3 penyerang tempatan yang tampil menyengat dalam saingan liga Malaysia musim 2023: 1. Shahrel Fikri (Negeri Sembilan FC) Shahrel Fikri pamer kebangkitan bersama Negeri Sembilan untuk kembali meledak jaringan dalam saingan Liga Super. […]

Tanda Harga Faisal Halim Kini Cecah RM2 Juta

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim mencatatkan nilai pasaran yang amat memberangsangkan apabila tanda harganya kini melepas angka RM2 Juta. Bintang sensasi The Red Giants ini membuat keputusan untuk membawa haluan baharu ke Lembah Klang dan meninggalkan Terengganu FC pada musim ini. Keputusannya dilihat tepat apabila beliau mula menjadi tunang utama pasukan di bawah […]

3 Sebab Liga Super 2024/25 Bermula Mei Tahun Hadapan

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan saingan Liga Super musim 2024-2025 bakal bermula pada 3-5 Mei 2024 dan berlangsung sehingga April 2025. Sebelum ini, ramai menjangkakan musim baru Liga Super bakal bermula pada pertengahan April 2024. Bagaimanapun, sedikit perubahan dibuat MFL dengan mengambil kira beberapa faktor. Pertama, ramai pemain negara bakal menggalas cabaran Malaysia dalam […]

“Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Ini Pula Tempat Mencipta Nama” – Amri Yahyah

Lagenda bola sepak negara, Amri Yahyah menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas pasukannya, Selangor Fc yang memberikan penghargaan kepadanya. Pemain berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa beliau sudah pun membuat keputusan untuk menggantung but selepas mengharungi hampir dua dekad karier yang penuh warna warni. Perlawanan berdepan Kedah Darul Aman menjadi detik terakhir buatnya sebagai pemain bola […]

Stuart Ramalingam Beri Bayangan Tentang Masa Depan Kelantan

Masa depan Kelantan FC sama ada kekal di Liga Super atau tidak bakal diketahui tidak lama lagi. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam bila ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Menurut Stuart, First Instance Body (FIB) bakal mengadakan mesyuarat pada minggu ini selepas menerima semua […]

Habib Haroon Ke Kedah, Manuel Ott Sertai Terengganu?

Terengganu dikhabarkan akan menggantikan pemain tengah utama mereka untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan. Fadhirul Shuhaimi mengesahkan pemain tengah dan kapten Terengganu, Habib Haroon tidak akan bersama Terengganu lagi untuk musim hadapan. Habib Haroon dijangka bakal bergabung kembali dengan bekas jurulatihnya di Terengganu pada tahun lalu iaitu Nafuzi Zain yang kini merupakan pengendali pasukan Kedah Darul […]

Laman Pencari Bakat Terkemuka Mula Berbicara Tentang Arif Aiman

Bakat besar yang dimiliki pemain sayap negara, Arif Aiman Hanapi terus menjadi tumpuan peninjau bakat. Terbaru, Emirhan Scouting mempersembahkan analisis mereka tentang tonggak utama Harimau Selatan itu awal pagi tadi. Dari segi kelebihan yang dimiliki pemain berusia 21 tahun itu, Arif kelihatan tenang setiap kali menerima dan mengawal bola. Ini ditambah dengan kemahiran teknikal yang […]