Pasukan Liga Super Musim 2024/25 Bakal Berkurang Lagi?

Pasukan dalam saingan Liga Super musim 2024/25 berpotensi untuk berkurang lagi tatkala saingan bakal bermula kurang sebulan dari sekarang. Perkara ini disahkan oleh Malaysian Football League (MFL) menerusi Kalendar Liga Malaysia yang telah dikeluarkan baru-baru ini. Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam memberitahu bahawa 13 pasukan bakal bersaing di Liga Super […]

Razman Roslan: VAR Di Malaysia? Mungkin Lebih Baik Atau Sebaliknya

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan memilih pendekatan tunggu dan lihat berkenaan perlaksanaan sistem video bantuan pengadil (VAR) dalam Liga Super musim 2024/25. Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlaksanaan VAR dalam Liga Super bakal dibuat pada musim 2024/25. Pengenalan sistem tersebut dilihat dapat membantu meningkatkan mutu pengadilan liga ke tahap yang lebih […]

Jalil Elias & Oday Kharoub Bawa Tarikan Berbeza Ke Liga Super

Kehadiran dua bintang import baru Liga Super, Jalil Elias dan Oday Kharoub dijangka menambah tarikan berbeza menjelang musim 2024/25 yang bermula pada bulan hadapan. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Elias bukan saja hadir dengan reputasi sebagai pemain paling mahal dalam Liga Super dengan nilai semasa €3 juta (RM15 juta). Malah, pemain tengah Johor […]

“Asal La Angkat Beg Basuh Kasut Jadi Isu” – Akram Mahinan

Pemain tengah Terengganu FC, Akram Mahinan menyifatkan isu pemain junior mengangkat beg dan membasuh kasut pemain senior yang dibangkitkan baru-baru ini sebagai satu isu biasa. Isu ini timbul selepas seorang bekas pemain bola sepak mendakwa dirinya dibuli oleh pemain senior termasuk disuruh mengangkat beg dan membasuh kasut mereka. Bagi Akram, isu ini tidaklah serius seperti […]

Kedah Terima Tajaan Cecah 6 Angka

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus mendapat suntikan semangat menjelang saingan musim baru Liga Super yang bermula pada bulan hadapan. Hari ini, pengurusan Sang Kenari menerima penajaan daripada AR AB Group Sdn. Bhd. untuk musim 2024/25 yang bernilai RM100,000. Pengumuman penaja terbaru pasukan itu dibuat menerusi platform media sosial Kedah. Selain menjadi penaja utama […]

Piala Sumbangsih: Aksi JDT & Selangor Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi gelanggang rasmi bagi pertemuan epik JDT dan Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2024. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) pada Selasa menyaksikan Piala Sumbangsih akan dijalankan pada awal bulan Mei sebagai aksi pembukaan Liga Super 2024-2025. “Sementara itu, Perlawanan Sumbangsih, Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2024 […]

MFL Umum Kalendar Liga Malaysia, 12 Faktor Besar Jadi Penentu

MFL

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akhirnya mengumumkan kalendar bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25 dengan mengambil kira 12 faktor. Menerusi satu kenyataan oleh MFL, jadual pertandingan Liga Super 2024-2025 melibatkan perlawanan minggu 1 sehingga minggu 13 (LS1 – LS13) bagi membolehkan kelab Liga Malaysia membuat persiapan awal untuk menghadapi musim baharu. Jadual perlawanan itu melibatkan […]

JDT Perkenal Jersi Penjaga Gol, Tampil Dengan Identiti Berbeza

Selepas memperkenalkan jersi ketiga berwarna hijau neon semalam, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) memperkenalkan jersi baru penjaga gol mereka. Pengenalan jersi baru penjaga gol JDT musim 2024/25 dibuat di platform media sosial Johor Southern Tigers hari ini. Tidak seperti jersi penjaga gol mereka pada musim 2023 yang mengetengahkan warna kuning dan biru sebagai warna […]

Marin Pilj: Jiwa Lebih Penting Daripada Saiz Badan

Pemain tengah Terengganu FC dari Croatia, Marin Pilj melihat kesungguhan dan semangat juang lebih penting daripada ketinggian dirinya bila berada di atas padang. Mengikut data Transfermarkt, pemain tengah berusia 27 tahun itu memiliki ketinggian 1.65 cm. Dengan ketinggian tersebut, ada yang menyangka Pilj berdepan kesukaran menguasai bahagian tengah. Walau bagaimanapun, bekas pemain NK Osijek itu […]

JDT Lancar Jersi Baru, Nombor Jalil Elias Pula Diperhatikan

Pemain tengah JDT, Jalil Elias mencuri tumpuan para peminat apabila nombor jersinya turut kelihatan dalam video dan foto pelancaran tersebut. JDT telah melancarkan jersi ketiga mereka pada Ahad dengan Arif Aiman, Romel Morales, Jalil Elias dan Nazmi Faiz telah dipilih untuk memperagakan jersi baharu berwarna hijau tersebut. Namun ketika semua peminat rancak memperkatakan mengenai keunikan […]

13 Pasukan Liga Super Tak Jejaskan Saingan Musim 2024/25

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan ketiadaan pasukan ke-14 dalam Liga Super musim 2024/25 tidak akan merencatkan kemeriahan liga. Ini bukan satu isu kerana itu langsung tidak menjejaskan tahap persaingan antara 13 pasukan dalam saingan Liga Super. Selain itu, ini dilihat tanda keseriusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam menangani isu pasukan bermasalah dari […]

Zaquan Adha: Tak Guna Kalau Belakang Azmeer Cerita Tentang Keburukan Orang

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha mengajak Azmeer Yusof untuk bersemuka dan tidak bercakap hanya di balik kamera tentang orang lain. Beliau yang baru sahaja menggantung but selepas kali terakhir beraksi buat Negeri Sembilan FC berharap agar Azmeer mempertimbangkan tawarannya untuk bersemuka. Hal ini susulan isu yang tular melibatkan kenyataan bahawa terdapat salah laku seperti buli […]

JDT Lancar Jersi Ketiga Cukup Unik Musim 2024/25

Sebagai persiapan menjelang musim baru 2024/25, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) memperkenalkan jersi ketiga yang unik dan menarik. Pelancaran jersi ketiga baru ini dibuat menerusi platform media sosial Johor Southern Tigers hari ini. Jersi yang dihasilkan Nike ini sedikit berbeza dengan menggunakan warna hijau neon sebagai warna utama jersi berkenaan. Ini dilihat dapat membezakan […]

Sanusi: RM16 Juta Beri Pada Anak Yatim Atau Bola Sepak Lebih Afdal?

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengekalkan pendirian kukuhnya dan polisi kerajaan negeri berkenaan duit kerajaan negeri untuk digunakan bagi tujuan bola sepak negeri tersebut. Memetik laporan Berita Harian, beliau memberitahu bahawa duit kerajaan negeri tidak akan digunakan bagi membiayai gaji pemain bola sepak serta masalah berkaitan kelab, Kedah Darul Aman FC […]

Lilitan Kapten Buat Safawi Rasid Rasa Dihargai Di Terengganu

Sayap baharu Terengganu FC, Safawi Rasid rasa dihargai apabila diberi kepercayaan untuk memakai lilitan kapten. Bagi Safawi, lilitan kapten itu sebenarnya tidak begitu penting kerana sebagai pemain yang lebih penting adalah memperagakan persembahan terbaik ketika turun beraksi. “Sudah tentu saya sangat hargai diberi kepercayaan sebagai kapten Ppasukan. Tapi saya tidak tahu lagi, mungkin lepas ini […]

Wajah Baharu Stadium MBPJ Hampir Siap, Bukti Selangor Serius Ke Asia

Menjelang sepak mula Liga Super Malaysia 2024/2025 yang bakal bermula tidak lama lagi, Home Of Selangor FC iaitu Stadium MBPJ sedang giat melakukan kerja naik taraf infrastruktur stadium. Hal ini demi memastikan venue Gergasi Merah Kuning memenuhi keperluan saingan Liga Malaysia dan memenuhi spefikasi yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Ini kerana Stadium MBPJ […]