Matyo Dilantik Penolong Jurulatih KL City

Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo sah menyertai KL City FC sebagai penolong jurulatih. Beliau bakal memainkan peranan sebagai penolong jurulatih pasukan KL City Extension (Bawah 23 Tahun (B-23)) untuk musim 2024/25. Perlantikan ini diumumkan pengurusan The City Boys hari ini. “Kuala Lumpur City Football Club amat gembira untuk mengumumkan kehadiran legenda bola […]
Kenaikan Harga Tiket Akan Bantu Kedah

Bermula aksi pra musim dan musim baharu Liga Super 2024/2025, harga tiket untuk menyaksikan perlawanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman akan dinaikkan sebanyak RM5. Pengumuman kenaikan harga tiket itu telah dikongsikan oleh Pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dalam satu sidang media sebentar tadi. Kenaikan harga […]
Kedah Perkenal Pas Separuh Musim

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengambil inisiatif luar biasa apabila memperkenalkan pas bermusim untuk separuh musim Liga Super bagi menggalakkan penyokong untuk memilikinya. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dalam satu sidang media sebentar tadi. Untuk pas bermusim, harga ditawarkan adalah RM150 Zon Terbuka, RM250 […]
Kedah Bakal Uji Sebuah Pasukan Luar Negara

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC bakal menguji sebuah pasukan luar negara bagi musim 2024/25. Perkara ini dinyatakan oleh pemilik saham majoriti Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Daud Bakar menerusi satu sidang media yang diadakan hari ini. Katanya, persediaan rapi bakal dilakukan buat pasukan kendalian Nafuzi Zain apabila bakal bersaing dalam aksi […]
Matyo Sudah Bersara?

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo dilaporkan bakal menggantung but. Ini selepas wartawan Astro Arena, Fina Nasrom mendedahkan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu bakal menceburi dunia kejurulatihan Norshahrul dilaporkan telah menerima tawaran sebagai penolong jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) untuk sebuah pasukan di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, […]
Kedah Makin Rancak, 11 Pemain Baru Perkuat Musim 2024/25

Kedah Darul Aman semakin rancak mempersiapkan skaud terbaik bagi menghadapi musim 2024/25 kelak apabila membawa masuk 11 pemain baru. Skuad kendalian Nafuzi Zain jelas mahu memberikan tentangan hebat dalam saingan Liga Super musim hadapan setelah menamatkan saingan liga ditangga ke-4 pada musim lalu dibelakang JDT, Selangor dan Sabah. Kedah membawa masuk 11 muka baharu dalam […]
Ivan Mamut Perlu Berehat Panjang

Terengganu FC menerima tamparan hebat menjelang permulaan musim 2024/25 apabila terpaksa melupakan khidmat Ivan Mamut. Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, khidmat penyerang Croatia berusia 26 tahun itu terpaksa disisihkan Terengganu kerana mengalami kecederaan tendon Achilles. Keadaan ini mengakibatkan Mamut perlu menjalani tempoh pemulihan yang lama sebelum dapat kembali membantu skuad Peteh. “Kecederaan tendon Achilles […]
Sri Pahang Hadapi Dua Aksi Pra-Musim Di Singapura

Singapura bakal menjadi destinasi pilihan Sri Pahang bagi menghadapi dua aksi persahabatan menentang kelab di sana menjelang saingan Liga Malaysia 2024-2025. Perkara ini diumumkan oleh Sri Pahang menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan yang memaparkan poster beserta jadual dua aksi pra-musim menentang Albirex Niigata dan Geylang International. Anak-anak buah Fandi Ahmad dijadualkan turun […]
Bekas Pemain Kebangsaan Tak Terima 7 Bulan Gaji?

Bekas pemain kebangsaan, Khairil Anuar Zamri atau lebih mesra dipanggil Beto mendedahkan bahawa masih belum menerima tujuh bulan tunggakan gaji daripada dua bekas kelabnya. Dalam satu hantaran di laman X, Beto difahamkan masih menunggu tiga bulan tunggakan gaji dari Sarawak United FC manakala empat bulan tunggakan gaji dari Kelantan FC. “Sarawak United FC 9,10,11. Kelantan […]
Zaquan Adha Sedia Galas Peranan Sebagai Jurulatih

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak mengakui sudah bersedia menggalas peranan sebagai jurulatih. Ini kerana Zaquan melihat menerusi peranan tersebut, beliau dapat kekal aktif dalam dunia bola sepak tanah air. Atas sebab itu, bekas penyerang Negeri Sembilan FC itu bersedia menilai tawaran yang membantunya bergelar jurulatih sambil menggalas peranan sebagai pakar bola sepak (football […]
Jurulatih Australia Bakal Sertai Selangor?

Teka-teki mengenai calon pembantu jurulatih Selangor FC masih belum terjawab namun pasukan difahamkan sedang mengintai khidmat jurulatih kelahiran Australia. Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan, Dr. Johan Kamal Hamidon mengenai perancangan pasukan bagi musim 2024/25. The Red Giants sebelum ini telah melantik ketua jurulatih baharu iaitu Nidzam Jamil bagi menggantikan posisi Tan […]
Ikhwan Yazek Hampir Tinggalkan Dunia Bola Sepak

Pemain sayap Negeri Sembilan FC, Ikhwan Yazek mengakui beliau pernah memikirkan kemungkinan untuk menggantung but. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh beliau kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk Nadi Arena semalam. Ikhwan mengakui kemungkinan tersebut timbul selepas mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) semasa bersama Kelantan FC. Kecederaan tersebut memaksa beliau berehat panjang dan terlepas […]
Stadium Sultan Ibrahim Beri Atmosfera Sekelas Gelanggang Antarabangsa

Aksi di Stadium Sultan Ibrahim, gelanggang keramat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memberikan pengalaman setaraf antarbangsa kepada pemain bola sepak profesional di Malaysia. Perkara ini dikongsikan oleh bekas tonggak muda negara, Suni Chandran mengenai kehebatan aura yang dirasai oleh pemain apabila berkunjung ke Johor Bharu. Beliau yang memiliki pengalaman beraksi bersama beberapa pasukan di Liga […]
“Sangat Susah Untuk Dapatkan Bola Lawan Arif Aiman” – Sunil Chandran

Bekas pemain Perak FC, Sunil Chandran berkongsi pengalaman ketika turun beraksi menentang pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi. Dalam satu temu bual bersama Astro, pemain berusia 24 tahun itu telah ditanya tentang kebolehan dua pemain sayap Harimau Malaya iaitu Faisal Halim atau Arif Aiman. “Arif Aiman atau Faisal Halim? Adakah awak pernah beraksi menentang dua […]
Langkah JDT Ke Sepanyol Sudah Bermula

Langkah juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal terbang ke Sepanyol sudah pun bermula. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam persiapan akhir sebelum melangkah ke luar negara bagi aksi pra-musim. Sebelum ini, JDT sudah pun mengharungi aksi persahabatan antarabangsa di Johor Bharu menentang tiga lawan handalan Asia Tenggara iaitu Lion City […]
”20 Orang Je Dapat, Saya Tak Dapat Pun” – Khairul Helmi

Selepas pengumuman yang dibuat oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman mengenai tunggakan gaji yang berjaya diselesaikan secara beransur, seorang bekas pemain Kelantan meluahkan rasa tidak puas hatinya. Pemain itu berusia 36 tahun, Khairul Helmi membuat kenyataan bahawa hanya 20 orang terawal sahaja yang mendapat pembayaran tunggakan daripada kelab. Ianya terhad, dan […]