David James Akui Terengganu Pasukan Istimewa Di Malaysia

Bekas penjaga gol pasukan kebangsaan England, David James mengakui Terengganu merupakan sebuah pasukan yang istimewa di Malaysia. Beliau yang ditemui ketika sesi sidang media Battle of The Reds di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan mengenai persaingan sengit yang bakal disajikan oleh kedua-dua pasukan. Katanya, pertemuan lagenda Man United dan Liverpool ini bakal memberikan satu pengalaman […]

Brendan Gan Terima Hakikat

Pemain tengah KL City FC, Brendan Gan tidak melatah apabila menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad merah menerusi semakan sistem bantuan video pengadil (VAR) semalam. Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 antara KL City dan Negeri Sembilan FC semalam menyaksikan beberapa insiden dikesan oleh VAR. Salah satu daripadanya ialah insiden kekasaran membabitkan Brendan dan penyerang […]

Shahrom Kalam: Pengadil Lebih Dilindungi Kerana VAR

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam menyifatkan sistem bantuan video pengadil (VAR) amat membantu pengadil menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Beliau berpandangan demikian selepas melihat sistem tersebut digunakan dalam perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 membabitkan KL City FC dan Negeri Sembilan FC semalam. Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada lapan perlawanan pra-musim […]

Azzmi Aziz Dilantik Jurulatih Baharu Negeri Sembilan

Spekulasi siapa jurulatih baharu Negeri Sembilan FC akhirnya terjawab apabila pasukan itu memilih bekas jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz. Perlantikan Azzmi diumumkan pengurusan Hoben Jang Hoben di laman sesawang rasmi pasukan itu hari ini. Beliau dibawa masuk menggantikan jurulatih sebelumnya, K. Devan. Ini selepas khidmat jurulatih berusia 56 tahun itu tidak dikekalkan pengurusan skuad Rusa […]

Kedah Kutip Dua Kekalahan Dalam Satu Masa

Kedah Darul Aman mengharungi hari yang pahit apabila tewas dua kali dalam tempoh yang cukup singkat. Sang Kenari mengharungi kempen yang agak baik namun mengalami kejutan apabila tewas 3-0 di tangan seteru utara, Penang FC. Skuad kendalian Nafuzi Zain bagaimanapun melakar keputusan positif ketika berdepan Terengganu dan juga Terengganu ll. Keputusan ini berlarutan kepada skuad […]

“Perkara Besar Akan Berlaku” – Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan sesuatu perkara yang besar akan terjadi. Skuad Harimau Selatan ketika ini berada di Alicente, Sepanyol bagi menjalani aksi pra-musim di sana sejak 14 April yang lalu. JDT juga mempamerkan prestasi yang amat memberangsangkan selepas menundukkan dua lawan iaitu […]

Kedah Berjaya Langsaikan Tunggakan Gaji

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh menarik nafas lega kerana First Instance Body (FIB) mengesahkan isu tunggakan gaji pasukan itu sudah berakhir. Sebelum ini, pengurusan Sang Kenari terlepas tarikh akhir penyelesaian tunggakan gaji yang ditetapkan FIB pada 31 Mac lalu. Akibatnya, FIB kemudiannya menjatuhkan hukuman potongan tiga mata dan denda sebanyak RM50,000. Kedah […]

Kestabilan Dorong Ifedayo Pilih PDRM

Penyerang baru PDRM FC, Ifedayo Olusegun berharap musim 2024/25 dapat membawa ketenangan minda buat dirinya. Ketenangan minda yang dimaksudkan ialah beliau tidak lagi perlu memikirkan isu tunggakan gaji yang dihadapi dalam dua musim terakhirnya di Liga Malaysia (Liga M). Ifedayo berdepan isu tersebut semasa bersama Melaka United pada musim 2022 dan Kedah Darul Aman FC […]

Sabah Terima Dana Tambahan RM5 Juta

Pasukan Liga Super 2024, Sabah FC difahamkan menerima suntikan tambahan sebanyak RM5 Juta bagi musim baharu. Perkara ini diumumkan menerusi laman rasmi The Rhinos tentang tajaan yang diberikan oleh Jetama Sdn Bhd. Syarikat itu difahamkan telah menyalurkan tajaan bernilai RM5 juta sekaligus menjadi penaja rasmi kepada Sabah FC bagi mengharungi  kempen Liga Malaysia 2024/2025. Presiden Persatuan […]

Park Jae-hong Sah Jurulatih Baharu Kelantan

Spekulasi tentang siapa jurulatih baru Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) akhirnya terjawab apabila Park Jae-hong diumumkan sebagai jurulatih baru pasukan itu. Perlantikan jurulatih Korea Selatan berusia 45 tahun itu diumumkan pengurusan Kijang Emas di platform media sosial rasmi mereka semalam. Ini menjadikan Jae-hong sebagai jurulatih Korea ketiga yang melatih pasukan di Malaysia selepas Kim […]

KL City Lancar Jersi Baharu, Komen Tunku Ismail Curi Tumpuan

Finalis Piala FA 2023, Kuala Lumpur City (KL City) FC telah melancarkan jersi baharu namun komen DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mencuri tumpuan. The City Boys telah melancarkan satu video pengenalan bagi memperkenalkan jersi baharu bagi kegunaan musim 2024/25. KL City dilihat tampil dengan pendekatan lebih berbeza apabila memperkenalkan corak jersi unik yang […]

Penggunaan VAR Cecah RM6 Juta, MFL Fokus Tingkatkan Kualiti Liga Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam mendedahkan kos penggunaan sistem bantuan video pengadil (VAR) mencecah RM6 juta. Perkara ini dinyatakan beliau kepada media selepas sesi simulasi VAR kepada pemegang taruh berkepentingan iaitu media, pegawai pasukan, jurulatih dan pakar bola sepak di Stadium UiTM semalam. Ini sebagai persediaan kepada perlaksanaan sistem […]

Jersi Garang KL City Terima Pujian Meluas Peminat

Corak garang dan kemas yang ditampilkan pada jersi KL City musim hadapan mendapat reaksi positif daripada para peminat bola sepak tempatan. Pada Jumaat, KL City telah melancarkan jersi tuan rumah, tempat lawan dan penjaga gol mereka yang baharu bagi musim 2024/2025 ini yang dihasilkan oleh jenama musim lalu, hndrd. Jersi kebanggaan The City Boys itu […]

Daud Bakar: 8 Bulan Saya Rungsing, Hari Ini Tersenyum Semula

Pemilik saham majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar mengakui merasa lega kerana dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji pasukan itu. Sang Kenari kini boleh fokus kepada persiapan pra-musim 2024/25 selepas isu tunggakan gaji berjaya diselesaikan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan First Instance Body (FIB) iaitu 20 April 2024. Ini […]

Sabah Terima Suntikan 7 Angka Musim Baharu

Sabah FC terima suntikan dana tujuh angka bagi kancah Liga Super Malaysia 2024/2025. Skuad The Rhinos menerima sebanyak RM5 Juta daripada penaja utama pasukan iaitu Jetama Sdn Bhd. Dalam satu kenyataan pada semalam, Sabah menyatakan bahawa Jetama Sdn Bhd telah menyalurkan tajaan bernilai RM5 juta sekali gus menjadi penaja rasmi kepada pasukan Sabah FC bagi […]

Ruangan Komen Media Sosial Sabah Cetus Keanehan

Seperti kebiasaan, kebanyakan pasukan sememangnya akan memberikan info terkini berkenaan pasukan. Tidak terkecuali ialah Sabah FC yang memuat naik foto sesi latihan setiap hari di media sosial rasmi pasukan. Namun begitu, baru-baru ini telah tular di laman X berkenaan balasan komen oleh admin media sosial Sabah yang dilihat sedikit aneh. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh […]