Pemain Negeri Sembilan Bakal Dipinjamkan Ke Kelab Luar Negara

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus mendedahkan pemain pasukan itu bakal dipinjamkan kepada sebuah pasukan yang berpangkalan di luar negara. Perkara ini dinyatakan sendiri Faliq menerusi satu ciapan di X pada 14 Julai lalu. Beliau memaklumkan ini sebahagian daripada strategi jangka panjang Negeri Sembilan untuk meningkatkan kualiti pasukan itu. Strategi ini tidak […]

Paulo Josue Tolak Panggilan Kelab Lain, Hati Milik KL City

Kapten pasukan KL City, Paulo Josue mengakui tidak berminat untuk menerima tawaran kelab lain dan hatinya masih bersama pasukan. Beliau lega apabila berjaya membantu The City Boys untuk meraih 3 mata penting menentang Selangor FC di laman sendiri dengan keputusan 1-0. Pemain berusia 36 tahun itu mengakui hatinya masih bersama KL City dengan kontraknya masih […]

Nidzam Jamil: Saya Percaya Selangor Boleh Menang Aksi Ini

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil percaya Selangor sebenarnya mampu menewaskan KL City. Pengendali muda berusia 44 tahun itu menyaksikan anak buahnya menghadapi tentangan hebat The City Boys di laman lawan. Beliau bagaimanapun memuji kesungguhan yang ditonjolkan oleh para pemainnya untuk mencari jaringan dan mencipta peluang. “Kalau kita menilai KL City dengan cerita luar padang, […]

Liga Super: KL City Beri Selangor Rasai Kekalahan Kali Kedua

Naib juara Piala FA 2023, KL City mempamerkan perjuangan hebat untuk memberikan kekalahan kepada Selangor FC dengan keputusan 1-0. Pasukan bimbingan Miroslav Kuljanac menurunkan kesebelasan terbaik untuk mengekang kehadiran The Red Giants. Usaha itu bagaimanapun dikejutkan dengan serangan awal Selangor menerusi bahagian sayap namun penyudah Alvin Fortes berjaya diselamatkan Azri Ghani. KL City hampir memperoleh […]

Corak Hantaran Jauh Sabah Sukarkan JDT

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio mengakui corak hantaran jauh menyukarkan pasukan itu bila berdepan Sabah FC pada 13 Julai lalu. Aksi terbaru Liga Super menyaksikan JDT bertandang ke Stadium Likas untuk memburu kemenangan kelima dalam liga. Selepas mendahului menerusi dua gol Romel Morales, Sabah mendapat talian hayat menerusi penalti Gabriel Peres. […]

Sokongan Penang Bantu Sikh Izhan Menyerlah

Penjaga gol utama Penang FC, Sikh Izhan Nazrel mengakui sokongan yang diberi Penang FC khususnya jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli membantunya menonjolkan prestasi terbaik untuk musim 2024/25. Sejak menyertai Harimau Kumbang secara pinjaman semusim dari Selangor FC, penjaga gol berusia 22 tahun itu membuktikan dirinya antara penjaga gol terbaik negara ketika ini. Sikh Izhan bukan […]

Syihan Hazmi Bolos Dua Gol Dengan Cara Sama

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi dibolosi dua jaringan dengan cara yang sama musim ini. Pemain berusia 27 tahun itu mendapat kepercayaan Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan menentang Sabah FC. Skuad Harimau Selatan berjaya merakamkan kemenangan ke-5 musim ini sekaligus kekal di tangga teratas liga […]

Siaran Langsung Liga Super: KL City vs Selangor (Live Streaming)

Aksi minggu ke-5 menyaksikan pertemuan antara KL City dan juga Selangor menjadi bualan. Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil bagaimanapun tidak mahu memandang rendah keupayaan lawan yang berada dalam kemelut luar padang. “Kita rasa KL City sebuah pasukan sangat baik. Mereka cukup berdiplin dan beberapa pemain yang boleh mengubah perlawanan. “Mereka ada Paulo Josue, mereka […]

“Pemain Import Main Macam Tu? Saya Hairan” – Irfan Bakti

Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim meluahkan kehairanan melihat aksi pemain import Perak FC, Sunday Afolabi sepanjang aksi menentang Penang FC bagi saingan Liga Super semalam. Dalam perlawanan bertemu Penang, Sunday telah diletakkan di dalam kesebelasan utama oleh pengendali Perak, Yusri Che Lah. Namun aksi Sunday hanya bertahan 45 minit sahaja sebelum dikeluarkan dan digantikan […]

“Saya Tak Pasti Penalti Tu Hadiah Daripada Siapa” – Kim Swee

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menzahirkan kekecewaan selepas pasukannya bolos pada saat akhir menentang JDT. The Rhinos memberikan saingan terbaik pada kedua sebelum dihukum oleh sepakan penalti pada saat akhir untuk tewas dengan keputusan 3-1. Bekas pengendali kebangsaan itu bagaimanapun sedikit kecewa selepas bolos dua gol pada aksi babak pertama. “Saya sedikit kecewa […]

Yusri Che Lah: Perak Seakan Takut Beraksi Di Laman Sendiri

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui merasa pelik melihat anak-anak buahnya seakan takut beraksi di gelanggang keramat mereka, Stadium Perak. Aksi terbaru Liga Super membabitkan Perak dan Penang FC berlangsung di Stadium Perak. Perlawanan ini disifatkan peluang buat kedua-dua pasukan untuk memburu kemenangan dalam liga. Meskipun banyak mencipta peluang jaringan, The Bos Gaurus ketinggalan […]

Liga Super: Kemenangan Penang Menjelma, Kejutkan Perak Di Ipoh

Hasrat Penang FC mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini akhirnya menjadi kenyataan selepas menewaskan Perak FC di Stadium Negeri Perak sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat dengan Penang mempertaruhkan gandingan Rodrigo Dias dan Neto Oliveira di bahagian serangan manakala Perak pula menurunkan Clayton sebagai penyerang tunggal di hadapan. Aksi dimulakan dengan […]

Liga Super: JDT Ditekan Hebat Sebelum Atasi Sabah

Aksi Liga Super minggu ke-5 menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menundukkan Sabah FC dengan keputusan 3-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas itu menyaksikan anak didik Datuk Ong Kim Swee bermula baik untuk mematahkan serangan Harimau Selatan. Kesilapan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi yang keluar untuk mematahkan hantaran Arif Aiman mengundang padah apabila […]

KL City Adakan Perbincangan, Isu Paulo Josue Hampir Temui Titik Noktah

Pengurusan KL City FC mendedahkan isu tunggakan gaji pemain termasuk kapten Paulo Josue semakin menemui titik noktah. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard kepada Nadi Weekend hari ini. Sebelum ini, isu tunggakan gaji membabitkan The City Boys timbul apabila Josue mendakwa beliau tidak menerima gaji selama tujuh bulan. […]

Liga Super: Sri Pahang Jadi Mangsa Kebangkitan Negeri Sembilan

Sri Pahang terpaksa akur menelan kekalahan di gelanggang sendiri setelah tewas 2-0 kepada Negeri Sembilan. Skuad Negeri Sembilan akhirnya meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super setelah tewas tiga perlawanan awal sebelum ini. Fadhli Shas selaku kapten pasukan memimpin kesebelasan utama Sri Pahang yang turut dibarisi pemain seperti Azrif Nasrulhaq, Manuel Hidalgo, Azam Azih, Azwan […]

Nasihat Johan Kamal Dorong Sikh Izhan Cari Angin Baru

Penjaga gol Selangor FC yang dipinjamkan ke Penang FC, Sikh Izhan menganggap nasihat daripada Ketua Pegawai Operasi (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon mendorong beliau tinggalkan Selangor. Johan Kamal dikatakan telah menasihati Sikh Izhan untuk berhijrah bagi minit permainan serta masa depan penjaga gol muda berusia 22 tahun itu. “Penang adalah satu pasukan yang saya […]