Bekas Pemain Selangor Dedah Perbezaan Ketara Herlison Caion Dan Ifedayo Olusegun

Kemenangan 4-1 Selangor FC ke atas Kedah Darul Aman FC tempoh hari, diserikan dengan prestasi memukau yang ditampilkan oleh penyerang Selangor, Herlison Caion. Dalam perlawanan itu, Caion berjaya meledak dua gol yang sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama Selangor dalam Liga Super selepas hanya seri dalam dua perlawanan terawal. Bekas pemain tengah Selangor, Nazzab Hidzan mengakui […]

Berada Di Tangga Tercorot, Terengganu FC Tetap Sasar Satu Trofi Musim Ini

Pihak kerajaan negeri Terengganu tetap menaruh keyakinan tinggi terhadap pasukan Terengganu FC (TFC) walaupun pasukan itu menghuni tangga tercorot Liga Super selepas mengharungi dua perlawanan liga. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, prestasi yang ditunjukkan TFC untuk dua perlawanan terawal itu bukanlah aksi sebenar skuad itu. […]

Aksi ‘Kereta Kebal Sabah’ Rizal Ghazali Yang Memusnahkan Harapan Sarawak United

Pemain pertahanan kanan Sabah FC, Rizal Ghazali menampilkan aksi berkualiti dalam kemenangan tipis Sabah ke atas Sarawak United 1-0 tempoh hari. Walaupun beraksi di gelanggang lawan, Rizal dilihat tiada masalah untuk mempamerkan tahap permainan yang memuaskan. Rizal beraksi penuh 90 minit dalam perlawanan tersebut. Rizal sebelum ini sangat sinonim dengan ketahanan fizikal yang baik apabila […]

Pemain Selangor Main Bermati-Matian Depan Kim Pan-gon

Pertembungan antara dua pasukan gergasi Liga Super, Selangor dan juga Kedah Darul Aman FC semalam menjadi perlawanan yang sangat bermakna buat pasukan tuan rumah. Namun begitu, aksi para pemain Selangor yang beraksi dengan cukup luar biasa mendapat perhatian ramai tatkala ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon turut berada di stadium. Kelibat jurulatih berusia 52 tahun […]

Syihan Hazmi Pamer Ketangkasan Menakjubkan Buatkan Casagrande ‘Garu Kepala’

Perlawanan Liga Super melibatkan pasukan Penang FC dan Negeri Sembilan FC semalam berakhir dengan keputusan seri 1-1 di mana kedua-dua pasukan mendapat gol melalui sepakan penalti. Dalam perlawanan tersebut, penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed merupakan antara individu yang paling sibuk di atas padang demi mempertahankan gawangnya dari dibolosi. Penjaga gol berusia 26 […]

Sampai Bila Nak Kaji VAR? FAM Perlu Lebih Segera

Sejak kebelakangan ini, banyak kontroversi yang melibatkan keputusan pengadil berlaku dalam saingan Liga Malaysia. Banyak pihak berpendapat bahawa sudah tiba masa untuk Video Bantuan Pengadil (VAR) dilaksanakan dalam liga kita. Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad berpendapat sudah tiba masanya untuk FAM mengguna pakai teknologi tersebut yang dilihat […]

Pj City Dah ‘Next Level’, Tengah Tepi Atas Bawah Semua Mantap

Pasukan Petaling Jaya City (PJ City) FC terus membuktikan kredibiliti pasukan untuk mencabar kejuaraan liga musim ini apabila terus mencatat keputusan yang positif. Sebelum ini, pasukan yang dikendalikan oleh jurulatih, P. Maniam ini melaungkan keyakinan untuk merebut sekurang-kurangnya posisi ‘Top 5’ dalam Liga Super musim ini. Hal ini dilihat seakan satu misi yang tidak mustahil […]

Bojan Hodak Merendah Diri Jelaskan Mengapa Melaka United Tewas

Kemenangan bergaya Kuala Lumpur City ke atas Melaka United dalam saingan Liga Super 2022 tidak menyebabkan Ketua Jurulatih KL City, Bojan Hodak mendabik dada. Beliau sebaliknya dengan merendah diri menjelaskan kemenangan ini lebih kepada taktikal perlawanan dan Melaka United tidak dapat menurunkan beberapa pemain utama. Melaka United yang dikemudi Risto Vidaković bermain tanpa kelibat pemain […]

Liga Super: Sri Pahang Kemarau Kemenangan, Diikat PJ City Di Darul Makmur

Perlawanan Liga Super di antara Sri Pahang FC menentang Petaling Jaya City FC (PJ City) berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 buat kedua-dua pasukan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi. PJ City memulakan perlawanan dengan positif selepas melakukan serangan dilakukan seawal minit pertama melalui Darren Lok. Namun rembatan penyerang berbisa PJ City […]

Nafuzi Zain Yakin Terengganu Tetap Boleh Tewaskan JDT

Pengendali pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain melaungkan keyakinan bahawa anak buahnya mampu bangkit daripada kekecewaan apabila turun berdepan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hujung minggu ini. Beliau mahu anak-anak buahnya untuk terus fokus dengan misi untuk mendapatkan 3 mata penuh sambil yakin episod duka ketika bertemu dengan PJ City Rabu lepas harus segera dilupakan. Ia […]

Pernah Menyinar Di Thailand, Kini Dominic Tan ‘Jantung’ Pertahanan Sabah FC

Pemain pertahanan Sabah FC, Dominic Tan kini menjadi nadi utama di barisan pertahanan pasukan untuk membawa cabaran yang lebih besar buat pasukan musim ini. Bekas pertahanan pasukan JDT ini memilih untuk membawa cabaran bersama pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee selepas berkelana hampir 3 tahun di bumi Thailand. Pertahanan tinggi lampai itu dilihat menjadi pilihan […]

Terengganu FC Cuba Ulangi Sejarah Musim Lalu Bertemu JDT

Kekalahan mengejut 0-3 kepada kepada Petaling Jaya City FC (PJ City FC), Rabu lalu ternyata memberikan tamparan hebat buat pasukan Terengganu untuk segera bangkit. Pemain Terengganu FC (TFC), Muhammad Hafizal Mohamad suarakan keyakinan untuk pasukan TFC bangkit semula dalam pertemuan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) Ahad ini. Hafizal mengenang kembali detik manis pasukan TFC menumpaskan […]

Selepas Beri Aksi ‘Kaw-Kaw’ Lawan KL City, JDT Bakal Kehilangan Fernando Forestieri?

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka bakal terlepas khidmat pemain import pasukan, Fernando Forestieri ketika bakal melayan kunjungan pasukan Terengganu FC Ahad ini. Pemain kelahiran Argentina itu menjadi watak penting buat pasukan Harimau Selatan ketika mencatat kemenangan besar 3-0 ke atas juara Piala Malaysia itu. Beliau yang turun dalam kesebelasan utama pasukan […]

Tular Aksi Cemerlang Azmeer Aris Yang Buatkan Manuel Hidalgo ‘Mati Kutu’

Perlawanan Liga Super yang melibatkan Kedah Darul Aman FC bertemu Sri Pahang tempoh hari menyaksikan pasukan Kedah berjaya mengutip 3 mata penuh di halaman sendiri dengan keputusan 1-0. Walaupun perlawanan tersebut dibayangi beberapa kontroversi yang melibatkan keputusan pengadil, namun kedua-dua pasukan berjaya memperagakan aksi menarik untuk ditontonkan. Di sebalik kemenangan tipis yang diraih Kedah itu, […]

Bojan Hodak: Saya Tidak Dapat Bercakap Mengenai Pengadil Kerana Saya Akan Didenda

Kekalahan 0-3 Kuala Lumpur City FC (KL City) kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam menimbulkan kontroevrsi yang melibatkan keputusan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali. Tewasnya KL City kepada JDT semalam sekali gus menamatkan rekod 23 perlawanan tanpa kalah KL City di laman sendiri. Selepas perlawanan, Hodak yang ditemui dalam satu sidang media dilihat tidak berpuas […]

Kemasukan Syafiq Ahmad Bawa Tuah Buat Kedah

Kemasukan penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Muhammad Syafiq Ahmad terus menjadi watak penting buat pasukan apabila beliau jelas memberi kesan yang cukup besar terhadap prestasi pasukan. Pasukan Hijau Kuning itu turun di halaman sendiri bagi menentang cabaran skuad Tok Gajah yang menyaksikan gol tunggal pertahanan, Rodney Kelvin menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan. Sambil itu, […]