Jurang Ranking Malaysia & Indonesia Makin Hampir

Jurang ranking Malaysia dan juga Indonesia kini semakin hampir. Dua negara Asia Tenggara ini bersaing sengit untuk memintas kedudukan satu sama lain berdasarkan kemas kini semasa ranking FIFA. Sang Garuda berjaya mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 manakala Harimau Malaya terpaksa berpuas hati untuk menamatkan saingan pada pusingan kedua. Pencapaian Malaysia bagaimanapun kekal […]

3 Penjaga Gol Malaysia Piala Asia B-23 2018 Hadapi Nasib Berbeza

Tiga bekas penjaga gol skuad Malaysia Bawah 23 Tahun pada kejohanan Piala Asia B-23 2018 alami nasib berbeza dalam saingan Liga Super musim 2024/2025. Pada Piala Asia B-23 edisi 2018, Malaysia yang pada ketika itu dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee telah membawa tiga penjaga gol iaitu Haziq Nadzli, Ifwat Akmal dan Syihan Hazmi. Penampilan […]

Perbandingan Terkini Nilai Pasaran Arif Aiman & Safawi Rasid

Perbandingan nilai pasaran dua tonggak penting negara, Arif Aiman dan Safawi Rasid mencuri perhatian peminat. Kedua-dua pemain ini sedang menjadi watak penting pasukan masing-masing terutamanya dalam kancah Liga Super musim 2024/25. Arif Aiman yang baru sahaja pulih daripada kecederaan kini menjadi watak penting buat Harimau Selatan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua kejohanan. JDT […]

Khalid Samad Mahu Gembleng Sokongan Demi Selamatkan KL City

Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad mahu menggembleng sokongan semua pihak demi menyelamatkan kelab KL City FC. Sokongan yang dimaksudkan ialah meningkatkan kembali bilangan kehadiran penyokong The City Boys di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Khalid mahu berbuat demikian selepas membuat mengamati kehadiran penyokong dalam aksi terbaru Liga Super antara […]

“Ada Cubaan Tukar CEO KL City Tanpa Keperluan”

Ada cubaan yang sedang dilakukan untuk menukar CEO KL City tanpa keperluan ketika ini. Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad memaklumkan bahawa terdapat usaha untuk menukar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City. Beliau ketika ditemui di sebuah tempat di Kuala Lumpur hari ini memaklumkan bahawa terdapat campur tangan dalam pasukan […]

Perak Nyatakan Sokongan Kepada Yusri Che Lah

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah terus mendapat sokongan daripada pengurusan kelab itu meskipun berdepan prestasi yang kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Musim 2024/25 menyaksikan Perak merekodkan empat kekalahan daripada lima perlawanan Liga Super. Terbaru, pasukan itu tunduk 2-0 kepada Penang FC. Satu-satunya kemenangan yang dilakar The Bos Gaurus dalam liga ialah pasukan Kedah Darul […]

Khalid Samad: Pendapatan DBKL RM2.38 Bilion, Apa Salahnya Beri 0.5% Kepada KL City

Pendapatan tinggi DBKL mencecah RM2.38 Bilion membuatkan harapan untuk melihat dana itu disalurkan kepada KL City namun kini masih tertangguh. Perkara ini dijelaskan oleh Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad ketika ditemui media di Kuala Lumpur. Katanya, pemain KL City masih tidak menerima gaji sungguhpun telah menewaskan Selangor dengan keputusan […]

Allee Putra Mahu Bawa Ilmu Dari Eropah Ke Liga Malaysia

Bekas pemain Kelantan FC, Allee Putra Azril mahu berkongsi ilmu yang diraih di Sepanyol dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Nama pemain tengah berusia 18 tahun ini mula dikenali apabila berkelana ke Sepanyol untuk beraksi bersama pasukan remaja Malaga City. Selepas beberapa tahun bersama pasukan Sepanyol itu, Allee pulang ke Malaysia dan menyertai pasukan Kelantan. […]

Giancarlo Gallifuoco Lega Tamatkan Penantian 26 Tahun KL City

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco mengakui lega kerana membantu pasukan itu meraih kemenangan ke atas Selangor FC dalam tempoh 26 tahun. Aksi terbaru Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras menyaksikan dua pasukan itu berentap untuk menentukan siapa pasukan jaguh Lembah Klang. Kelebihan memihak kepada Selangor kerana pasukan itu meraih dua […]

Miroslav Kuljanac Ingatkan Haqimi Azim ‘Nak Jadi Bintang Perlu Kerja Keras’

Miroslav Kuljanac menitipkan pesan berguna buat pemain muda berbakat KL City, Haqimi Azim agar menjadi bintang bola sepak yang berjaya di masa hadapan. Haqimi Azim merupakan prospek masa hadapan negara apabila nama penyerang muda KL City itu mula meniti di bibir peminat bola sepak hasil aksi cemerlang bersama kelab dan negara. Kelibat pemain berusia 21 […]

KL City Manfaatkan Kelemahan Selangor Sebaik Mungkin

KL City mendedahkan perancangan yang digunakan bagi memerangkap Selangor untuk memungut tiga mata dalam aksi Liga Super 2024/2025 pada Ahad. Aksi yang berlangsung di Cheras itu menyaksikan The City Boys mencalarkan ego Selangor dengan kemenangan tipis 1-0 hasil penyudah Jovan Matika pada minit ke-63 untuk memastikan Gergasi Merah pulang hampa. Menurut ketua jurulatih KL City, […]

Aksi Sabah & JDT Rekod Kehadiran Tertinggi Minggu 5 Liga Super

Aksi minggu kelima Liga Super musim 2024/25 menyaksikan aksi Sabah FC merekodkan kehadiran tertinggi sebelum diikuti oleh Perak FC. Aksi terbaru liga membabitkan Sabah dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 13 Julai lalu menyaksikan Harimau Selatan dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan 3-1. Meskipun tewas, corak permainan yang dipamerkan anak buah Datuk Ong […]

Matthew Davies Terima Penilaian Mengejutkan Lawan Sabah

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies menerima penilaian mengejutkan lawan Sabah. Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan berdepan The Rhinos dan beraksi bersama Jordi Amat, Feroz Baharudin dan juga Murilo Henrique. Kesilapan bekas tonggak Sri Pahang ini bagaimanapun membuka ruang buat tuan rumah merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti. Beliau […]

Yusri Che Lah: Keyakinan Pemain Tak Boleh Diubati Dengan Panadol Actifast

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah menyatakan bahawa keyakinan para pemainnya tidak boleh diubati dengan panadol actifast. Jurulatih The Bos Gaurus itu menzahirkan kekecewaan selepas pasukan kendaliannya tunduk 0-2 di tangan seteru terdekat, Penang FC di laman sendiri. Katanya, beliau sudah hilang sabar dengan persembahan pasukannya yang seolah-olah beraksi tanpa hala tuju dan semangat. Kesilapan […]

“Sertai Buriram United? Idea Yang Bagus”

Tonggak utama KL City menjawab idea yang dilontarkan untuk menyertai kelab gergasi Thailand, Buriram United. Kapten The City Boys, Paulo Josue menyatakan hasrat untuk kekal komited bersama pasukan Lembah Klang itu. Beliau kini sudah melakukan perbincangan bersama pihak pengurusan pasukan untuk menyelesaikan tunggakan gajinya. “Sudah tentu saya mahu gaji saya tepat pada masanya namun jika […]

Kenny Pallraj Sasar KL City Dalam Kelompok 3 Terbaik Liga Super

Pemain pertahanan KL City FC, Kenny Pallraj mahu melihat pasukan itu berada dalam kedudukan tiga pasukan terbaik Liga Super musim 2024/25. Hasrat itu diluahkan beliau selepas membantu The City Boys melakar kemenangan mengejut ke atas Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Julai lalu. Pemain sayap Bosnia-Herzegovina, Jovan Motika muncul wira […]