PDRM Lancar Jersi Unik Bagi Musim 2023

Dengan pasukan-pasukan Liga Super sudah memperkenalkan jersi baru mereka untuk musim 2023, PDRM juga tidak mahu ketinggalan. Hari ini, mereka memperkenalkan jersi home dan away mereka untuk tatapan para penyokong. Jersi buatan Oren Sport ini memperlihatkan corak unik pada jersi home dan away Sang Saka Biru. Ini menjadikan jersi berkenaan cantik dan kemas. Warna biru […]
Safuwan Baharudin Milik Negeri Sembilan

Pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin sah perkuat Negeri Sembilan bagi saingan Liga Super musim 2023. Perkara ini diumumkan oleh Negeri Sembilan sebentar tadi. Safuwan Baharudin jadi pemain terakhir yang menyertai skuad Jang sebelum tamat jendela perpindahan. Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal di Twitter miliknya menyatakan perpindahan Safuwan yang sebelum ini tertangguh. Beliau merupakan pemain yang […]
JDT Terima Kunjungan Exco Belia Dan Sukan Pulau Pinang

Kisah kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai sebuah kelab gergasi bola sepak menarik perhatian ramai. Justeru, ini mendorong Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee mengadakan lawatan ke kelab berkenaan bagi mengetahui rahsia kejayaan Harimau Selatan. Turut sama mengikuti lawatan berkenaan ialah delegasi dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Stadium […]
Kerjasama Strategik MFL & AEON BiG Bakal Rancakkan Liga Malaysia 2023

AEON BiG (M) Sdn Bhd hari ini telah mengumumkan perjanjian dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebagai penaja eksklusif Hipermarket untuk musim 2023. Kerjasama ini sekaligus bakal menyatukan sebuah hipermarket terkemuka di Malaysia dan sukan yang paling popular di negara ini, bersama MFL yang mengendalikan Liga Malaysia seperti Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. […]
Pendedahan Mengejutkan Negeri Sembilan Tentang Usia Sebenar Casagrande

Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC mengesahkan usia sebenar pemain import baharu mereka, Anselmo Arruda Da Silva sebenarnya bukanlah berumur 32 tahun. Beliau yang juga merupakan pemain import ke-4 buat pasukan Jang ditagih untuk menajamkan lagi barisan serangan pasukan bagi menghadapi musim 2023. Walau bagaimanapun, usia beliau mendapat perhatian ramai selepas pihak pengurusan Negeri Sembilan […]
“Safee Tak Pernah Bagitahu Saya” – Matyo

Penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha mengakui terkejut dengan pengakuan rakannya, Safee Sali yang menganggap bwliau sebagai rakan gandingan terbaik dalam kariernya. Beliau yang kini bersama Harini FT dalam saingan Liga M3 mengakui sedikit terkejut apabila mendengar perkhabaran bahawa Safeee memutuskan untuk bersara. Walau bagaimanapun, beliau menghormati keputusan rakannya itu seandainya keputusan ini adalah yang […]
TMJ Sasar Ke Suku Akhir Liga Juara-Juara AFC

Selepas melakar kejayaan merangkul empat piala pada musim lepas, Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim tidak mahu berhenti setakat di situ saja. Sebaliknya, baginda berharap Johor Darul Ta’zim lebih cemerlang musim ini termasuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL). Sebelum ini, JDT sudah menunjukkan keupayaan bersaing di pentas ACL. […]
AEON BiG Jalin Kerjasama Strategik Dengan Selangor

Dengan musim Liga Super bakal bermula beberapa hari saja lagi, Selangor terus memperkukuh kedudukannya dari segi penajaan. Terbaru, pengurusan Merah Kuning memeterai kerjasama strategik dengan rangkaian pasaraya AEON BiG. Pemeteraian kerjasama ini diadakan di AEON BiG Wangsa Maju hari ini. Pemeteraian perjanjian dibuat oleh Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dan CEO kelab, […]
Rize Dilantik Rakan Kerjasama Strategik MFL

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kini menerima satu lagi penaja bagi musim 2023 apabila mengumumkan kerjasama dengan Alrajhi Bank hari ini. Alrajhi dengan kerjasama sebuah bank digital inovatif di bawahnya yang dikuasakan oleh Al Rajhi Banking & Investment Corporation yang bersedia untuk merevolusikan perbankan abad ke-21 di Malaysia yang dikenali sebagai Rize MY. Alrajhi juga […]
Video Pelancaran Jersi JDT Catat Lebih 1 Juta Tontonan

Seperti sesetengah pasukan Liga Super lain, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menggunakan medium video untuk memperkenalkan jersi baru mereka untuk Liga Malaysia (Liga M) musim 2023. Tetapi tiada siapa menyangka video pelancaran jersi mereka mencatat lebih sejuta tontonan di media sosial. Menurut pengurusan kelab, rekod tontonan tersebut merupakan yang paling tinggi pernah dicatatkan jika dibandingkan […]
Safee Sali Umumkan Persaraan

Selepas berkecimpung sebagai pemain bola sepak selama 19 tahun, Safee Sali mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak hari ini. Keputusan ini diumumkan dalam satu sidang media khas di Sofitel Kuala Lumpur, Damansara. Menurut bekas penyerang KL City itu, keputusan ini bukan sesuatu yang mudah. Tetapi melihat dirinya tidak dapat bersaing secara kompetitif dengan pemain lain […]
Herold Goulon Hilang?

Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) telah mengadakan satu majlis bagi memperkenalkan kesemua pemain Negeri Sembilan yang bakal bersaing dalam kempen Liga Malaysia musim ini. Majlis itu diadakan di Gembox, Nilai semalam. Namun ada sedikit kegusaran yang membelenggu penyokong yang hadir semalam apabila kelibat pemain bintang mereka, Herold Goulon tidak kelihatan sehingga majlis tamat. Ianya menimbulkan […]
Jersi Baru Sri Pahang Penuh Mengujakan, Kekal Identiti Menjadi Kebanggaan

Sri Pahang FC pada hari ini memperkenalkan secara rasmi jersi baharu bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2023 dalam satu majlis di Timorra Venue, Tanjung Lumpur. Kekal dengan identiti sama yang menjadi simbolik kebanggaan tok gajah, Sri Pahang akan mengenakan warna kuning-biru untuk jersi home, dengan kuning sebagai warna dominan manakala biru-kuning untuk jersi away dengan […]
Zaquan Adha Optimis Kudrat Pemain Tempatan Bawa Cabaran Negeri Sembilan

Tidak seperti pasukan-pasukan Liga Super lain, Negeri Sembilan hanya diperkuat empat tenaga import. Tetapi bagi kapten Zaquan Adha, tiada yang mustahil bagi skuad Hoben Jang Hoben mengulangi pencapaian tempat keempat yang diraih pada musim lepas. Negeri Sembilan musim ini mengekalkan 16 pemain dari musim lepas termasuk bek tengah import, Herold Goulon. Tiga awang import baru […]
Negeri Sembilan Bakal Miliki Pemain Naturalisasi Pertama?

Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC difahamkan berpeluang untuk memiliki pemain naturalisasi pertama pada musim 2023. Menerusi beberapa laporan, skuad Hobin Jang Hobin akan menambah bilangan pemain import selepas bekas bintang Penang FC, Casagrande akan menjadi import terbaru mereka. Pemain berusia 32 tahun itu terkenal dengan jolokan ‘kepala emas’ dan sering menjadi igauan pertahanan lawan […]
Bekas Penyerang Kebangsaan Australia Perkuat Kelantan

Dengan saingan Liga Super bakal bermula pada minggu ini, pasukan-pasukan mula memuktamadkan senarai awang import mereka. Kelantan dikhabarkan bakal merekrut seorang bekas penyerang kebangsaan Australia bagi memperkuat jentera serangan mereka. Hal ini dinyatakan sendiri oleh pemilik Kelantan, Norizam Tukiman dalam satu hantaran Facebooknya semalam. Selain penyerang tersebut, beliau juga berkongsi perkembangan dua pemain import yang […]