Liga Super: JDT Kecewakan Sabah Di Likas

Perlawanan Liga Super ini menemukan dua pasukan teratas liga iaitu Sabah FC selaku tuan rumah yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada JDT selepas menewaskan Sabah 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Likas sebentar tadi. Gol JDT dijaringkan oleh Fernando Forestieri (2 gol) manakala gol Sabah pula dijaringkan […]

FIFA Denda Sarawak United Akibat Masalah Tunggakan Gaji

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah mendenda pasukan Liga Super, Sarawak United susulan tunggakan gaji terhadap bekas pemain mereka iaitu Sandro Da Silva. Menurut satu laporan oleh Berita Harian, tunggakan gaji sehingga RM150,000 telah pun disahkan oleh peguam Sandro, Mohd Zhafri Aminurashid semalam. Dalam satu kenyataan, Sarawak United gagal untuk mematuhi tempoh untuk melunaskan bayaran seperti […]

‘4 Tahun Main Macam Setan, Itu Pun Kau Tak Perasan’ – Chant ultraSel Selepas Kalah Bertemu Melaka United

Selepas tumpas 0-2 ditangan pasukan Melaka United sebentar tadi, ultraSel telah ‘menghadiahkan’ satu chant untuk pemain dan pengurusan pasukan Selangor untuk menyatakan kekecewaan mereka atas apa yang sudah berlaku sejak sekian lama. Tonton chant ultraSel yang dipetik dari ciapan laman sosial Twitter dibawah. Lirik chant ultraSel sejurus tamat perlawanan bertemu Melaka United sebentar tadi. Oh […]

Liga Super: Selangor Diikat Sabah Di Kelana Jaya

Perlawanan Liga Super ini menemukan pasukan tuan rumah, Selangor FC yang melayan kunjungan pasukan Sabah FC. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ sebentar tadi. Gol Selangor dihasilkan oleh Caion manakala gol Sabah dijaringkan oleh Saddil Ramdani. Perlawanan dimulakan dengan Selangor tidak menunggu lama untuk berada di hadapan selepas […]

Gerakan ‘Double X’ Khuzaimi Piee Buktikan Beliau Pertahanan Moden Sejati

Pertahanan tengah pasukan Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee menjadi watak penting buat pasukannya apabila mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan ketika menewaskan Sri Pahang dengan keputusan 3-0. Pemain berusia 28 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan oleh K. Devan untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan. Beliau memiliki ketenangan yang cukup baik untuk merencanakan perlawanan selain membantu untuk […]

Liga Super: Negeri Sembilan Tapau Sri Pahang Di Paroi

Perlawanan Liga Super ini menemukan pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan FC yang melayan kunjungan pasukan Sri Pahang FC. Keputusan berpihak kepada Negeri Sembilan yang menewaskan Sri Pahang dengan keputusan 3-0. Gol-gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh trio barisan hadapan mereka iaitu Gustavo Almeida, Matheus Alves dan Yashir Pinto. Perlawanan bermula dengan seimbang. Kedua-dua pasukan cuba mengawal […]

Zulhelmi Yakin Daniel Ting Bakal Sertai JDT

Bekas pertahanan kiri Kuala Lumpur City FC, Daniel Ting dilaporkan sudah pun mencapai persetujuan untuk menyertai gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Menerusi satu hantaran yang dilakukan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pertahanan kacukan Malaysia-England itu sudah menyertai Harimau Selatan. Pemain berusia 30 tahun itu dilaporkan telah berjaya mencapai persetujuan pada […]

Liga Super: Penang Raih Kemenangan Sulung Tumbangkan Terengganu

Aksi Liga Super diteruskan dengan perlawanan diantara pasukan Penang FC yang melayan kunjungan pasukan Terengganu FC. Keputusan berpihak kepada pasukan Penang dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya sebentar tadi. Gol-gol Penang dijaringkan oleh Hilal El-Helwe dan T. Saravanan manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh pemain sayap lincah mereka, Faisal Halim. Perlawanan […]

Liga Super: Negeri Sembilan Ikat Melaka United Di Hang Jebat

Perlawanan ke-10 Liga Super (LS10) ini menemukan Melaka United dan Negeri Sembilan FC. Kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dengan kedudukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat sebentar tadi. Negeri Sembilan dilihat melancarkan serangan awal dan hampir mendahului seawal minit ke-2 namun sepakan percuma dari Matheus Alves sedikit tersasar. Matheus Alves […]

Liga Super: Sabah Cemerlang Benam Sri Pahang Di Likas

Perlawanan ke-10 Liga Super (LS10) ini menemukan Sabah FC dan Sri Pahang FC. Sabah yang beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri berjaya menewaskan Sri Pahang dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat sebentar tadi. Gol-gol Sabah dijaringkan oleh Neto Pessoa dan Taiki Kagayama. Manakala gol Sri Pahang dijaringkan oleh Manuel Hidalgo. […]

Kelab Faisal Halim Seterusnya Jadi Tanda Tanya

Masa depan pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim menjadi tanda tanya semua pihak ketika ini. Pemain berusia 24 tahun itu merupakan antara sebahagian daripada 29 orang pemain yang sedang menghadapi perlawanan persahabatan menentang Brunei dan juga Hong Kong. Prestasi cemerlang pemain bertubuh kecil ini jelas menjadi nadi keampuhan jentera serangan pasukan kebangsaan apabila gerakan […]

Kobe Chong Hampir Pasti Ke JDT?

Peluang untuk melihat aksi perancang tengah berbakat, Kobe Chong untuk beraksi di Malaysia semakin menjadi kenyataan. Pemain berusia 20 tahun itu kini sudah pun menghabiskan waktunya untuk beraksi bersama pasukan Peterborough United apabila beliau menjadi salah seorang pemain yang bakal dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas ini. Beliau difahamkan akan meninggalkan kelab yang berpangkalan di […]

Kedah Tidak Menyangka Akan Pulangkan Syafiq Ahmad Ke JDT Lebih Awal

Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menganggap kehilangan Syafiq Ahmad yang dipulangkan semula ke kelab asal beliau, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai satu cabaran biasa dalam bola sepak. Skuad Sang Kenari tidak mahu mengambil serius kehilangan tonggak utama Kedah itu sebagai satu isu yang besar walaupun mengakui terkejut di saat pasukan KDA FC mengalami […]

Cemerlang Bersama PJ City, Nilai Pasaran Darren Lok Naik Mencanak

Kelibat penyerang pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City), Darren Lok pastinya menjadi perhatian ramai musim ini. Disebalik lambakan penyerang import dalam liga, Darren telah membuktikan dirinya mampu bersaing dalam carta penjaring terbanyak musim ini. Sehingga kini, Darren sudah berjaya meledak tujuh gol dalam sembilan penampilan. Di mana lima gol berjaya dijaringkan dalam saingan Liga […]

Kenyataan ‘Tokong’ Punca Syafiq Ahmad Kembali Ke JDT?

Dunia bola sepak negara dikejutkan hari ini selepas Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan melalui satu kenyataan bahawa pemain mereka yang dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad kembali ke pangkuan mereka semula. Namun disebalik kembalinya Syafiq ke JDT, ada berita kurang enak didengari. Ini kerana, tempoh pinjaman Syafiq ke KDA […]

“Mari Kita Tengok Siapa Juara Penalti Liga Super Setakat Ini”

Walaupun pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dikatakan sinonim dengan sepakan penalti oleh sebahagian ‘haters’ mereka, namun pemilik JDT, Tunku Ismail Idris (TMJ) mendedahkan pasukan manakah yang lebih sinonim dengan sepakan penalti untuk saingan Liga Super musim ini. Dengan ketiadaan Video Bantuan Pengadil (VAR), pastinya kontroversi melibatkan pemberian sepakan penalti akan berterusan dan baru-baru ini dalam […]