CEO Terengganu Mahu Cabar Kedudukan 4 Pasukan Liga Super

Pengurusan Terengganu FC mahu melihat pasukan itu mencabar kedudukan empat teratas Liga Super pada musim hadapan. Hasrat itu diluahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC (TFC), Mohd Sabri Abas bila ditemubual Nadi Arena semalam. Walaupun Terengganu menamatkan musim di tangga keenam musim ini, skuad yang dibimbing Tomislav Steinbruckner itu berjaya mara ke final Piala Malaysia […]

Sri Pahang Perlukan Barisan Penyerang Berkualiti

Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui pasukan itu memerlukan barisan penyerang berkualiti untuk tampil lebih cemerlang dalam liga musim hadapan. Musim 2023 menyaksikan skuad Tok Gajah hanya menjaringkan 44 gol dengan kebanyakan gol disumbang peledak Liberia, Kpah Sherman. Ini sama sekali berbeza dengan empat pasukan teratas mereka yang memiliki kelebihan gol yang besar. Johor […]

Sabah Terima Wang Agihan Hampir RM2 Juta

Pasukan tangga ketiga Liga Super 2023, Sabah FC menerim khabar yang cukup memberangsangkan selepas bakal wang agihan mencecah RM2 Juta. The Rhinos berjaya mengekalkan aksi konsisten pada musim ini selepas menamatkan saingan di tangga ketiga selain melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFC Zon Asean. Anak didik Ong Kim Swee bakal bertemu gergasi Australia, Macarthur […]

Selangor Catat Keuntungan Jualan Tiket Terbuka Tertinggi Liga Super 2023

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC memcatatkan satu pencapaian membanggakan apabila merekodkan jumlah kentungan jualan tiket terbuka paling tinggi di Liga Super bagi musim 2023. The Red Giants berjaya mempamerkan kebangkitan musim ini selepas berjaya menamatkan saingan di tangga kedua sekaligus memperoleh slot ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi tahun 2024. Prestasi membanggakan […]

Musim Baru Liga Super Malaysia Berlangsung 11 Bulan Hingga Tahun 2025

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengumumkan kalendar bola sepak Liga Super Malaysia bagi musim 2024/2025 yang mengejutkan ramai pihak. Menerusi satu pengumuman di laman sosial, setelah meneliti beberapa faktor, MFL membuat keputusan untuk mengikut transisi Liga Malaysia mengikut format kalendar Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Ini menyaksikan musim baharu Liga Malaysia akan bermula pada 3-5 […]

Wan Zack Haikal Ingin Kekal Bersama Perak

Pemain sayap Perak FC, Wan Zack Haikal menyatakan keinginan untuk kekal bersama pasukan itu pada musim hadapan. Ini kerana pemain berusia 32 tahun itu masih ingin menabur bakti bersama Perak dan membantu pasukan itu mendaki kedudukan lebih baik dalam Liga Super. Wan Zack juga melihat inilah peluang buat beliau membalas budi penyokong. Ini kerana mereka […]

Nilai Jordi Amat Susut Lebih Setengah Juta

Pertahanan tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat mengalami penyusutan nilai pasaran hampir setengah juta. Pemain berusia 31 tahun itu menjadi tunjang utama pada bahagian pertahanan skuad Harimau Selatan selain membantu JDT mengekalkan kejuaraan 4 trofi musim ini. Bintang kebangsaan Indonesia ini juga beraksi hampir kesemua perlawanan pada peringkat domestik selain membantu anak buah […]

Perak Tunaikan Hasrat Besar Yusri Che Lah

Persediaan Yusri Che lah membentuk pasukan baharu untuk musim hadapan kini disambut baik pihak pengurusan Perak. Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah pastinya sudah mempunyai perancangan tersendiri dan kini Perak sudah memulakan rundingan untuk membawa beberapa pemain baharu. Perak kini sedang berunding dengan Terengganu untuk membawa masuk penyerang muda, Azfar Fikri yang pernah bermain untuk […]

“Berbelanja Besar Tidak Akan Berlaku Buat Selangor” – Johan Kamal

Selepas berjaya layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim hadapan, ramai peminat Selangor FC menjangkakan pasukan itu akan berbelanja besar pada 2024. Perkara tersebut dinafikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon dalam temubual bersama Nadi Arena semalam. Ini kerana mereka perlu mengambil kira soal tanggungan gaji pemain sebelum menimbang […]

Nilai Pasaran Michael Glassock Naik Mendadak Sejak Beraksi Di Liga Super Malaysia

Sejak beraksi dengan Sri Pahang FC pada awal musim 2023, nilai pasaran bek tengah Michael Glassock menunjukkan peningkatan mendadak. Ini berdasarkan graf nilai perpindahan terkini beliau yang disediakan oleh Transfermarkt. Pada tahun 2021, nilai perpindahan Glassock pada ketika itu ialah €50,000 (RM254,000) sebelum menurun kepada angka sifar pada Oktober 2022. Pada ketika itu, bek tengah […]

Bruno Suzuki Bangga Dengan Pencapaian PDRM

Penyerang berdarah Brazil-Jepun, Bruno Suzuki mengakui bangga dengan pencapaian yang dilakar PDRM FC dalam Liga Super musim 2023. Pada awal musim, tidak banyak harapan diberi kepada pasukan yang diberi jolokan The Cops itu. Malah, ada yang menyangka PDRM berkemungkinan berlegar dalam kelompok tercorot liga. Bagaimanapun, PDRM membuktikan mereka bukan pasukan yang dipandang enteng dengan mengalahkan […]

‘Saham’ Jalil Elias Mencanak Naik, Kini Cecah RM15.3 Juta

Pemain baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias mencuri tumpuan apabila nilai pasarannya naik mendadak selepas menyelesaikan perpindahannya ke Malaysia. Bintang kelahiran Argentina-Syria itu membuat haluan baharu untuk meninggalkan kelab Liga Primera Argentina, San Lorenzo untuk menyertai jaguh selatan tanah air bagi musim 24/25. Beliau difahamkan bakal mengisi posisi pemain tengah bertahan selain memiliki […]

JDT Penyumbang Utama Faktor Kehadiran Penyokong Tertinggi Di Tempat Lawan

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi penyumbang utama kepada faktor kehadiran penyokong tertinggi apabila pasukan turun beraksi di gelanggang lawan. Pasukan milik DYAM TMJ sudah mengesahkan kejuaraan sedekad Liga Super pada tahun ini termasuklah mengulangi pencapaian tahun lalu apabila merangkul ‘double quadruple’ pada tahun ini. Skuad Harimau Selatan berjaya menyumbang kepada […]

Indra Putra Catat Rekod Jaringan Aneh Musim Ini

Penyerang terkenal, Indra Putra Mahayuddin memilik rekod jaringan yang aneh untuk musim ini bersama Kelantan United. Indra Putra mencatat 6 gol untuk musim ini dan kesemua jaringan tersebut adalah daripada situasi bola mati. Penyerang berusia 42 tahun ini telah menjaringkan 4 gol dalam aksi Liga Super, 1 dalam saingan Piala Malaysia dan 1 gol dalam […]

Diogo Umum Persaraan Mengejutkan

Penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Diogo Luis Santo mengejutkan ramai penyokong Harimau Selatan dengan mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak. Pengumuman mengejut itu dibuat menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya hari ini. Diogo, 36, menyifatkan masa ini sebagai masa paling tepat untuk berundur meskipun mengakui keputusan ini amat berat untuk dilakukan. Bekas […]

“Fokus Kepada Kelab Sendiri, Kami Dah Terlampau Jauh” – TMJ

Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menasihati kelompok tertentu agar fokus kepada kelab masing-masing. Ini kerana pada hemat baginda, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kini berada pada tahap berbeza dan terus mencipta rekod demi rekod setiap tahun. Justeru, Tunku Ismail melihat sudah tiba masanya usaha membanding-bandingkan […]