Masa Depan Kelantan Tertangguh Lagi

Keputusan sama ada Kelantan FC bakal kekal beraksi dalam Liga Super pada musim hadapan hanya akan diketahui pada minggu hadapan. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam kepada media baru-baru ini. Rayuan yang difailkan oleh skuad yang diberi jolokan The Red Warriors itu telah dihantar kepada […]
KBS Labur Lebih RM7 Juta Pertingkat Mutu Bola Sepak Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) labur lebih RM7 juta untuk mempertingkatkan mutu bola sepak Malaysia. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada semalam telah mengumumkan bahawa KBS akan memberi geran kepada setiap negeri untuk kos naik taraf stadium yang akan digunakan bagi saingan Liga Malaysia 2024/25. Pelaburan yang dibuat KBS ini bertujuan untuk menaik taraf […]
Exco Sukan Negeri Sambut Baik Usaha TMJ & KBS

Peruntukan sebanyak RM500 ribu yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) disambut baik oleh Exco Sukan Negeri bagi menaik taraf sistem saliran dan penukaran rumput padang di stadium yang terlibat dalam Liga Malaysia. Selain RM500 ribu yang diperuntukkan oleh KBS, Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim […]
TMJ Sumbang RM300 Ribu Bagi Semua Kelab Liga Super Yang Menukar Padang

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ bertitah untuk memberikan bantuan kewangan sekitar RM300 ribu bertujuan untuk menyelenggara padang di setiap negeri bagi tahun 2024. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Belia & Sukan, YB Hannah Yeoh, beliau memaklumkan bahawa DYAM TMJ telah bersetuju untuk memberikan bantuan tersebut selepas setiap negeri menyelesaikan proses […]
Indra Putra Belum Berhasrat Gantung But

Meskipun usianya kini mencecah 42 tahun, Indra Putra Mahayuddin masih belum terfikir untuk menggantung but. Sejak membuat kemunculan pertama bersama Perak FC pada 1999, Indra telah merasai pelbagai pencapaian trofi seperti Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA. Selepas meninggalkan Perak pada 2003, beliau beraksi untuk beberapa pasukan seperti Selangor FC, KL City FC, Kelantan […]
TMJ Bersuara Tentang Pemergian Fernando Forestieri

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ membuka mulut mengenai pemergian penyerang sensasi pasukan, Fernando Forestieri bagi saingan musim hadapan. Pemain kelahiran Argentina itu merupakan tunjang utama buat skuad Harimau Selatan sejak dua musim lalu termasuklah menjulang 8 trofi bersama pasukan. Khidmat beliau bagaimanapun tidak dikekalkan oleh kelab bagi musim baharu sekaligus […]
Selamat Tinggal Forestieri

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini telah mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang berbisa dari Argentina, Fernando Forestieri. Ucapan selamat tinggal kepada penyerang berusia 33 tahun itu dimuatnaik di laman sosial rasmi pasukan dari selatan tanah air itu. “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan terima kasih kepada Fernando Forestieri atas sumbangannya kepada […]
Sri Pahang Lelong Jersi Dengan Harga Tak Masuk Akal

Kelab Liga Super, Sri Pahang FC baru-baru ini telah mengumumkan kontrak bersama penaja kit dan kelengkapan sukan, Hakka Clo telah tamat pada 31 Disember yang lalu. Hakka Clo merupakan penaja kit dan kelengkapan sukan buat pasukan Sri Pahang untuk dua musim berturut-turut iaitu pada musim 2022 dan 2023. “Terima kasih Hakka Clo! Perjalanan bersama selama […]
Yunus Alif Bakal Kekal Bimbing PDRM

Sentuhan magis Datuk Yunus Alif bersama PDRM FC menyaksikan pasukan itu menjulang Challenge Cup untuk musim 2023. Dan kini, khidmat jurulatih berusia 65 tahun itu bakal dikekalkan bersama The Cops selama semusim lagi. Perkara ini dinyatakan oleh pengurus pasukan PDRM, Shamshul Hisham Abd Razak kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi hari ini. Beliau memaklumkan perbincangan […]
Pemain Kedah, Amirul Hisyam Ditimpa Kemalangan

Arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita buruk yang melibatkan salah seorang pemain Kedah Darul Aman (KDA), Amirul Hisyam Awang Kechik. Berita duka ini dilaporkan menerusi laman X Kedah Darul Aman FC yang memaklumkan bahawa pemain tengah itu mengalami kemalangan ketika menunggang motosikal pada petang semalam. Turut dikongsikan keadaan pemain berusia 28 tahun itu juga […]
Talian Hayat Terakhir Kelantan FC

Kelantan FC memiliki talian hayat terakhir bagi menyelamatkan cita-cita mereka beraksi dalam Liga Super musim hadapan. Skuad yang diberi jolokan The Red Warriors itu diberi tempoh sehingga jam 5.00 petang, 8 Januari 2024 untuk memfailkan rayuan kepada First Instance Body (FIB). Ini susulan keputusan FIB menerusi mesyuarat pada 31 Disember 2023 untuk tidak menganugerahkan Lesen […]
KL City ‘Ikat’ Zhafri Yahya Lebih Lama

Pencapaian lebih 200 penampilan bersama KL City FC pada musim 2023 merupakan satu pencapaian hebat buat pemain tengah Zhafri Yahya. Dan beliau berpotensi menambah lagi bilangan penampilannya untuk The City Boys pada musim hadapan. Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan pengurusan kelab itu telah menawarkan lanjutan kontrak selama dua tahun kepada Zhafri. Sekiranya beliau menerima […]
Penyerang Berbisa Selangor Tinggalkan Pasukan?

Kelibat penyerang berbisa Selangor FC, Richmond Boakye menjadi bualan peminat selepas terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa beliau tidak kekal bersama pasukan. Bekas penyerang Red Star Belgrade itu tiba pada jendela perpindahan kedua untuk membantu menajamkan lagi jentera serangan pasukan. Kelibat beliau bagaimanapun kelihatan samar dalam beberapa aksi penting sungguhpun berjaya membantu The Red Giants mara […]
Pusat Latihan JDT Dilanda Banjir

Khabar yang agak mendukacitakan telah dikongsikan oleh pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ selepas keadaan pusat latihan JDT dinaiki air. Baginda berkongsikan keadaan ini menerusi laman Instagram menerusi beberapa keping foto yang memaparkan keadaan Pusat Latihan Tertutup Padang Seri Gelam. Keadaan ini berlaku susulan musim tengkjuh yang sedang melanda beberapa buah […]
Pekan Ramli: Keputusan FIB Adalah Tepat

Kegagalan pengurusan Kelantan FC melangsaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai telah membawa padah apabila keputusan badan bebas First Instance Body (FIB) tidak memberikan Lesen Kebangsaan kepada Kelantan bertanding dalam saingan Liga Super musim 2024-2025. Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli menganggap keputusan itu adalah tepat supaya pasukan-pasukan bertanding tidak mengambil ringan perihal kebajikan […]
Kelantan United Tak Mahu Lari Dari Tanggungjawab

Sebelum ini telah tersebar khabar angin di media sosial yang mengatakan terdapat isu tunggakan gaji sehingga empat bulan yang membelenggu pasukan Kelantan United. Namun Kelantan United FC dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi kelab hari ini telah memberi jaminan bahawa tidak akan lari dari tanggungjawab untuk menyelesaikan segala tuntutan daripada barisan pemain dan staf. […]