Nilai Pasaran Arif Aiman ‘Pintas’ Bergson

Nilai pasaran pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mencatatkan peningkatan dan memintas kedudukan penyerang berbisa pasukan, Bergson Da Silva. Pemain berusia 22 tahun itu baru sahaja menamatkan tugasan bersam Harimau Malaya bagi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Pemain kelahiran Pahang itu turut berjaya mengekalkan kejuaraan Pemain Paling Bernilai […]

Kedah Dipotong 3 Mata & Denda RM50,000, Kedudukan Di Liga Super Belum Selamat

Pasukan Liga Super 2023, Kedah Darul Aman telah disahkan akan dipotong tiga mata dan menerima denda selepas gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji tahun 2023. Perkara ini telah dijelaskan dalam satu kenyataan oleh Badan bebas, First Instance Body (FIB) yang mengumumkan bahawa kelab Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dikenakan hukuman pemotongan tiga mata bagi […]

Penyokong Mula Persoal Tindakan Kedah

Segelintir penyokong pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mula mempersoalkan tindakan pihak pengurusan mengenai kemasukan pemain-pemain baharu. Baru-baru ini, Kedah telah mengumumkan kemasukan penjaga gol baharu, Wan Mohd Syazmin yang beraksi bersama Sri Pahang pada musim lalu. Kehadiran Syazmin itu nyata mengundang rasa aneh buat beberapa penyokong kerana kini Kedah sudah mempunyai empat penjaga […]

Romel Morales Buka Akaun Jaringan Bersama JDT

Penyerang naturalisasi kebangsaan, Romel Morales berjaya mencatat satu jaringan dalam aksi debut bersama Johor Darul Ta’zim. Penyerang baharu juara 10 kali Liga Super itu menjadi watak penting pasukan ketika membantu skuad kendalian Hector Bidoglio menewaskan kelab gergasi Singapura, Lion City Sailors dalam satu aksi persahabatan pra-musim. Diberi kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan, Romel […]

Zaquan Adha & Mahali Jasuli Sertai Barisan Pakar Astro Arena Bagi Liga Malaysia

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha dan Mahali Jasuli bakal memeriahkan saingan Liga Malaysia musim hadapan dengan menyertai Astro Arena sebagai Pakar Tetamu Liga Malaysia . Pengumuman ini dibuat menerusi Sidang Media Barisan Pakar Bola Sepak Astro (Liga Malaysia Musim 2024/2025) yang memperkenalkan dua bintang bola sepak tanah air itu pada Khamis. ”Saya mewakili Astro sangat […]

10 Aksi Pra-Musim Liga Malaysia Bakal Disiarkan Di Astro Arena

Penyokong bola sepak negara yang dambakan aksi Liga Malaysia (Liga M) bakal bergembira selepas ini. Ini selepas Astro Arena mengumumkan bakal membuat liputan untuk 10 aksi pra-musim Liga M dari 22 April sehingga 5 Mei ini. Liputan aksi pra-musim pasukan-pasukan Liga M dilihat mampu menjana minat penyokong menjelang musim baru liga yang akan bermula pada […]

Sabah Mahu Ong Kim Swee Kekal

Pengurusan skuad Sabah FC berharap Datuk Ong Kim Swee terus kekal mengemudi pasukan itu untuk saingan Liga Super musim 2024-2025. Sebelum ini, timbul khabar angin yang mengaitkan bekas pengendali Harimau Malaya itu dengan jawatan Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Jawatan tersebut kali terakhir disandang bekas pengarah akademi FC Twente Enschede, Dennis Bekking dari 2019 hingga […]

FAM Sahkan KL City Bebas Daripada Hukuman FIFA

KL City

Susulan pendedahan KL City menjadi sebahagian daripada enam pasukan yang dihukum FIFA, ramai penyokong bimbang kelab itu tidak boleh mendaftarkan pemain baru untuk musim 2024-2025. Kini, penyokong boleh menghela nafas lega apabila mengetahui berita yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Beliau mendedahkan sekatan perpindahan yang dikenakan FIFA terhadap The City Boys telah ditarik […]

KL City Tawar Projek Jangka Panjang Kepada Brendan Gan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard menafikan mereka menawarkan gaji yang besar kepada pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan. Perkara ini dinyatakan beliau kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk program Nadi Arena semalam. Ini kerana disebabkan kedudukan kewangan mereka, The City Boys tidak mampu menawarkan gaji yang tinggi kepada bekas kapten […]

FIFA ‘Gantung’ 6 Kelab Malaysia Daftar Pemain Baru, Tertinggi Di Asia Tenggara

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menghalang 6 kelab Liga Malaysia daripada menandatangani pemain baharu bagi musim yang mendatang. Perkara ini berdasarkan kemas kini daripada laman Asean Football berkenaan satu pengkalan data yamg baru diwujudkan oleh FIFA. Kemas kini itu menyaksikan sebanyak 6 kelab Liga Malaysia berada dalam pantauan badan tersebut yang dilarang untuk mendaftarkan pemain baru bagi […]

Ong Kim Swee Tinggalkan Sabah Mengejut?

Skuad Sabah FC berpotensi menerima tamparan hebat dengan sepak mula musim baru Liga Super bermula pada bulan hadapan. Ini selepas Majlis Sukan Negara (MSN) berminat mendapatkan khidmat jurulatih skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee sebagai pengarah baru Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Kim Swee dikatakan calon sesuai bagi mengisi jawatan tersebut. Sebelum ini, peranan Pengarah AMD […]

Brendan Gan: Memilih KL City Bukan Keputusan Yang Sukar

Pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan mengakui keputusannya untuk memilih KL City bukanlah tugas yang sukar. Hala tuju bekas kapten Selangor ini akhirnya diketahui apabila KL City mengumumkan ketibaan pemain berusia 36 tahun ini menerusi hantaran di platform media sosial pasukan pada Isnin. Menurut Brendan, keputusan ini dibuat tanpa memakan masa yang lama hasil rundingan yang […]

Ini Kemas Kini Jadual & Waktu Liga Super Musim 2024/25

Pasukan-pasukan Liga Super bakal mengetahui jadual liga musim 2024-2025 tidak lama lagi. Perkara ini dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam kepada media selepas Kongres Tahunan FAM Ke-60 hari ini. MFL telah menghantar maklumat analisis waktu sepak mula liga kepada penyiar rasmi liga bagi menentukan waktu sepak mula setiap perlawanan. […]

Hafizul Hakim Mahu Ganti Kevin Mendoza

Pemain KL City, Hafizul Hakim bertekad mahu mencabar posisi penjaga gol nombor satu di kelab baharunya itu. Beliau yang diumumkan sebagai pemain terbaharu The City Boys minggu lalu menyertai pasukan daripada Harini FT yang bersaing di Liga M3 musim lalu dan berazam untuk memburu tempat di dalam pasukan. Pada awal musim lalu, posisi nombor satu […]

Negeri Sembilan ‘Bantai’ Real Mambau Tanpa Belas Kasihan

Selepas tewas mengejut 1-0 kepada Putrajaya FC dalam aksi pra-musim sebelumnya, Negeri Sembilan FC bangkit melakar kemenangan 5-1 ke atas Real Mambau FC. Skuad Rusa yang dibimbing penolong jurulatih, K. Nanthakumar tampil garang pada babak pertama. Bagaimanapun, Negeri Sembilan terpaksa menunggu sehingga minit ke-37 untuk membuka tirai jaringan menerusi N. Javabilaarivin. Skuad Rusa terus memberi […]

Terengganu Tewas Mengejut Kepada Selangor II

Terengganu dan Selangor II hari ini berentap dalam satu aksi persahabatan pra-musim di Pusat Latihan Selangor FC. Terengganu turun dengan membariskan barisan terkuat dengan kehadiran beberapa muka baharu seperti Safawi Rasid, Manuel Ott, Ismaheel Akinade dan Matthew Steenvoorden dalam kesebelasan utama pasukan. Aksi di separuh masa pertama tamat dengan tiada sebarang gol dihasilkan kedua-dua pasukan. […]