Liga Super: JDT Benam Terengganu 4-0

Aksi minggu 6 Liga Super menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menoktahkan kekalahan pertama Terengganu dengan keputusan 4-0. Skuad kendalian Hector Bidoglio bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi sepakan kencang Heberty Fernandes seawal minit ke-6. Terengganu bergelut tanpa kelibat Akhyar dan Safawi Rasid pada bahagian serangan dengan Ismaheel Akinade kurang mendapat sokongan. Kesilapan daripada pertahanan […]
Kedah Terima Sokongan 30 Penaja

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendepani cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 dengan sokongan 30 entiti korporat. Identiti semua penaja ini dikongsikan pengurusan Sang Kenari dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Stadium Darul Aman. Ini dilihat sebahagian daripada usaha pemegang saham majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Daud Bakar untuk memperkukuh kedudukan kewangan […]
Lembaga Pengarah KL City Komited Selesaikan Masalah Dalaman

Lembaga pengarah kelab Lembah Klang, KL City FC memberi jaminan mereka komited untuk memastikan semua isu dalaman yang timbul berakhir dengan baik. Sejak kebelakangan ini, peminat bola sepak negara dikejutkan pendedahan isu tunggakan gaji dan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pasukan itu. Susulan pendedahan yang timbul, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melancarkan siasatan […]
Zainal Abidin Kesan Perbezaan Safawi Rasid Di JDT & Terengganu

Lagenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengesan perbezaan Safawi Rasid ketika berada di JDT dan juga Terengganu. Pemain berusia 27 tahun itu dipinjamkan ke kelab negeri kelahirannya pada musim ini setelah berdepan saingan sengit untuk mendapatkan tempat di JDT. “Kita tahu siapa Safawi Rasid. Kita nampak beliau bermain di JDT dikelilingi oleh pemain-pemain […]
Azzmi Aziz Mahu Negeri Sembilan Kembali Bangkit

Pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz mahu pasukan itu kembali bangkit untuk aksi Liga Super seterusnya. Hajat skuad Rusa meraih kemenangan kedua dalam liga tidak kesampaian apabila tewas 2-0 kepada Sabah FC di Stadium Likas pada 25 Julai lalu. Daniel Ting dan Jafri Firdaus Chew mencipta nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu. Negeri Sembilan turut […]
Zamsaham: Saya Akui Gagal Tapi Ada ‘Pengacau’ Di TRW Kelantan FC

Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mengakui bahawa beliau gagal menjadi pemilik yang bagus buat pasukan tersebut. Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat tunggakan gaji terhadap para pemain, pegawai serta staf kejurulatihan pasukan dan tunggakan tersebut adalah selama tiga bulan. “Berkenaan The Red Warrior (TRW) gagal, ya saya akui […]
JDT Dapat 3 Tonik Tambahan Hadapi Terengganu

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat tiga tonik tambahan berdepan Terengganu. Skuad kendalian Hector Bidoglio tidak tewas dalam mana-mana perlawanan musim ini termasuklah ketika merekodkan kemenangan 2-1 di Darul Aman. Skuad Peteh juga mengekalkan rekod sama selepas 8 perlawanan musim ini sekaligus menyaksikan aksi ini menjadi tumpuan. JDT bagaimanapun memiliki beberapa kelebihan […]
Terengganu Pincang Tanpa Safwan Mazlan

Pasukan Pantai Timur, Terengganu FC terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan kebangsaan, Safwan Mazlan menjelang aksi terbaru liga menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Sebelum ini, skuad Peteh terpaksa melupakan khidmat dua pemain sayap negara, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid untuk aksi berkenaan. Ini disebabkan status mereka sebagai pemain pinjaman pasukan gergasi selatan tanah air […]
Jersi Baru Kedah Terima Pujian Penyokong

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya memperkenalkan jersi baru mereka untuk musim 2024/25. Pengenalan jersi baru ini dibuat menerusi satu hantaran video yang disiarkan di platform rasmi pasukan hari ini. Jersi baru keluaran ALX ini dilihat lebih menonjol berbanding jersi-jersi sebelumnya. Jersi home mengekalkan kombinasi warna tradisi hijau dan kuning. Sementara jersi away pula […]
Liga Super: Sabah Tundukkan 10 Pemain Negeri Sembilan

Sabah FC berjaya menamatkan rentetan kekalahan sebelum ini dengan berjaya menundukkan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi. Sabah yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee tidak dapat menurunkan skuad terbaik apabila tidak dapat menggunakan Saddil Ramdani dan Darren Lok. Manakala Negeri Sembilan mencipta kejutan apabila hanya menurunkan dua import di […]
FAM Anggap Keputusan Nazmi Nasaruddin Tepat

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganggap keputusan pengadil, Nazmi Nasaruddin ketika mengendalikan aksi Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tepat. Oleh yang demikian, FAM meminta agar semua pihak terutamanya penyokong untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh seseorang pengadil dan tidak membuat komen mengikut emosi. Peminat juga perlu memahami undang-undang bola sepak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa […]
Siaran Langsung Liga Super: Sabah vs Negeri Sembilan (Live Streaming)

Aksi minggu ke-7 Liga Super bakal menemukan Sabah dan juga Negeri Sembilan. Sabah berada dalam momentum kurang baik selepas tewas tiga perlawanan pada peringkat kumpulan manakala Negeri Sembilan merekodkan tiga mata pertama menewaskan Sri Pahang. Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya kembali bangkit selepas tewas 3 perlawanan berturut-turut. “Sebelum ini, […]
GTR Burger Tarik Diri Sebagai Rakan Kerjasama Strategik Kedah

Rakan strategik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), GTR Burger menarik diri sebagai rakan kerjasama strategik pasukan itu. Pengumuman ini dibuat pemilik syarikat, Nordin Mat menerusi satu hantaran di platform rasmi mereka pada 24 Julai lalu. Sebelum ini, GTR Burger memeterai kerjasama dengan Sang Kenari sebagai rakan rasmi kategori makanan dan minuman pada Mei lalu. […]
Rekod Pertembungan JDT & Terengganu ‘Berat Sebelah’

Rekod pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC dilihat berat sebelah. Kedua-dua pasukan ini akan bertemu bagi aksi ke-6 Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim pada 26 Julai 2024 ini. Perlawanan ini juga penting tatkala finalis Piala Malaysia 2023 ini masih tidak tewas dalam mana-mana perlawanan yang diharungi musim ini. Anak didik […]
Dua Tonggak Utama Kembali Perkuat KL City Berdepan Sri Pahang

Dua tonggak utama KL City bakal kembali memperkuat pasukan menjelang pertemuan berdepan Sri Pahang. Khabar gembira ini dikongsikan oleh ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac yang meluahkan rasa lega dengan kepulangan pemain dari kecederaan, membuatkan persiapan pasukan berjalan lancar. “Persiapan kami semakin baik dengan beberapa pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan telah kembali ke sesi […]
Terengganu Idam Raih Mata Berdepan JDT

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner menyeru anak buahnya memberikan tentangan yang hebat menjelang aksi Liga Super bertemu JDT kelak. Dua perlawanan Liga Super melawan JDT dan Negeri Sembilan amat penting pada pandangan jurulatih itu dalam mencipta momentum positif sebelum turun untuk perlawanan kedua separuh akhir Piala FA menentang Selangor kelak. Terengganu yang berada di […]