Rasmi: Kelantan Tidak Dibenarkan Beraksi Di Liga Super 2024/25

Pasukan Liga Super, TRW Kelantan FC tidak lagi dibenarkan beraksi di Liga Super 2024/25. Perkara disahkan apabila Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) yang diadakan secara dalam talian pada 31 Disember 2023 selepas jam 6:00 petang telah membuat keputusan bahawa Kelantan FC gagal memperolehi Lesen Kebangsaan. Hal ini sekaligus menyaksikan mereka tidak layak […]

Tano Solari: Mulai Hari Ini JDT Ada Peminat Baru

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2023, Esteban Solari baru-baru ini telah disahkan sebagai salah seorang staf kejurulatihan yang tidak disambung khidmatnya untuk musim hadapan. Dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya, Solari telah mencoret ungkapan perpisahan buat JDT terutamanya kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau TMJ. “Hari ini tahun […]

Romel Morales Umum Perpisahan Dengan KL City

Penyerang naturalisasi baru Malaysia, Romel Morales sah tidak lagi bersama pasukan KL City FC. Perkara ini disahkan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya semalam. Sejak menyertai The City Boys pada musim 2021, Romel amat menghargai setiap detik semasa bersama pasukan itu. Walaupun beliau tidak lagi bersama pasukan itu pada musim hadapan, […]

Video: Rakaman Drone Stadium Sultan Ibrahim Papar Suasana Luar Biasa Penyokong JDT

Stadium Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi menjadi tumpuan dan buah mulut peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa. Hal ini disebabkan oleh rakaman dron yang memaparkan suasana meriah di stadium berkenaan ketika JDT menjulang trofi Liga Super pada perlawanan terakhir menentang Penang FC yang lalu. Video dron tersebut dimuatnaik di semua media […]

Nilai Pasaran Dominic Tan Melonjak Tinggi

Persembahan memukau yang ditampilkan oleh pertahanan tengah Sabah FC, Dominic Tan membantu beliau untuk meningkatkan nilai pasaran dengan begitu progresif. Pemain berusia 26 tahun itu menjadi pilihan utama oleh ketua jurulatih, Ong Kim Swee untuk mengemudi jentera pertahanan pasukan. Dominic memainkan peranan yang cukup penting terutamanya membantu cabaran The Rhinos untuk melangkah ke pentas separuh […]

Hazwan Bakri Cedera ACL, ‘Hilang’ Musim 2024

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri menerima tamparan hebat apabila mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) dan terpaksa melupakan separuh daripada saingan musim hadapan. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fateen Shazwani dalam satu hantaran di laman X milik beliau sebentar tadi. “Hazwan Bakri disahkan mengalami kecederaan ACL, dan terpaksa melupakan […]

Aidil Zafuan: Saya Menanti Langkah Seterusnya Di JDT

Bek tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Aidil Zafuan Abdul Radzak secara rasmi telah menggantung but beliau hari ini. Perkara ini diumumkan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya. Sepanjang 11 tahun bersama Harimau Selatan, Aidil telah menjulang 26 buah trofi termasuk Liga Super dan Piala Malaysia 2023. Walaupun mengakui tempoh […]

Aidil Zafuan Galas Peranan Staf Kejurulatihan JDT Musim Hadapan

Lagenda bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak akan menyertai barisan kejurulatihan kelab bagi musim hadapan. Perkara ini dikongsikan oleh Johor Southern Tigers yang turut mengumumkan bahawa bekas ketua jurulatih, Hector Bidoglio akan kembali mengemudi pasukan bagi musim 2024/25. “Hector Bidoglio, yang sebelum ni menjadi pengarah teknikal kelab dan penasihat pasukan utama, […]

Hector Bidoglio Kembali Kemudi JDT

Pengendali dari Argentina, Hector Bidoglio secara rasmi diumumkan sebagai pengendali kelab gergasi Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Menurut kenyataan rasmi yang dimuat naik laman Johor Southern Tigers hari ini, Hector akan kembali mengemudi pasukan itu selepas pengendali terdahulu, Esteban Solari meninggalkan kelab. “Hector Bidoglio, yang sebelum ni menjadi pengarah teknikal kelab dan penasihat […]

Bekas Jurulatih Dikaitkan Kembali Bimbing JDT

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) dikaitkan kembali membimbing pasukan menjelang sepak mula tahun 2024 selain beberapa watak sedang dipertimbangkan. Skuad Harimau Selatan membuat keputusan mengejut untuk berpisah dengan pengendali pasukan, Tano Solari sungguhpun melalui musim yang cukup cemerlang. Jurulatih berusia 43 tahun itu membawa pasukan untuk mengekalkan 4 trofi yang dimenangi pada musim lalu […]

Peningkatan Cecah 97 Peratus, Terengganu & Selangor Dapat ‘Habuan’ RM2.9 Juta

Pasukan Liga Super, Terengganu dan Selangor berpeluang untuk melangkah ke musim baharu dengan penuh bergaya selepas menerima wang agihan kira-kira RM2.9 Juta. Skuad Peteh mempamerkan persembahan yang cukup memukau untuk membawa cabaran Malaysia di pentas Piala AFC 2023 tanpa mencatatkan sebarang kekalahan. Anak didik Tan Cheng Hoe pula merekodkan perjalanan penuh warna-warni sebelum menamatkan saingan […]

Ivan Mamut Kekal Berbakti Bersama Terengganu

Liga Malaysia (Liga M) 2023 menyaksikan Ivan Mamut menjadi tonggak utama pasukan Terengganu FC. 24 gol yang dijaringkan dalam semua kejohanan bukan saja membantu skuad Peteh mara ke final Piala Malaysia 2023. Malah, mereka memberi cabaran sengit kepada Central Coast Mariners dalam Piala AFC sebelum terpaksa melupakan hajat layak ke separuh akhir peringkat Zon ASEAN. […]

“Akan Ada Ramai Lagi Tinggalkan JDT” – TMJ

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ mengesahkan bahawa akan ada lebih ramai lagi pemain dan staf yang bakal meninggalkan kelab. Perkara ini dikongsikan oleh baginda berkenaan perancangan pasukan untuk berbelanja sehingga 40 peratus pada musim hadapan. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards kepada Johor Southern Tigers, beberapa […]

Leandro Velazquez Sah Tinggalkan JDT

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez sah meninggalkan kelab dari selatan tanah air itu. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan, JDT mengucapkan terima kasih dan salam perpisahan buat beberapa pemain tonggak serta staf kejurulatihan. Pemain berusia 34 tahun itu antara pemain yang diumumkan juara Liga Super 2023 itu selain Ahmad Hazwan […]

Tano Solari Tinggalkan JDT Secara Mengejut

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan perpisahan mengejut dengan ketua jurulatih, Tano Solari menjelang sepak mula musim baharu. Skuad Harimau Selatan mengumumkan perpisahan mengejut tersebut selepas beberapa hari mengumumkan bahawa pasukan sedang mengurangkan perbelanjaan. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, JDT ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada […]

Melaka Kembali Ke Liga Super?

Hasrat untuk melihat saingan tahun hadapan lebih rancak mungkin bakal direalisasikan apabila Melaka difahamkan akan kembali beraksi di kancah Liga Super Malaysia pada musim hadapan. Perkara ini telah dikongsikan oleh peguam sukan terkemuka, Zhafri Aminurashid di laman sosialnya berkenaan perkembangan kelab selatan tanah air ini. Sebelum ini, tular khabar mengenai permintaan Melaka untuk kembali beraksi […]