Benjamin Mora: Kita Ada Masalah Di Bahagian Tengah

Benjamin Mora akui pasukannya, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai masalah pada bahagian tengah selepas seri 2-2 sama menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim. “Perlawanan yang amat sukar terutamanya pada separuh masa pertama. “Kami ada sedikit masalah di bahagian tengah, pressing, kami memberikan mereka (Sri Pahang) banyak ruang.. “Kami bermain pada separuh masa kedua sangat […]
Liga Super: Sri Pahang Ikat JDT Di SSI

Perlawanan Liga Super yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang berakhir dengan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim Rabu malam. JDT memulakan perlawanan seperti kebiasaan dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek dan mengawal permainan secara keseluruhan manakala pasukan Sri Pahang dilihat lebih banyak bertahan dan sekali sekala bergerak ke […]
Tersasul Sebut ‘Kedah’, Hati Baddrol Bakhtiar Tertinggal Di Darul Aman

Bekas kapten pasukan Kedah yang kini berasama Sabah FC, Baddrol Bakhtiar dilihat telah tersasul menyebut nama bekas pasukannya dalam satu temubual selepas perlawanan Liga Super antara Penang FC dan Sabah FC pada Selasa malam. Dalam perlawanan tersebut, pasukan Sabah selaku pasukan pelawat berjaya menundukkan Penang dengan keputusan 4-2. Lebih manis lagi, Baddrol berjaya meledak dua […]
Gary Steven Robbat Kembali Dapat Sentuhan ‘Emas’ Di Sabah

Keputusan pemain tengah, Gary Steven Robbat untuk berhijrah ke pasukan Sabah FC ternyata merupakan satu keputusan yang sangat tepat walaupun hadir selaku pemain yang sinonim dengan masalah kecederaan. Pada perlawanan Liga Super yang menemukan Sabah FC menentang Penang FC semalam, Gary dimainkan sepenuh masa dan berjaya mengejutkan para peminat Sabah dengan satu persembahan yang memukau. […]
Christophe Gamel Beri Amaran Jangan Bandingkan JDT Dengan Sri Pahang

Menjelang aksi hangat Liga Super malam ini, pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel memberi amaran supaya jangan sesekali membandingkan pasukan kendaliannya dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Gamel menganggap JDT sudah berada jauh di hadapan selepas membuktikannya dengan menjuarai Liga Super lapan kali berturut-turut dan beraksi di pentas tertinggi Asia iaitu, Liga Juara-Juara AFC (ACL). […]
Sri Pahang Bakal Hantar Skuad Adik-Adik Menentang JDT

Pasukan Sri Pahang FC berdepan tugas getir apabila bakal berdepan dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu. Pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel berkata barisan pemain muda bakal menjadi sandaran pasukan selepas beberapa pemain utama pasukan tidak dapat bersama pasukan ekoran masalah kecederaan dan penggantungan. Pemain sayap lincah Malik […]
Liga Super: Kedah Terus Kemarau Kemenangan, Kini Seri Dengan Negeri Sembilan

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang beraksi sebagai tuan rumah gagal mencatatkan kemenangan di gelanggang sendiri apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan agak perlahan dan untuk 20 minit terawal permainan, […]
TMJ Rayu Penyokong Penuhkan Stadium

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris menyeru para penyokong untuk memenuhi Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan aksi JDT menentang pasukan Sri Pahang FC malam esok. Perlawanan malam esok merupakan perlawanan terakhir JDT sebelum Liga Malaysia berehat untuk memberi laluan kepada persediaan pasukan kebangsaan, Harimau Malaya yang bakal menghadapi dua perlawanan […]
Kedah FC Tak Sanggup Keciciran Mata Lagi, Sedia Benam Negeri Sembilan

Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak sanggup lagi keciciran mata dan mereka kini sedang mempersiapkan benteng pertahanan yang lebih ampuh supaya tidak mudah dibolosi. Bakal menentang pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Darul Aman malam esok, pasukan KDA FC hanya mahukan kemenangan untuk menebus kekecewaan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini. Pengendali KDA FC […]
Statistik Jordi Amat Menggerunkan, Bakal Perkuat Pasukan Liga Super Malaysia?

Pemain pertahanan berpengalaman pasukan KAS Eupen, Jordi Amat dikhabarkan bakal menjadi antara salah seorang pemain yang bakal memperkuatkan pasukan di Liga Super. Beliau yang juga merupakan antara pemain yang sudah lama menjadi buruan pasukan Indonesia dijangka bakal tiba di Jakarta Sabtu depan untuk melengkapkan dokumen proses naturalisasinya. Hal ini juga menguatkan lagi desas-desus bahawa pemain […]
Kobe Chong Bakal Dilepaskan Peterborough United, Bakal Sertai Kelab Liga-M?

Pemain tengah pasukan Peterborough United, Kobe Chong dikhabarkan tidak akan bersama pasukannya menjelang musim baharu. Bintang dalam pembikinan ini dilaporkan tidak berada dalam perancangan pasukan liga kedua ini sungguhpun sudah hampir 2 tahun di kelab tersebut secara perpindahan percuma sebelum ini. Pemain berusia 20 tahun ini mempunyai kebolehan untuk bermain di posisi seperti pemain tengah […]
Penyokong Negeri Sembilan Cipta Atmosfera Final Di Stadium Paroi

Kehadiran penyokong sudah tentu menjadi satu azimat dan tenaga tambahan buat pasukan demi mencapai sebuah kemenangan. Lebih ramai penyokong, lebih bersemangat pasukan untuk menjelmakan aksi terbaik. Itulah yang berlaku kepada pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) yang melayan kunjungan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebentar tadi. Kehadiran penyokong yang dilihat membanjiri Stadium Paroi itu ternyata memberikan […]
Liga Super: Jaringan Saat Akhir JDT Kuburkan Harapan Negeri Sembilan

Perlawanan Liga Super (LS8) menemukan pendahulu liga, Negeri Sembilan FC selaku tuan rumah melayan kunjungan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan bergaya memihak JDT yang menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 1-0. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan terus mengatur serangan. Serangan JDT lebih terarah kepada bahagian sayap kanan di mana ada Arif Aiman […]
Arif Aiman Jadi Tunjang Utama JDT Kembali Buru Kemenangan Liga Super

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dijangka terus menjadi watak penting buat pasukan JDT yang kembali ke pentas saingan Liga Super. Anak jati kelahiran Pahang ini sedang berada dalam kemuncak prestasinya apabila beraksi cemerlang dalam pentas saingan ACL baru-baru ini. Beliau menjadi pilihan utama oleh pengendali, Benjamin Mora yang memberi sepenuhnya […]
Sanusi Ada Pesanan Khas Buat Penular Fitnah Tunggakan Gaji Pemain Kedah

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak mengalami masalah tunggakan gaji dan pihak pengurusan KDA FC sudah menyediakan notis saman kepada penyebar fitnah tersebut. Walaupun melalui prestasi yang terumbang ambing dalam saingan Liga Super musim ini, namun masalah gaji bukanlah […]
Kedah Tiada Masalah Gaji

Prestasi terumbang ambing pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Super musim ini pastinya mengejutkan pelbagai pihak. Terkini, mereka hanya mampu seri 3-3 kepada pasukan yang membariskan kesemua pemain lokal iaitu Petaling Jaya City FC (PJ City) dalam perlawanan yang berlangsung Selasa malam. Mengulas mengenai prestasi kurang memuaskan pasukan Kedah, Ketua Pegawai […]