Razman Roslan: Pra-Musim JDT Di Sepanyol Bukan Biasa-Biasa

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan persiapan pra-musim Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada tahap yang berbeza. Tidak seperti sesetengah pasukan yang mengadakan persiapan pra-musim baik di dalam negara atau negara jiran seperti Thailand dan Singapura, JDT memilih Sepanyol sebagai destinasi pra-musim. Semasa di Sepanyol, Harimau Selatan mengharungi tujuh aksi persahabatan dari kelab […]

Ramalan Jurulatih Portugal Tentang Selangor Makin Jadi Realiti

Ramalan jurulatih kelahiran Portugal, Rui Capela Batista tentang masa depan Selangor FC semakin menjadi realiti. Pengendali kelab Brunei DPMM FC itu melihat kemampuan Selangor untuk menandingi pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Pasukan yang beraksi dalam saingan Singapore Premier League (SPL) itu tidak mampu menandingi kekuatan anak didik Nidzam Jamil apabila tewas dengan […]

“Kita Pun Kecewa Apa Yang Berlaku Di Kedah” – Datuk Zainal Abidin

Lagenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengakui kecewa dengan apa yang berlaku di Kedah sebelum ini. Bekas pengendali Melaka United ini menzahirkan rasa simpati terhadap nasib pasukan Sang Kenari dalam satu wawancara bersama Nindia Bola di Astro Arena. Katanya, Kedah Darul Aman ketika ini mula untuk mempersiapkan pasukan dengan lebih baik sungguhpun berdepan […]

“Selangor Ada Misi Besar 10 Mei” – Faisal Halim

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim mahu merealisasikan misi besar Selangor FC pada 10 Mei ini. 10 Mei menyaksikan tirai Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 dibuka menerusi perlawanan Piala Sumbangsih antara Selangor dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Merah Kuning turun dengan reputasi sebagai naib juara Liga Super musim 2023. Sementara Harimau Selatan turun […]

Faisal Halim Kongsi Pendekatan Berbeza Nidzam Jamil & Tan Cheng Hoe

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim melihat Tan Cheng Hoe dan Nidzam Jamil memiliki pendekatan berbeza sebagai jurulatih. Faisal berpandangan sedemikian selepas melihat kedua-duanya menggalas peranan sebagai jurulatih Merah Kuning. Cheng Hoe membimbing Selangor dari pertengahan 2022 hingga Mac tahun ini dengan Nidzam menggalas peranan sebagai pembantu jurulatih. Selepas bekas jurulatih Harimau Malaya itu menerima […]

Kelantan Darul Naim Fokus Naik Taraf Stadium Sultan Muhamad Ke-IV

Kerajaan negeri Kelantan kini fokus menaiktaraf stadium keramat Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV). Perkara ini dinyatakan oleh Exco Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad menerusi satu hantaran video di akaun TikTok beliau. Salah satu fokus penaiktarafan yang mahu diselesaikan ialah isu papan mata elektronik stadium yang […]

Haziq Nadzli Hanya Jadi Penonton Menentang JDT

Penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli disahkan hanya menjadi penonton ketika menentang pasukan yang juga majikan beliau, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin dalam satu sesi siaran langsung di laman Facebook, TBG Super Fan sebentar tadi. Haziq […]

Burger Tebal & Ayam Goreng Menanti Penyokong Kedah

Penyokong pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak perlu bimbang lagi mengenai makanan yang dijual di Stadium Darul Aman selepas menu kegemaran ramai seperti burger dan ayam goreng akan dijual pada setiap hari perlawanan selepas ini. Baru-baru ini, KDA FC mengumumkan dua rakan rasmi makanan dan minuman bagi musim 2024/2025. Dua rakan rasmi tersebut […]

Liga Malaysia Bakal Laksanakan FFP Bagi Musim 2024

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa Peraturan Fair Play Kewangan (Financial Fair Play/FFP) akan dilaksanakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/25. FFP diperkenalkan bagi membantu kelab-kelab Liga M untuk lebih berhemah dalam berbelanja dan mengelakkan kelab-kelab daripada ditimpa masalah kewangan. Kisah beberapa kelab Liga M dibelenggu masalah kewangan termasuk isu tunggakan gaji bukan satu […]

Perak Hilang 2 Import Sebelum Liga Bermula

Perak FC terpaksa melupakan khidmat dua tonggak import mereka pada aksi persahabatan pra-musim berikutnya menentang Penang FC yang dijadualkan 4 Mei depan. Dalam satu sesi siaran langsung di Facebook, TBG Super Fan, CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin mengesahkan dua tonggak import yang mengalami kecederaan ialah Sunday Afolabi dan pemain pertahanan, Jesper Nyholm. Bobie menyifatkan […]

Subramaniam Anggap 3 Pasukan Lebih Kuat Berbanding Selangor

Lagenda bola sepak negara, S. Subramaniam menganggap tiga pasukan Liga Super memiliki kekuatan yang lebih baik berbanding Selangor. Perkara ini diucapkan beliau ketika melakukan analisis di Astro Arena selepas The Red Giants menundukkan Young Elephants 4-0 untuk menjulang trofi Selangor Asia Challenge. Katanya, pasukan kendalian Nidzam Jamil tidak dapat menguji kekuatan sebenar kerana bertemu pasukan […]

JDT Beri Penghargaan Tertinggi Kepada Arif Aiman

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memberikan penghargaan tertinggi kepada pemain sayap pasukan, Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama pasukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sudah pun meraih pelbagai kejayaan pada peringkat domestik. Beliau yang memulakan kariernya dari JDT IV kini dijadikan ikon sebagai panduan buat para pemain […]

Nidzam Jamil Puji Mentaliti 8 Pemain Selangor Di Qatar

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil memuji mentaliti yang dipamerkan lapan pemain pasukan itu yang beraksi dalam Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 baru-baru ini. Skuad negara yang dibimbing Juan Torres Garrido membawa lapan pemain Merah Kuning untuk kejohanan berkenaan. Lapan pemain tersebut ialah Mukhairi Ajmal, Nooa Laine, Azim Al Amin Kamaruddin, Syahir Bashah, Muhammad […]

Jersi ‘Halilintar Tempoyok’ Sri Pahang Terima Pujian Peminat

Jersi terbaharu Sri Pahang yang kaya dengan identiti tersendiri kini menjadi buah mulut para peminat bola sepak tempatan. Pada Jumaat, Sri Pahang telah melancarkan tiga jersi yang terdiri daripada jersi Home, Away dan Third yang bakal digunakan oleh skuad Tok Gajah menjelang musim 2024/2025. Pada musim kali ini, Sri Pahang memilih jenama tempatan, Voltra sebagai […]

Dua Entiti Baru Bakal Jadi Penaja Baru Sabah

Penganjuran kejohanan pra-musim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) dilihat bakal memberi suntikan moral kepada pasukan Sabah FC. Ini kerana SMJ Cup bukan saja dilihat sebagai medan persiapan terakhir anak buah Datuk Ong Kim Swee sebelum Liga Super musim 2024/25 bermula. Malah, kejohanan ini turut mendapat sokongan dua entiti korporat, Sedafiat Sdn Bhd dan Anika […]

JDT Lancar Jersi ‘Home & Away’ Musim 2024/25

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melancarkan jersi baharu mereka untuk musim 2024dalam satu majlis pelancaran yang turut dimeriahkan dengan kehadiran para penyokong di StadiumSultan Ibrahim pada 24 April 2024. Harimau Selatan masih mengekalkan jenama Nike sebagai pengeluar jersi pasukan tersebut. Jersi baharu JDT musim ini didatangkan dengan dua rekaan iaitu jersi berwarna ‘biru […]