Kim Pan-gon Pantau Kekuatan PJ City & Kedah

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon kembali meneruskan tugas seperti biasa apabila beliau dikatakan berada di Stadium MBPJ malam ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu turun bersama-sama barisan kejurulatihannya dalam misi untuk mencari barisan pemain terbaik bagi panggilan berikutnya. Beliau yang seringkali dilihat berada dalam stadium untuk meneliti dan melihat dengan sendirinya aksi kesemua para […]

Kalah Berturutan, Penaung Kedah Darul Aman FC Luah Isi Hati Mengguris Sanubari

Aksi longlai yang dipamerkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ketika tewas mengejut 2-3 kepada Melaka United semalam ternyata telah mengejutkan semua pihak. Walaupun beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong, pasukan Kedah gagal mempamerkan konsistensi permainan apabila dilihat kurang agresif pada 20 minit terakhir permainan yang membolehkan Melaka menjaringkan dua gol untuk memenangi perlawanan. […]

Liga Super: Kedah Tewas Lagi, Kali Ini Tewas Di Stadium Sendiri Kepada Melaka United

Perlawanan ketujuh Liga Super (LS7) ini menemukan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang melayan kunjungan Melaka United. Perlawanan berkesudahan kemenangan bergaya buat pasukan pelawat yang menewaskan Kedah dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar sebentar tadi. Kedah memulakan permainan dengan sangat positif dengan beberapa hantaran lintang dibuat […]

Lihat Jaringan Torpedo Syafiq Ahmad Buat Mata Yang Melihat Terpukau

Kelibat pemain pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad memberi impak yang cukup besar buat pasukan apabila menjadi watak penting ketika menetang Melaka United malam ini. Syafiq memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama nyata membalas kepercayaan yang diberikan apabila sukar dirantai oleh barisan pertahanan lawan. Pemain berusia 26 tahun ini tidak menunggu lama untuk membuktikan sentuhan […]

Aidil Sharin Tagih Sokongan Padu Penyokong Kedah Dalam Misi Tewaskan Melaka United

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak mengharapkan para penyokong Kedah dapat memenuhi Stadium Darul Aman malam ini dalam usaha pasukan memburu kemenangan selepas tewas besar dua perlawanan bulan lalu. Misi memburu tiga mata ini sangat penting buat Kedah supaya tidak terus tergelincir dalam carta Liga Super musim ini. Pasukan lain […]

3 Pertahanan Kiri Harimau Malaya Kembali Menyinar Menjelang Kelayakan Piala Asia

Kelibat 3 pertahanan kiri yang kembali menyinar bersama pasukan masing-masing sudah pasti menggembirakan para penyokong Harimau Malaya. Sebelum ini, pasukan negara hanya bergantung kepada kecemerlangan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), La Vere Corbin Ong yang menjadi tunjang pada posisi tersebut. Sungguhpun terdapat beberapa orang pemain yang pernah mengisi posisi itu, ia masih tidak dapat menandingi […]

Otak Geliga Azam Azih Mampu Buat KL City Terduduk Sekali Lagi

Kelibat pemain tengah berpengalaman, Azam Azih dijangka bakal menjadi duri dalam daging buat KL City FC ketika pertemuan dijangka berlangsung hujung minggu ini. Perancang tengah berusia 27 tahun itu merupakan antara pemain tunjang di bawah kendalian Christophe Gamel selain memainkan perana yang cukup penting buat pasukan. Beraksi sebagai pemain tengah tulen (no.8), Azam seringkali menyalurkan […]

Syafiq Ahmad Jadi Peluru Ampuh Kedah Robek Melaka United

Penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad dijangka bakal kembali untuk mengetuai jentera serangan pasukan menjelang pertembungan dengan pasukan Melaka United, jumaat ini. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara pemain utama di bawah kendalian jurulatih, Aidil Sharin Ishak untuk memcau jentera serangan pasukan. Beliau turun dalam kesemua 6 perlawanan Liga Super musim ini […]

Liga Super: Sabah Kulaikan Kedah di Likas

Perlawanan keenam Liga Super menemukan pasukan tuan rumah Sabah FC yang melayan kunjungan pasukan gergasi utara, Kedah Darul Aman FC. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Sabah yang menewaskan Kedah 4-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas sebentar tadi. Di awal permainan, Sabah dilihat lebih agresif dengan hantaran-hantaran ke hadapan namun berjaya dipatahkan […]

Liga Super: Penang FC Meneruskan Kemarau Kemenangan, Kali Ini Tewas Kepada Sri Pahang

Perlawanan Liga Super ini menemukan dua pasukan yang masih mencari kemenangan pertama dalam saingan Liga Super iaitu Sri Pahang dan Penang FC. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan buat pasukan Sri Pahang dengan keputusan 3-1 menumpaskan Penang FC Di Stadium Darul Makmur malam tadi. Penang hampir mendahului Sri Pahang seawal minit ke-2 permainan namun tandukan Christian Rontini […]

Nafuzi Zain Dedah Rahsia Taktikal Yang Digunakan Bagi Memerangkap Pertahanan Selangor

Kemenangan 2-0 Terengganu FC (TFC) ke atas Selangor FC semalam memperlihatkan betapa taktikal yang digunakan pengendali TFC, Nafuzi Zain begitu menjadi. Nafuzi ketika ditemubual selepas perlawanan dilihat sangat berpuas hati dengan sumbangan para pemainnya dan beliau juga membongkar ramuan taktikal yang digunakan dalam perlawanan menentang Selangor semalam. “Saya percaya dengan semua pemain saya tidak kira […]

3 Sebab Utama Ini Dikatakan Menjadi Punca Kekalahan Mudah Selangor Di Tangan Terengganu

Kekalahan 0-2 kepada Terengganu FC semalam menyaksikan rekod tanpa kalah Selangor FC dalam Liga Super lebur. Lebih menyedihkan adalah, prestasi pemain Selangor semalam berada di bawah kemampuan sebenar. Gol Faisal Halim dan penalti Tchetche Kipre sudah cukup untuk membuatkan Selangor pulang dengan tangan kosong. Rata-rata penyokong Selangor dilihat meluahkan apa yang terbuku di hati mereka […]

Liga Super: Terengganu Gah Di Gong Badak, Hadiahkan Kekalahan Pertama Buat Selangor

Perlawanan Liga Super yang menemukan pasukan Terengganu FC selaku tuan rumah melayan kunjungan Selangor FC berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Terengganu dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi. Perlawanan dimulakan dengan Selangor lebih menguasai perlawanan dengan beberapa siri serangan melalui pertahanan kiri mereka, Fazly Mazlan namun percubaannya tersasar. […]

Nafuzi Zain Bongkar Misteri Kehilangan Tchetche Kipre Bersama Pasukan Terengganu FC

Pengendali pasukan Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengakui kehilangan khidmat Kpah Sherman dalam perlawanan menentang Selangor malam esok bakal diisi penyerang import lain. TFC mempunyai dua lagi opsyen untuk diletakkan sebagai penyerang iaitu Tchetche Kipre dan Jordan Mintah. Nafuzi akui mengharapkan Sherman namun beliau melihat kedua-dua pemain ini sudah bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan esok. […]

Liga Super: ‘Derbi Utara’ Milik Kedah, Dua Gol Ngah Wanja Meranapkan Malam Penang

Perlawanan Liga Super ini digelar ‘Derbi Utara’ yang menemukan dua pasukan dari utara semenanjung Malaysia iaitu Kedah Darul Aman FC dan Penang FC. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Kedah dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya sebentar tadi. Kedah memulakan perlawanan dengan positif dan mereka mempunyai peluang keemasan seawal minit ke-2 […]

Kepakaran Syafiq Ahmad Ditagih Robek Gawang Penang FC

Penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad dijangka terus menjadi sandaran utama pasukan yang bakal turun menentang Penang FC Sabtu ini. Pemain yang dipinjam dari Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali memperoleh rentak sebenarnya apabila menjadi watak penting buat pasukan Hijau Kuning musim ini. Beliau yang  beraksi cemerlang dalam 3 perlawanan awal sungguhpun terpaksa menelan kepahitan […]