Negeri Sembilan Waspada Dengan Amukan Sabah

Kapten Negeri Sembilan FC, Nasrullah Haniff Johan mahu pasukan itu tidak memandang enteng cabaran Sabah FC menjelang aksi terbaru Liga Super. Sabah ibarat harimau luka selepas tewas tiga kali berturut-turut dalam aksi Liga Malaysia (Liga M). Anak buah Datuk Ong Kim Swee itu bukan saja terpaksa menelan kepahitan disingkirkan Terengganu FC dalam saingan Piala FA […]

KL City Terima RM1 Juta

Finalis Piala FA 2023, KL City FC kini difahamkan telah menerima RM1 Juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). The City Boys kini hangat diperkatakan selepas difahamkan mengalami tunggakan gaji pada musim ini. Hal ini bermula apabila kapten pasukan, Paulo Josue tampil memaklumkan berkenaan situasinya yang dikatakan mengalami tunggakan 7 bulan gaji. Perkara ini bagaimanapun […]

Akhyar & Safawi Rasid Rehat Lawan JDT?

Duo serangan Terengganu FC, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid difahamkan hanya berehat ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain pinjaman skuad Harimau Selatan ini memperagakan aksi terbaik untuk membantu skuad peteh musim ini. Gandingan serasi ini juga telah memastikan Terengganu tidak tewas dalam mana-mana perlawanan setakat ini. Dua pemain ini bagaimanapun difahamkan tidak dapat diturunkan […]

AFC Buka Kertas Siasatan Terhadap KL City

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah melancarkan siasatan ke atas finalis Piala AFC 2022, KL City FC. Siasatan ini dilancarkan susulan pendedahan KL City sebenarnya memiliki tunggakan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berjumlah RM719,116. Lebih mengejutkan, tunggakan ini dikatakan sudah ada sejak 2023. Hal ini diketahui Pengarah Kuala Lumpur United FC Sdn Bhd, Syed […]

“Keputusan Pasti Berbeza Jika Faisal Halim Ada” – Johan Kamal

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menegaskan keputusan perlawanan yang kurang memuaskan Gergasi Merah pasti berbeza jika adanya Faisal Halim di atas padang. Menurut Johan, kem Selangor kendalian Nidzam Jamil amat menantikan kepulangan semula Faisal yang terpaksa berehat panjang akibat disimbah asid pada 5 Mei lalu. “Perkara ini (prestasi kurang memuaskan […]

Terengganu Cabar Rekod Hebat JDT

Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC kini berupaya mencabar rekod hebat Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner merekodkan kemenangan ke-6 musim ini selepas menundukkan Selangor FC dengan keputusan 3-2. Kemenangan di laman sendiri itu membolehkan skuad Peteh memiliki peluang terbaik untuk melangkah ke final Piala FA 2024. Pencapaian membanggakan ini membolehkan Terengganu menjadi […]

Rahadiazli Rahalim Perlu Pertimbang Semula Cadangan Jurulatih?

Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim mungkin perlu mempertimbangkan semula cadangan ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbrucker yang disuarakan pada penghujung musim lalu. Rahadiazli pernah dicadangkan oleh Steinbruckner untuk berhijrah ke pasukan lain memandangkan saingan sengit di posisi penjaga gol. “Untuk masa depannya, Abe (Rahadiazli) perlu ke kelab lain untuk menjadi penjaga gol nombor satu kerana […]

Perbezaan Nilai Skuad JDT & Selangor Cecah RM34 Juta

Perbezaan nilai skuad terkini pasukan Johor Darul Tazim (JDT) dan Selangor FC kini mencecah RM34 Juta. Perkembangan terbaru kedua-dua pasukan handalan Malaysia ini mencuri tumpuan tatkala mereka bakal membawa cabaran negara ke kancah Asia. Skaud Harimau Selatan akan beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala The Red Giants menjadi wakil tunggal Malaysia di Liga […]

Jovan Motika Teruja Cetak Gol Sulung Buat KL City

Pemain sayap KL City FC, Jovan Motika mengakui merasa teruja kerana mencipta gol sulungnya bersama pasukan Lembah Klang itu. Nama pemain sayap berusia 25 tahun itu menjadi sebutan penyokong The City Boys apabila meledakkan gol kemenangan semasa menentang Selangor FC dalam aksi Liga Super pada 14 Julai lalu. Gol itu bukan saja gol pertama Motika […]

Adib Raop Tidak Gentar Dengan Cabaran Selangor

Pemain pertahanan Penang FC, Adib Raop tidak gentar dengan cabaran pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC menjelang aksi terbaru Liga Super. Musim 2024/25 menyaksikan Penang merekodkan prestasi baik dalam liga dengan hanya merekodkan satu kekalahan dalam lima perlawanan liga. Selain merekodkan kemenangan pertama ke atas Perak FC pada 13 Julai lalu, Harimau Kumbang juga tidak […]

Hazwan Bakri Rindu Kembali Ke Padang

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Ahmad Hazwan Bakri mengakui rindu beraksi di atas padang selepas terpaksa berehat lama akibat kecederaan. Hazwan, 33, terpaksa berehat lama selepas mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL) dalam aksi terakhir Liga Super 2023 membabitkan JDT dan Penang FC. Bekas penyerang Selangor FC diberi peluang beraksi sebagai pemain […]

Akmal Rizal Congak Taktik Berbeza Lawan Selangor

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli bakal mencorak taktik berbeza menjelang aksi Liga Super menentang Selangor FC. Penang tampil dengan prestasi baik selepas merekodkan kemenangan pertama liga pada 13 Julai lalu. Skuad Harimau Kumbang meraih kemenangan 2-0 ke atas Perak FC. Neto Oliveira dan Alif Ikmalrizal Anuar mencipta nama sebagai penjaring dalam perlawanan tersebut. […]

Ramuan Taktikal Akmal Rizal Bantu Penang Kurang Dibolosi

Ketua Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mendedahkan corak permainan yang diterapkan kepada anak buahnya sehingga menyaksikan Penang menjadi salah satu pasukan yang paling kurang dibolosi setakat ini dalam saingan Liga Super. Jurulatih berusia 42 tahun itu memberitahu MakanBola bahawa semua pemain yang diturunkan harus membantu dalam bertahan tidak kira di mana posisi mereka. […]

Penang Hilang Import Kebal Hadapi Selangor

Penang FC dipastikan tidak dapat menggunakan khidmat pertahanan import kebal bagi saingan Liga Super seterusnya menentang Selangor FC, 27 Julai ini. Pengendali Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli memberitahu MakanBola bahawa kelibat Richmond Ankrah tidak akan dapat disaksikan dalam perlawanan tersebut memandangkan pemain tersebut adalah pemain pinjaman dari Selangor. “Bertemu Selangor, kita tidak dapat menggunakan Richmond […]

MFL Jawab Status Tunggakan KWSP KL City

First Instance Body (FIB) tampil menjelaskan isu tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan KL City FC. Isu tunggakan KWSP pasukan Lembah Klang itu timbul apabila pengarah KL United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar mendakwa KL City memiliki tunggakan berjumlah RM719,116. Ini selepas Syed Yazid membuat semakan tentang status caruman yang dibuat […]

Abdullah Sani Jamin Isu KL City Bakal Selesai

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid memberi jaminan isu gaji yang membelenggu KL City FC bakal diselesaikan secepat mungkin. Isu tunggakan gaji pasukan Lembah Klang itu timbul apabila kapten pasukan, Paulo Josue mendakwa beliau berdepan tunggakan gaji selama beberapa bulan. Isu ini semakin hangat apabila bekas Presiden KLFA, […]